Assalamualaikum,
2018 yang lepas merupaka tahun paling seeih sepanjang aku bekerja. Pernah aku buat entry (tp tak ingt kat mana dah) betapa aku suka akan kerja aku sampai aku tak kisah nak stay lama kat office. Tapi 2018 mencatatkan detik kesedihan memuncak dalam kerjaya aku.
Pilihanraya ke 14 aritu adalah titik permulaan. Korang mesti terpikir apa kaitan kerja aku dengan pilihanraya, takde kaitan pada awalnya tetapi akhir berkait jugak.
Lepas je abis pilihanraya aritu, tempat keje aku telah dibubarkan oleh goverment of that day. Korang boleh bayang tak, pagi tu datang keja dengan semangat nak selesaikan kerja tertunggak semalam, dah plan nak buat keja apa arini, dah duk pk nak ot ke x, tapi pagi tu buka tv utk dgr pengumuman PM tanpa mengharap apa2 yang akhirnya mendatangkan berita paling murung yang penah aku dengar sepanjang 6 tahun aku keja. SPAD dibubarkan.......
Ingat lagi hari tu, macamana setiap wajah sahabat yang aku jumpa dari wajah ceria di pagi hari masing2 bertukar ke wajah yg penuh tanda tanya, penuh kekeliruan dan penuh kebimbangan. Tajuk geng bawang haritu pun serius je. Berkaitan nasib dan masa depan. Allah, apa yang kami nak buat lepas nih? Apa yang nak diberi makan pada anak dan bini di rumah? Macamana mak kat kg? Apa nak buat dengan tawaran beli rumah yg baru nak p apply loan? Apalah nasib kami sebagai nelayan berperahu kecil di lautan luas ini? Dan pada haritu, keadaan opis yg selalu nya meriah bertukar kepada keadaan paling suram. Semua balik dalam keadaan penuh tandatanya. Berharap esok akan mengubah segala isu bawang yg dibincangkan arini.
Bagi aku, berita tu jugak memjadi berita kesedihan. Aku dah mula bertanya sendiri apa yang akan aku lakukan. Kereta sapa nak bayar, umah sapa nak tanggung. Balik tu mengadu kat abg bincang hal nasib dan masa depan.
Harap selepas nih kami mampu menghadapi segala ujian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan