Selasa, 30 Jun 2015

Rumah Sewa Baru

Salam,

Alhamdulillah, dah jumpe umah sewa lain. Pangsapuri yang sama tapi tingkat berbeza. Skrg duk tingkat 2 nnt naik duk tingkat 3. Xpela. Tingkat berape pun xpe. Janji ade umah sewa dengan harga yg reasonable. Rumah sewa je kan x nak la spend byk duit bulan2 utk rumah sewa yang mahal, lain lah kalau kite bayr bulan2 byk tapi penghujung cerita rumah tu jadi rumah kita jugak. So duit yang kite spend tu kire berbaloi la.

Sewa umah tu nnt RM550 naik RM50 dari sekarang. Alhamulillah sebab still dalam range yang aku mampu nak spend evry month. Xla mengejut sangat naik sampai RM700. Aso umah tu walaupun nampak mcm cerewet tp ok la still boleh nego ngan die utk pasang kipas kat master bedroom. Huhuhu... Klu x kitorg akan jadi pengumpul kipas la. Kene beli kipas sorang 1...

And rumah sewa tu nnt dekat ngan umah Iza and jiran2 waktu bujang dulu. Huhuhu... kecoh la depan umah tu nnt. Boleh kuar sembang tiap2 malam. Xde la stress n bosan sangat idup. Huhuhuhu...

Khamis, 25 Jun 2015

Tamat Kontrak Rumah Sewa

Salam,

I thought perkara ni semudah yang disangkakan, x sangka pulak nak jadi macam ni. Bulan Ogos ni last month kontrak umah, so time bayar rumah untuk Jun aritu tanye la owner, nak sambung kontrak mcm mane. Tetapi jawapan yang owner bagi sgt lah memeranjatkan. "Boleh sambung tapi mak akak nak naik sewa umah. Naik RM200. Nak sambung ke?". Simple questions was replied with the unexpected question also.

So, hal ni x semudah yang disangkakan. How can they thinking as simple as that. Just because you are the owner of the house. Tak perikemanusian ke ape? Dari RM500 naik ke RM700. How can I afford that amount?

Usaha untuk nego sewa umah abang yang buat sebab aku terlalu kecewa dengan keadaan. And gagal. Xpela, xde rezki. No matter how good I try to be a good tenant, x penah susah kan owner n always paid sharp on time, semua tu x penah diambil kire. Kite punya la jaga adap ngan die dengan harapan mudah nak sambung kontrak x sangka pulak jadi mcm ni. Sebab tu kecewa.

Alhamdulillah, proses house hunting is easier that before. Harap berjaya dapat rumah yang tengah aim sekarag. Biar la terpaksa tanggung 2 bijik umah untuk 2 bulan ni, aku redha n pasrah. Janji ade rumah lepas ni.

So, to adik beradik, kawan-kawan yang nak datang jalan cni boleh la mai tumpang rumah kami nnt. Sentiasa terbuka...


Rabu, 24 Jun 2015

AJ Design Bulan Puasa - Raya

Salam,

Sempena bulan puasa ni ni bawak ke raya banyak betul design baru AJ yang kuar. Tak tersempat nak kejar. Rajin Datin Juma cari design. Tapi Datin jangan kumpul banyak2 macam ni, penin Ty nak pilih, duit pulak x berapa ade... mohon Datin ambik perhatian. Hahaha....

Lima desing abstrak yang agak biasa pada pandangan mata aku, tapi aku beli gak. Hahaha... Lama2 tengok nampak biase je. Ada lah sedikit kekesalan di situ.




Ni yang latest tengah sibuk orang ambik order n dah kuar online... jenuh habaq ang nak pilih.. penin pala pilih. Black label lak tu yang comel. Pengsan....







Harap diberi kekuatan menahan nafsu membeli oleh Allah SWT dalam bulan puasa ni. Membeli banyak boleh tapi biar berpada-pada. 

Amin....

Selasa, 23 Jun 2015

TTC Journey : 3rd cycle On Progyluton

Salam,

Alhamdullillah, Sabtu lepas period kuar seperti kiraan. Since makan Progyluton ni period very on time. So next period mmg dah boleh jangka dah bile. So far pada 6 Ramadahan ni aku baru puasa 2 hari.

Semalam dah start balik cycle yang ketiga. This is my last cycle on Progyluton. (Insyaallah) Habis cycle ni kene start makan Clomid 50mg.

Abang pun start suplement Surbex Zinc semalam. Saja aku suruh ambik semalam biar sama2 start makan ubat. Semalam ada google tentang lain-lain suplement utk lelaki. So mmg ade suplement lain yang boleh bantu dalam TTC ni untuk lelaki concume. Antaranya Kapikachu and spemen dari produk Himalaya. Ade feedback positif untuk husband yang consume.

