Isnin, 24 Februari 2020

First Appointment untuk rawatan hospital Obgyn

Assalamualaikum,

This is my first entry for 2020. After i dont know how many years, dah x sempat bilang. Sebelum nih ade write entry tp x poat out. Sangkut kat draf dan skrg dah x relevan untuk publish out. Hehehe... Maaf dipinta ye semua.

So for this entry, nak cerita journey baru. Since 2019 sis dah pindah duk ngan hubby kan, so kitorang buat keputusan untuk mula buat rawatan memandangkan usaha secara semula jadi tak mendatangkan hasil.

So makanya, sebelum puasa tahun lepas sis ke Klinik Kesihatan Kijal untuk dapatkan referral letter. Kebetulan waktu pergi tu period serabut sangat, sis datang period lama sangat. So rasa bimbang nak mula puasa tu tinggi sangat, sis takut kene ganti puasa banyak hari. hehehe.... Jadi masa jumpa Medical Assistant(MA) tu sis nyatakan kebimbangan sis di sampingan keinginan sis untuk dapatkan rawatan pakar di hospital berkaitan dengan kesuburan. Jadi MA pun adviced sis untuk dapatkan rawatan di hospital Kemaman. Tapi MA jugak adviced supaya First Appointment tu dibuat pada selepas bulan puasa berikut nnt akan ada banyak ujian dan pemeriksaan akan dilakukan. Sis bersetuju dalam paksa, sebab kalau boleh sis nak start awal, rasa lama sangat dah tunggu jadi tak sabar. hehehe

Maka MA pun keluarkan surat refferal letter. Selesai satu hal.

Sis tak ingat first appointment tu bile, sis dah cr pic referral letter tu x jumpa lah so sis teka pada 30 Julai kot sis g appointment tu.

Pada hari appointment tu sis pegi ngan hubby, takutlah nak g sorang. Hal nih perlu sokongan dari suami. Lagipun hal nih libatkan pasangan, sama sama susah dan sama sama akan senang.

First step dia ialah letak IC ngan refferal letter beserta ngan nombor giliran dalam bakul yang nurse dah sedia di kaunter. First timer macam sis nih pendaftaran panjang ckit. Nurse akan ambik butir butir maklumat dulu. Dah selesai tu kite duduk lu sementara sampai turn untuk jumpe doktor. Sambil tu ade nurse lain yang panggil untuk timbang berat,ukur tinggi dan dan ambik tekanan darah. Waktu nih yang penting mesti sama2 menyokong mental dan emosi.

Ok time doktor dah panggil tu doktor pun tanya sejarah perubatan sejarah kehidupan penyakit mak abah dan segala yang berkaitan. Jawab dengan jujur dan tenang ye, jangan gelojoh. hehehe.

Kebetulan pada hari appointment tu sis period day 2, tapi doktor nak check rahim. Sis is nerbes, because scan guna transviginal scan(TVS). TVS nih scan masuk melalui vigina kita untuk tengok rahim, ovari ngan tiub fallopio. Bayangkan sis dengan period nye doktor scan guna TVS tu. hehehe. Diri sendiri seram. Macam dalam pic.

credit: google


So dari pemeriksaan doktor kata xde pcos (polycyctis ovarian sindrom) or cyst or fibroid alhamdulillah. So untuk appointment kali nih doktor suh ambik darah terus. Sebelum balik nurse ade bg dua form, 1 untuk ambik darah hari ke 2 period seterusnya dengan form untuk sample air mani suami. Maka selesai appointment pertama dengan Hospital Kemaman Bahagian O&G.

Untuk hari tu sis ambik cuti rehat terus sebab tak tahu ape nak dijangka tapi alhamdullillah, urusan di hospital selesai sebelum pukul 12 tengahari. Mungkin sebab sis masuk daftar awal td.

Maka untuk appointment seterusnya doktor bagi tarikh bulan September pulak. Sis mmg dah jangka jarak pertemuan kedua mesti agak jauh, mungkin kerana jumlah pesakit yang ramai tu. Dalam hati sis sedapkan diri sendir, kalau tunggu 6 tahun mampu x tak leh nak tunggu 2 bulan kan. hehehe

Dihujung entry yang panjang nih sis nak minta maaf siap2 kot ade term yang digunakan menyinggung atau tersalah tafsir. Ape yang sis taip nih atas pengalaman and pengetahuan sis sahaja. Untuk maklumat lanjut seseorg tu boleh terus direct dengan doktor.

 Sekian moga berjumpa lagi di entry lain. The TTC Journey Between Zetty and Mimi. Bye with lots of Love.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan