Isnin, 29 Jun 2020

New Cycle Treatment - TTC Journey of Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Susahnya jadi perempuan macam nih. Perempuan macam mana? Perempuan yang kadang kita doa jangan period datang bulan nih dengan harapan test UPT nanti positif, tapi kadang kita doa supaya period datang tepat pada masa sepatutnya dengan harapan cycle kali nih boleh start makan ubat dengan yakin. Susahnya...

22hb haritu sis dah masuk appointment pakar first time since miscarriaged aritu. Lamanya masa sis tunggu untuk appointment tu. Memang ternanti nak masuk jumpa doktor. Nak cerita semua yang terbuku di hati, tapi sehari sebelum pergi tu hati sis rasa berat sangat. Rasa tak daya terkenang cerita lama.

Kali nih appointment dah guna buku appointment yang cantik, tak macam mula2 aritu guna ketas je. hehehe. First date untuk appointment sebenarnya pada 6/04/2020. Tapi disebabkan Covid 19 appointment tunda ke bulan 6. Lamakan masa nak tunggu.



So hasil dari appointment yang sangat positif dan ceria tu, doktor cakap nak cuba untuk conceive dengan ubat dulu lagi sebab last time sis berjaya positif dengan ubat. Maka kali nih doktor prescribe ubat yang sama macam kali lepas. 50mg Clomid consume pada period hari ke dua sampai hari ke enam dipasangkan dengan 10mg duphaston ambik dari hari ke 16 sampai ke hari 26 period. Kalau cycle pertama conceive dah tak payah sambung cycle ke dua. Kalau belum rezeki, sambung ke cycle kedua ubat dos yang sama cuma kena ambik darah pada hari kedua. Kalau belum rezeki jugak proceed ke cycle ketiga. Kalau belum rezeki jugak masuk appointment balik.





Sekarang sis tengah tunggu period hadir. Kalau ikut kalender period sis lagi dua hari sis period. Doakan perjalanan kali nih peroleh hasil positif dan berjaya. 

Amin..