So aku kene buat kajian lagi ni, klu boleh nak bg abang makan. Huhuhu... Ini usaha, kite kene usaha, barulah peroleh hasil.

Amin...

Jumaat, 19 Jun 2015

Berbuka #day1

Salam,

Abang sampai petang semalam terus ajak g bazar. X sempat nak beli barang rumah lagi nak masak untuk berbuka. Niat hati mmg nak masak untuk abang juadah berbuka, tapi ade jer halangan termasuk jugak ngan penyakit M. Jadi first puasa terpaksa jugak makan makanan dari bazar ramadhan.

Tahun ni azam kami laki bini nak bersederhana je. Beli makanan cukup2 je. Xnak ade yang berlebihan. And for me yang niat nak diet tu agak nyer ok la kot. So masa kat bazar tu tahan je nafsu nak beli makanan. Time tu mmg la semua nyer nak dah lapa kan. Tapi dengan daya tahan yang ada semalam kitorang beli 2 bungkus makanan jer. Beli stimboat yang cucuk2 tu RM12 ngan Nasi Ambeng 1 bungkus RM6. Kongsi jer makan baru romantik. Then abang beli air tembikai RM3. Tu jer juadah buke puasa kitorang tapi total kos nyer mcm tinggi jer kan? Erm... Stimboat tu dah la x abis pun makan nyer. Rase nyer ambik berape cucuk jer. Tetap x abis.

So arini dah berazam nak mengurangkan kos berbuka. Maybe klu sempat blk awal g beli barang boleh la masak kat abang. Masak yang simple2 aje. Boleh jugak bawak ke sahur. Oh... Sebut pasal sahur. Abang, ampunkan org ek, orang nak masak kat abang tapi x barang kat umah. Dah ajak kan abang sahur luar tapi abang xnak. Kesudahannya sahur minum milo n makan kurma jer... Harap abang maafkan org.

Sekian... (rajin lak update blog bulan ni)

Khamis, 18 Jun 2015

Sahur #day1

Salam,

Sahur puasa pertama ni extra ordinary ckit, selalunya first day hebat makannya. Ni sebab duk sorang, I is kunci jam kul 4 bangun makan buah kurma, minum air 0 sambil baring atas sofa nak tengok tv tapi mata terpejam. Huhuhu.

Abang is otw nak datang buke puasa bersama. Alhamdulillah, x la sunyi sangat. Klu x aku plan nak makan maggi goreng je. Hahaha.

Erm... nak buka puasa ape ek arini? Tu ok lagi, boleh jugak g bazar cr makanan. Ni esok nak sahur ape ni... Hahaha... Niat murni aku nak masak untuk abang, tapi kene beli barang n buat makan yang simple. Define simple??? hahaha...

Esok sahur kat kedai dulu lah, sebab kan esok keje. Ari sabtu baru masak. Insyallah....

Harap Ramadhan kali ni lebih membawa keberkatan. Amin....

Rabu, 17 Jun 2015

Welcome Ramadhan Al Mubarrak

Salam,

Selamat datang kembali Ramadhan... Alhamdullillah, dapat jugak menempuh bulan kerahmatan ni utk tahun ni. Although mcm agak kesorangan Ramadhan kali ni, but its ok. I'll manage. Huhuhu... Macam la sebelum sebelum ni ko puasa dengan 1 asrama. sebelum ni pun puasa sorang jugak, just bezanye, Raihan dah xde. So xde friend yang nak ajak g bazar n berbuka kat opis.

But its ok. Aku dah decided xnak ot bulan puasa tahun ni. Lets just go back early n try to cari member utk pegi terawih. Harap ade la yang sudi. Huhuhuhu...

Lagipun ingat bulan puase ni nak diet. Nak makan home cook food jer. Huhuhu... bia la simple janji x tersasar makan yang bukan2 n membazir. So menu tu dah decide nak buat sup, tomyam atau masak air jer. Then ayam bakar, goreng or kukus. Telur berbagai cara juga jgn di lupa.

Harap berjaya kurangkan berat untuk bulan puasa ni. Tapi bile abng datang or if blk mana2 kampung anggap semu tu sebagai reward la. Makan la jugak utk menjaga hati tp kene berpada-pada supaya x rase rugi. Berat nak turun macam siput naik mcm spent money. Laju jer...

Ok lah. Wish me luck for this Ramdhan n Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Selasa, 16 Jun 2015

TTC Journey : Step 2

Salam,

Semalam last ubat untuk 2nd box. Rehat ubat 7 ari. Harap period dah normal and akan start 3rd box on second day period nnt. Semalam pergi jumpe doktor untuk memastikan apa yang aku buat ni betul dan bertanya ape langkah seterusnya.

Doktor minta aku teruskan Progyluton box ketiga dan doktor akan bagi clomid 50mg utk next cycle. Consume for 2 month. Harap lepas consume 1 cycle aku dah mengandung.

