Isnin, 6 November 2017

Sepi Di Angin Lalu


Assalamualaikum,

Di angin lalu ku kirimkan kerinduan…. Lallalalaaa….. Bukan menyanyi happy, cuma nak menenangkan hati sendiri. Aku selalu ada mental breakdown moment bila mana aku akan minta abang carikan baby untuk aku. Tapi after 4 years abang dah lali dah. Die buat dek je. Hahaha…. End up nye, aku meroyan sorang-sorang.

Macam mana nak cita perasaan sunyi tu, bila duduk sorang-sorang kat rumah tanpa buat apa-apa otak mula ligat berfikir. Kenapa aku? Kenapa bukan sekarang? Bila lagi? Tapi jawapan kepada semua hanya satu, jawapan yang buat aku menangis sendiri. Kami tidak berusaha. Itu jawapannya.

Tahun ni, aku dengan abang tak berusaha pun berubat. Kitorang masing-masing sibuk dengan hidup sendiri, ye hidup sendiri. Aku tak tahu kenapa kitorang akhirnya jadi macam nih. All of this issue already taking effect in our marriage. Dan aku tak tahu macam mana nak mula bila nak naikkan isu nih dengan abang. He seem to be comfortable dengan keadaan sekarang dan itu membuatkan aku berhenti bercerita tentang hal anak. But after all, maybe aku yang tak faham apa yang dia rasa sebab dia kurang bercerita bahagian sedih dengan aku.

Aku jahat, berasa sedih dengan berita gembira orang lain. At this moment di kelilingi dengan sahabat-sahabat yang bertuah merasa nikmat mengandung. Aku cuba untuk calm down kan diri, tapi sometimes aku rasa berat sangat rasa nak tanggung. But we still frenz… huhuhu

Sahabat,

Andai kata diri ini terlalu sunyi, mohon pinjamkan anak2 anda untuk dijadikan peneman hati, aku mungkin tidak mampu nak nampakkan perasaan suka bila berada di keliling budak2 tapi fahamilah naluri wanita ini kadang2 terlalui ingin membelai sesuatu yang bernama anak.

Mohon doakan kami.

Ahad, 5 November 2017

I am trying...

Assalamualaikum,

Tak tahu nak tulis tajuk ape, setelah sekian lama berpura sibuk mengejar dunia, setelah sekian lama tidak menaip di sini di laman ini, setelah sekian lama cuba tidak membuka isi hati, here I am.

Setelah beberapa bulan melupakan blog tanpa sebarang entry, maafkan aku yang hanya mengejar dunia. Mula dah drama dia tu. Huhuhu.

Sebenarnya apa yang jadi ialah aku tak tahu nak buat entry apa. Lama tak menaip intro merapu pun keluar. Lama tak berkongsi cerita. Mulakan balik blog nih sebab hari nih tiba-tiba rasa sesak dada dan minda tapi tak ada tempat nak luahkan.

Untuk tahun ini 2017, aku hanya mengejar kerja dan gaji. Susah ckit tahun nih tapi alhamdulillah still boleh bertahan. Cukup lah walaupun setelah berpenat lelah bekerja hanya mampu merehatkan badan dan minda di Langkawi (my feveret place so far).

Jadi makanya, entry ini adalah percubaan memulakan semula untuk memeriahkan balik blog yang semakin suram. Dari sekerap2 post ke hanya 5-6 post setahun. Insyaallah, doakan lah.

Amin