Jumaat, 12 Julai 2019

Warong Pojok


Salam,

Rindu nak makan warong pojok. Kalau dulu seminggu sekali mesti makan paling lama 2 minggu sekali. Kedai nih feveret geng bawang. Klu mek ngan elly makan hari2 pun xpe. heehehe... tapi aku ngan cik diana kurang ckit, sekali sekala xpe.

Kedai nih pun dah jadi kedai budak2 SPAD lepak, dtg lah ari ape pun ari cuti pun mesti jumpe budak2 SPAD, baik ngan kawan atau ngan family.

Abang lak sebab dtg hujung minggu kadang2 aku bawak gak g makan cni. Die pun suka. Lauk sgt simple, ayam goreng, sayur ulam, sambal belacan sup kosong. heavan wei.....





Okey, nih menu die. Tak payah makan macam2 ambik gorengan aje pun dah puas hati. Kawan2 klu datang cni diorg suka minu  Extra jos. Macam2 flavor tapi aku tak suka sangat sebab masam... hehehe .. sis is tak makan or minum masam ye....

Ini menu add on diorg. Ade yang aku dah try. Boleh lah tahan. Skrg nih klu rase buntu nak makan ape mesti teringat Pojok...

Harap lepas nih still ade peluang nak makan, klu naik naik sekali sekala boleh lah g makan cni. Or nnt nak reunion boleh lah reunion kat sana...

Lapaq Pojok ......

Khamis, 4 Julai 2019

Permulaan kepada Keadaan yang Menghimpit Perasaan

Assalamualaikum,

2018 yang lepas merupaka tahun paling seeih sepanjang aku bekerja. Pernah aku buat entry (tp tak ingt kat mana dah) betapa aku suka akan kerja aku sampai aku tak kisah nak stay lama kat office. Tapi 2018 mencatatkan detik kesedihan memuncak dalam kerjaya aku.

Pilihanraya ke 14 aritu adalah titik permulaan. Korang mesti terpikir apa kaitan kerja aku dengan pilihanraya, takde kaitan pada awalnya tetapi akhir berkait jugak.

Lepas je abis pilihanraya aritu, tempat keje aku telah dibubarkan oleh goverment of that day. Korang boleh bayang tak, pagi tu datang keja dengan semangat nak selesaikan kerja tertunggak semalam, dah plan nak buat keja apa arini, dah duk pk nak ot ke x, tapi pagi tu buka tv utk dgr pengumuman PM tanpa mengharap apa2 yang akhirnya mendatangkan berita paling murung yang penah aku dengar sepanjang 6 tahun aku keja. SPAD dibubarkan.......

Ingat lagi hari tu, macamana setiap wajah sahabat yang aku jumpa dari wajah ceria di pagi hari masing2 bertukar ke wajah yg penuh tanda tanya, penuh kekeliruan dan penuh kebimbangan. Tajuk geng bawang haritu pun serius je. Berkaitan nasib dan masa depan. Allah, apa yang kami nak buat lepas nih? Apa yang nak diberi makan pada anak dan bini di rumah? Macamana mak kat kg? Apa nak buat dengan tawaran beli rumah yg baru nak p apply loan? Apalah nasib kami sebagai nelayan berperahu kecil di lautan luas ini? Dan pada haritu, keadaan opis yg selalu nya meriah bertukar kepada keadaan paling suram. Semua balik dalam keadaan penuh tandatanya. Berharap esok akan mengubah segala isu bawang yg dibincangkan arini.

Bagi aku, berita tu jugak memjadi berita kesedihan. Aku dah mula bertanya sendiri apa yang akan aku lakukan. Kereta sapa nak bayar, umah sapa nak tanggung. Balik tu mengadu kat abg bincang hal nasib dan masa depan.

Harap selepas nih kami mampu menghadapi segala ujian.