Isnin, 24 Ogos 2015

Jalan-jalan Cuti-Cuti Malaysia kat Melaka

Salam,

Hi all dearies. Lama x mengupdate. Just publish ape yang ada dalam draf jer. Menyepi lama sebab banyak keje and terlalu stress. Ni cite lama, pergi bercuti ngan abang. Pergi sekejap jer, nak lepas rindu. Huhuhu...

So kitorang pilih pergi bercuti kat Melaka, 2 hari 1 malam jer. Tapi 2 hari 1 malam yang sangat happy. Kitorang pergi nak rehat-rehat so tak rancang jadual padat sangat. Apa yang terlintas dalam kepala yang tu yang kitorang cari. 

Bertolak ari Khamis, I is ambik cuti n abang pun ambik cuti. Saja rancang pergi sana time weekdays sebab tak la padat sangat. Lagipun tak ramai orang kan senang nak berjalan-jalan. 

First day sampai tu check in hotel. Kitorang menginap kat Hotel Explorer Melaka. Nanti buat review ckit pasal hotel ye. Sesampai and check in kitorang rehat jap dalam bilik menikmati air cord sebab dah panas ati sebelum check in td ada problem yang buatkan kitorang panas. Time nak masuk parking tu mesin ambik kad parking rosak so i is terpaksa pergi ke kaunter 2,3 kali untuk minta pertolongan ngan recep. Tok Laki I kata die boleh jer buat utk dapatkan kad tu tp sengaja tak nak tunjuk skils. Hahaha. I is percaya cos die mmg keje jaga parking kan. Hhuuhuhu...

So dah petang dah redup ckit baru kuar g jalan-jalan. Sebab tu pilih hotel ni, die dekat nga tempat nak melawat. Kitorang kuar jalan kaki jer. Tempat pertama shopping compleks Dataran Pahlawan. Huhuhu... X tahu la nape tp shopping compleks tu memanggil manggil supaya kitorang masuk. So I is terpandang seluar yang murah kat Padini. Disebabkan dengan berani nyer tak bawak seluar datang berjalan dalam hati macam nak beli jer.Ok xpe, mlm ni pujuk abang nak beli seluar 1. Tempat seterusnyer ialah ialah Stadthuys. Huhuhu... G jalan-jalan jer lah... Baru tahu semua tempat melawat macam musium tutup pukul 5. By the time kitorang kuar tu sume dah tutup. So jalan-jalan je la. Then naik Menara Taming Sari. Puas cari pic atas menara Taming Sari tu, x jumpa lak. gune enset abang kot. Lepas tu g makan asam pedas kat tepi hotel jer. Kitorang x memilih, asal name nyer asam pedas, dalam claypot lagi tau... huhuhu...






Malam tu kuar pulak lepas solat Magrib g naik Melaka River Cruise. Dari atas bot ni baru nampak hotel-hotel yang menarik. Klu nak datang honeymoon boleh pertimbangkan hotel-hotel ni tapi klu nak datang sekejap n niat nak kuar jalan-jalan hotel yang duduk sekarang pun ok. Malam sebelum tutup buku kitorang pegi makan kat Ikan Bakar Sg Muara. 


Esok kan nyer pulak pagi lagi kitorang bangun sarapan and kuar sebab nak g melawat. Start dengan Musium Islam Melaka. Entrance fee die murah aje RM3 je rasenyer. Dan dalam musium ni banyak sangat sejarah yang boleh kite baca. Mula dari awal beratapaknye Islam kat tanah melayu ni. Abang siap ambik pic kat replika Batu Bersurat dari Terengganu. Huhuhu...




Pastu kitorang repeat g Stadthuys. Kali ni boleh masuk. Banyak sangat benda nak tengok. Asyik tengok sampai lupe ambik pic. Kali ni berjalan mmg kurang ambik pic pun. Huhuhu.



Pas kuar kitorang pusing2 Melaka on foot je. Pastu balik bilik kemas barang nak Check out. Kitorang tak makan tengahari pun sebab macam kenyang lagi. Lepas check out kitorang g cari Coconut Shake Klebang tapi tutup lak sebab ari jumaat. Kul 2.30 ptg baru buke pulak so kitorang g pusing2 Pantai Klebang pastu nampak Cendol Bakar. Benti makan cendol semangkuk 2 pastu g tggu kat Patai Klebang. Siap beli Coconut Shake kirorg terus gerak ke Zoo Melaka. 





Kuar dari Zoo dalam pukul 5 lebih. Jalan dah agak penuh dengan orang yang balik keje. So kitorang pun gerak terus balik puchong. Makan mlm merangkap makan tengahari kat puchong jer.

Overall, mmg best walaupun kejap jer. Ade lagi byk tempat yang belum sempat g insyaallah, next time rancang g lagi and try masuk ape yang belum. Terima kasih abang bawak orang g holiday. Best sgt. Nanti ade rezki lebih kite repeat lagi ek.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan