Selasa, 3 Mac 2020

Second appointment - The TTC Journey Between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Sis nak buat entry pendek untuk second appointment dengan Hospital Kemaman Bahagian O&G.

23 September 2019 tu hari isnin, so kali nih sis tak ambik cuti dah. Sis dah bijak ckit, sis apply Kebenaran Keluar Pejabat.

Pada hari kejadian sis gerak awal g spital dan letak kad appointment lu pastu brekfes ngan hubby dekat McD, bukan brekfes McD ek dekat je ngan McD. hehehe

Appointment kali nih jumpa doktor tu doktor terangkan keputusan result darah dengan result ujian air mani suami. Keputusannye memang sis dah agak. Suami tak ade ape apa masalah yang bermasalah ialah sis. Hormon perempuan sis mmg rendah. Tapi dalam pada tu rasa lega atleast skrg dah tahu ape masalah nye.

Doktor pun advise untuk mula makan clomid dan duphaston. Clomid ambik pada hari ke dua period sampai abis (dalam 6 bijik) duphaston makan pada hari ke 16 sehingga abis(dalam 10 bijik). Untuk ubat nih doktor minta cuba dalam 4 cycle. Nanti period hari kedua selepas makan 2 cycle clomid dan duphaston sis kene datang balik untuk ambik sampel darah. Selesai.

Bagi sis TTC nih sangat memeritkan, walaupun ade appointment tak de pun prosedur yang menyakitkan atau memerlukan tenaga tapi for women tiap kali datang dan jumpa doktor mesti ade satu perasaan dalam hati die. Bagi sis perasaan takut dan mengharap adalah sangat tinggi. Sebab tu sokongan moral dari suami penting.

Bile sis baca blog org lain yang TTC pesan dr mereka ialah bakal ibu yang berTTC nih kene sentiasa gembira dan redha. Ini penting sebab kite kene jaga hormon kite.

Alhamdullillah, akhir kata dari sis moga ada sinar di hujung jalan. Semoga apa yang diusahakan mendatangkan hasil dan semoga sis dan MiMi tabah menjalani hari hari mendatang.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan