Isnin, 16 Mac 2020

Alhamdulilllah - The TTC Journey Between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah gurls, after consume clomid and duphaston 1 cycle I, Zetty Juziany finally pregnant.

Yes girls, I'm pregnant. As on 5th Januari 2020 sis mengandung 5 minggu.

Here is the story. Minggu tu sis mmg dah rasa tak sihat, dah ngadu kat tok laki tapi tok laki wat dek je.. hehehe. Pastu sehari sebelum tu geng in laws ajak g makan kenduri kat Paka. Sis mmg driver yang setia so drive lah diorg. Sampai tempat kenduri sis yang rase lapar sangat2 macam dah 2 hari tak makan makan dengan penuh semangat. Semua bende ambik makan. Selesai makan balik lah balik, tapi yang nak ceritanya dalam keta tu sis rase geram sangat kat Baim. Rasa macam nak cepuk je budak nih. Geram lain macam. Nyaris tampar die ke dah tampar ke die. Astagfirullahalazim..... Sampai umah die nak ikut balik umah sis tapi sis x bagi. Sis cakap babah tak de x yah lah. Tapi bile sampai umah rase menyesal. huhuhu

Balik tu sampai umah mulalah episod tak sihat sis. Punya beleter kat tok laki sebab waktu tak sihat nih lah die nak g ride lah ape lah.

Tapi laki balik tu sis minta manja, hehehe.

Oh berbalik kepada cerita pada hari yang penuh kegembiraan bg sis tu. Pagi tu sis memang terdetik nak buat pregnancy test sebab rase lewat period tu lama sgt. Sebabkan period sis tak teratur sis tahu mcm mana nak sukat lewat ke tak. Jadi pagi tu sis nekadkan hati untuk buat jugak pregnancy test tu. Jeng.. Jeng...



First time in my life after 6 whole years trying every single month this is the first time my upt test naik double line. Macam tak percaya macam tiba2 jadi tak tahu ape2. Jadi makanya sis test lagi.



So sekarang sis tak tahu nak buat ape, sis dah nangis sorang2 sebab waktu nak buat test tu sis tggu Mimi kuar g keje dulu. Tapi sekarang nih sis tak tahu nak buat ape.

Sis called mimi cakap tak sihat nak pegi klinik, sis suh Mimi datang ambik kat umah. Sis sebenarnya x tahu nak cerita kat Mimi macam mana, kalau boleh sis nak cakap depan2 x nak wasap. Tapi Mimi lak x nak datang ambik die suh sis drive sendiri g kat die. Tak pelah sis yang tengah rasa hepi sangat2 nih bersiaplah dan pegi kat mimi. Dalam kepala otak asyik mikir mcm mana nak cerita ke Mimi.

Sampai opis Mimi sis pickup Mimi sis drive, sis suh Mimi ambik barang dalam beg die tanya barang ape, ambik lah die keluar UpT tu. Terkejut die, serius lah sayang katenye. Seriuslah, tengoklah, pandai tak tengok. Positif kan sayang, ye positif. huhuhu Selamba die tarik kepala kite nak cium ubun kite. Alhamdulillah...

Sampai klinik terus masuk scan. Kami g klinik Zainab kat Kemaman. Mimi kata klinik nih mmg untuk pregnant mum. Oh ok. So here it is...


Alhamdulillah, merasa juga perasaan ini. Syukur Ya Allah kerana memberikan peluang nikmat ini.

Alhamdulillah...

Selasa, 3 Mac 2020

Second appointment - The TTC Journey Between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Sis nak buat entry pendek untuk second appointment dengan Hospital Kemaman Bahagian O&G.

23 September 2019 tu hari isnin, so kali nih sis tak ambik cuti dah. Sis dah bijak ckit, sis apply Kebenaran Keluar Pejabat.

Pada hari kejadian sis gerak awal g spital dan letak kad appointment lu pastu brekfes ngan hubby dekat McD, bukan brekfes McD ek dekat je ngan McD. hehehe

Appointment kali nih jumpa doktor tu doktor terangkan keputusan result darah dengan result ujian air mani suami. Keputusannye memang sis dah agak. Suami tak ade ape apa masalah yang bermasalah ialah sis. Hormon perempuan sis mmg rendah. Tapi dalam pada tu rasa lega atleast skrg dah tahu ape masalah nye.

Doktor pun advise untuk mula makan clomid dan duphaston. Clomid ambik pada hari ke dua period sampai abis (dalam 6 bijik) duphaston makan pada hari ke 16 sehingga abis(dalam 10 bijik). Untuk ubat nih doktor minta cuba dalam 4 cycle. Nanti period hari kedua selepas makan 2 cycle clomid dan duphaston sis kene datang balik untuk ambik sampel darah. Selesai.

Bagi sis TTC nih sangat memeritkan, walaupun ade appointment tak de pun prosedur yang menyakitkan atau memerlukan tenaga tapi for women tiap kali datang dan jumpa doktor mesti ade satu perasaan dalam hati die. Bagi sis perasaan takut dan mengharap adalah sangat tinggi. Sebab tu sokongan moral dari suami penting.

Bile sis baca blog org lain yang TTC pesan dr mereka ialah bakal ibu yang berTTC nih kene sentiasa gembira dan redha. Ini penting sebab kite kene jaga hormon kite.

Alhamdullillah, akhir kata dari sis moga ada sinar di hujung jalan. Semoga apa yang diusahakan mendatangkan hasil dan semoga sis dan MiMi tabah menjalani hari hari mendatang.

Amin.