Khamis, 3 Disember 2020

Second Cycle of 100mg Clomid - The TTC Journey between Zetty & Mimi


Assalamualaikum,


Life has turn into a very messy event last month. Lepas habis 3rd cycle of 50mg Clomid still no good news and the bad news nya ialah tak datang period untuk bulan Oktober. Terpaksa ambik sunolut untuk period. Waktu pergi klinik untuk ambik sunolut kat klinik swasta tu doktor ada cakap yang bile makan clomid patutnya teruskan rawatan tak perlu ade gap makan ubat. Tapi tak tahu lah, kita buat kat hospital kerajaan nih kene faham dan akur proses tu kadang2 tak kena masa untuk appointment dan dapat ubat. 


So sekarang on clomid 100mg second cycle, ambik darah pada hari ke 21. tarikh appointment kene tukar lagi. ke jauh lagi sebab takut result darah tak sempat sampai. Bile dikira balik akan ada pulak gap 1 bulan tanpa ubat. Ermm this treatment start taking its tol on my mental health. Waktu tak period hari tu nyaril mental. Harap nanti boleh discuss balik dengan doktor, sebolehnya taknak ada gap.


Sebenarnya sis ada tanya Mimi nak tak buat kat swasta, tapi jawapan agak menngecewakan. Tapi takpe lah usaha lah mana2 pun janji ada usaha.


Semoga cycle ke dua nih berjaya lah, tak nak ke seterusnya sebab mental dah start serabut. Keinginan nak baby tu banyak sangat tapi kepala otak lak tak leh nak tanggung dugaan kecil nih. 


Doakan kami...