Ahad, 28 Mei 2017

Ramadhan 1438H

Assalamualaikum,

Sekarang nak update blog memang lemah sekali, awal tahun kata nak kerap-kerap update tapi untuk tahun 2017 ni baru entry ke 4. Hahaha... Janji melayu betul. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 2 Ramadhan. Sambut Ramadhan tahun ni mother ngan sister in law ada sekali. So berbuka tu ramai lah sanak sedara. Ajak Iza n famly, k.lang n famly and of cos k.cik mesti ada.

Ramadhan datang dengan cabaran dan dugaan dia. Sama lah aku tahun nih, big decision yang kena buat. Tahun lepas aku n abang ada dugaan kami. Bila mana usaha untuk mengandung gagal setelah 6 bulan makan macam-macam ubat. Tak terlepas tahun nih dugaan yang datang buat aku n abang menangis di bucu katil. Hahaha... Sedih bila kenang, harap keputusan yang aku buat adalah terbaik untuk semua.

Harapan aku people on the other side faham dan terima dengan keputusan aku. Kisah yang tak mampu aku coret di blog, hanya di bawa dari mulut ke mulut. My sad side of story. Maka, tinggal abang sahaja yang mampu melancarkan perkara ini.

Abang,
Orang berharap sangat abang boleh susun kata dengan baik. Explain to other people apa yang orang buat adalah untuk kebaikan bersama. Bukan alasan yang orang cari, cuma rasa kasih terhadap dia, bukan balasan yang orang minta cuma kefahaman dari pihak sana, bukan dendam yang orang balas cuma kebahagian bersama yang orang tuntut. Pada abang je yang mampu orang luah rasa hati orang. Harap abang akan berada di sebelah orang dalam hal nih. Walau apa pun jadi rasa sayang n cinta orang tak penah kurang buat abang.

Harap Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.

See you again in next entry.