During all this time, aku redha dengan ketentuan Allah SWT. I'm embracing all this step with all my heart. Bile doc prescribe Clomid, aku berasa yang aku berada di landasan yang betul dan berasa semakin hampir dengan apa yang aku nak. Hopefully, dreams come true.

Sekarang ni tengah tggu period n x sabar nak mula 3rd box of progyluton.

Wish me luck...

Isnin, 15 Jun 2015

Kotakotak Cafe

Salam,

Aritu lepas balik mencandat AJ kat Wholesale perut rase lapar. Setelah berpk berulang-ulang kali aku n Cik Diana decided nak makan kat Area Glenmarie jer. So time sampai tu dapat parking terus. Kebetulan kedai depan parking tu kedai baru buka kitorg pun try la tanye ape yang menarik.

Bagus betul service, kat depan tu mcm ade kaunter pertanyaan. Hahaha... Actually tu kaunter bayaran kedua yang masih belum beroperasi. Kaunter tu utk take away jer. Tapi time kitorg g tu chef die tengah tggu kat depan so kitorg pun g tanye ape menu istimewa die.

Dari cara die terang tu mcm best la. Die ade konsep yang best la. Ala carte pun ade n ade course yang ko boleh build sendiri... So ko boleh pilih. Lupe lak nak ambik pic menu die. But overall kedai die agak ok. Dalam kedai tu suasana die cozy jer... best la... Klu tengok insta pic mmg terliur la...







Oh lupe... Klu take away die pack dalam kotak yang mcm chinese delivery food tu tau... huhuhu... Nak bawak abang try makan cni nnt...

Bye..

Jumaat, 12 Jun 2015

Wholesale Aidijuma... Space U8 Bukit Jelutong



Salam,

Huhuhuu... Berita gembira buat peminat AJ. Dear AJrian, ade wholesale AJ keluaran lepas dekat Space U8 Bukit Jelutong. Wholesale ini bermula dari 11 jun 2015 sehingga 17 Jun 2015. Pengurangan harga adalah sangat berpatutan. Tapi Wholesale ini hanya diadakan di Bukit Jelutong je ye. Pengurangan harga sebanyak RM2 utk setiap label.


Bagi yang x berkesempatan Aj juga ada buat pengurangan harga di semua CS tapi pengurangan harga tu kurang lagi la dari wholesale tu... But still berbaloi. Pengurangan harga RM1 utk setiap label.



Setakat yang aku pergi semalam dalam kul 12 lebih tu banyak dah design yang x kelihatan n kehabisan stok. Kata budak yg keje AJ tu klu abis stok esok pun xde lah. Maksudnyer esok jual ape yang tggl jer. Dan apa yang tggl tu kene pilih betul2 sebab dah byk defect dah yg dlm box display tu. 

Selamat mencandat AJ... huhuhuhu

Rabu, 10 Jun 2015

#pandora : Charm Untuk Pandora

Dear,

Salam lama x menaip di sini. Too many things happened. So mengambil masa nak hadam ape yang jadi n cube menjadi tenang, then I decide that maybe I should be more active in updating my blog...(yang dah bersawang tu)

Ok. Cite pasal charm pandora ni, aku sebenarnya dah lama pakai but xde kesempatan masa dan kewangan utk tambah ape2. So my blet sangat kosong. Dah bertahun pakai yang kosong jer, then last year on my birthday some one bg present charm sebijik kat aku. But bukan abang yang bagi. Hahaha... Bertuah kalau abang bagi charm pandora. Bagi die baik bagi emas. Its ok abang, bagi ape pun org suke.

So i got this...


Pada awal nyer berkenan yang ni...

Tapi waktu orang yang nak bg present tu nak beli yang 4 Leaves Clover ni dah retired so x dapat la yang ni. But ape2 pun I'm still happy sebab ade yang ingat n nak bg charm tambah kat blet yang 0 tu. So for almost half years i'm wearing it alone then i decide to add some muranos...

Huhuhu... Cakap kat abang muranos tu nak pakai raya. So bought yang wane biru sebab tema tahun ni wane biru...

Yang ini beli sepasang. Tapi bile pasang kat blet rase mcm pelik n janggal sebab selama ni blet ringan jer n boleh pakai setiap masa tp bile masuk murano jadi berat n x selasa pakai evrytime. Maybe blet tu dah lembik sebab belasah hari2 n muranos not mean to be wear evry day. Jadi keputusannya ialah pakai muranos tu only on hari raye or get a new blet yang betul2 ikut saiz n baru... huhuhu... Insyaallah. Akan diusahakan satu demi satu.

Duit yang ade ni spare utk byk bende lain lagi. But buying this as a reward utk diri sendiri yang keje keras utk kumpul duit.

Sekian....

(Panjang lak selepas beberapa lama x update blog... Ampun...)