Jumaat, 24 April 2020

First Ramadhan 2020 - The Journey of TCC between Zetty ang Mimi

Assalamualaikum,

Hi everybody, Sis harini tak puasa. Ini hari ke 6 sis period. Erm, nampaknya usaha kali nih tak membuahkan hasil mungkin betul telahan sis yang tak ovulate kali nih. But its okay gurls Im okay. Atleast this month my period was on time. Just for this month we need try naturally no more clomid for this month due to MCO all appointment are pospond to end of June.

Okay nak cite pasal PKP3 nih puasa dalam sederhana. Sis masak sahur kt Mimi ikan goreng ngan sup je untuk first sahur. Itu pun Mimi sombong taknak makan sup. Jadi sis makan sup tu buat makan tengahari. Untuk berbuka sis buat roti jala. First time mengirai roti jala, guna piping beg je sebab itu je yang ade tapi jadi tau. Untuk kuah sis buat kari ayam. Itu Mimi request nak kuah manis macam orang Ganu selalu makan tu sis kabolah sis tak pandai buat yang itu.


Mimi makan nasi jugak tadi,sis buatkan sambal telur pecah kat die, makan sekali ngan kari ayam lah. Baki kari ku nanti nak suh dia abiskan roti jala.

Tadi dah tanya Mimi nak makan apa sahur nnt, jawabnya nak ikan bakar je. Okay beres. Nanti nak defrostkan ikan tu nak letak rempah dan wrap siap dalam aluminium foil. Oh lupe, esok sis nak start atkins. Harap berjaya lah.

Thats all girls... See you next time.

Sabtu, 18 April 2020

The Ttc Journey between Zetty and Mimi -11 DPO

Assalamualaikum,

Salam MCO 3 day 3, hehehe. Sis Mco 3 nih makin malas, makin kurang masak. huhuhu. Tabahlah husband sis. Pagi kadang2 dah tak buat breakfast, kadang2 Mimi lapar sis buatlah lempeng ke welcome-welcome ke tapi most of the day sis tak buat breakfast pun kat husband.

So harini sis buat lagi pregnancy test, and the result is big fat negative. Ermmm... ok. Sis rase sis tak berjaya mengandung cycle nih walaupun dengan ubat. Mungkin sis dah resistance dengan clomid.


Not even a faint line, so its okay. Sis tak kan putus asa. Sekarang nih banyak rezeki lain yang tengah datang pada Sis dan mungkin Sis akan berjaya pada bulan akan datang. Sis harap nnt first day period sis tak menangis, hehehe. Because deep within my heart still hoping there will be a chance yang I'm pregnant. Ermm.... sis akan tabah.

So untuk minum petang sis buat puding milo oreo. buat banyak ckit sebab esok nak bg kat kakak ipar, potong ckit bagi jiran tetangga. Kongsi rezeki sikit ngan jiran2, moga kita dipermurahkan rezeki.



Ahad nih birthday mimi, so sis suh die cr buah strawberi sis nak buatkan kek kat die. Simple one but feveret die. Nak buat kecik je just for two of us makan tapi klu ade kek lebih nak bg lah mak mentua rase. hehehe. Lama tak melawat die, padahal kampung sebelah je. InsyaAllah selesai MCO kite g melawat ari2 bayar balik. huhuhu.

Doakan Sis ye semua..


Khamis, 16 April 2020

The TTC Journey between Zetty and Mimi - Dpo 9

Assalamualaikum,

Aritu sis ade kate kate maybe sis implantatiin bleeding kan, oh sekarang sis tak confident dah. Pagi td sis nak kene kuar awal, turn sis keje opis so sis pun gatallah buat pregnancy test, rhe result was big fat negative. And kind of broke my heart cos if the other day was my implantation bleeding that test should be positive. It took me 5 minute to calm myself and mandi and siap g keje.



Maybe cycle ni sebenarnya sis tak ovulate betul pada masa yang sis pikir sis ovulate. Or maybe masih terlalu awal utk big fat positive. Erm... sis tak tahu nak pikir ape. Nanti pikir negatif macam tak tak sokong usaha diri sendiri, pikir positif kang meletak harapan terlalu tinggi. So sekarang sis tak nak pikir sangat.

Until now sis takde rase apa2 pregnancy symtom pun or sis cuba untuk deny benda tu sebab sis tak nak menaruh harapan yang tinggi. Sis ade rase cramping kat area rahim tu but thats it. Dua harini sis cirit birit sikit but itu maybe sebab makan.

Petang MCO3 hari pertama nih sis kukus apam, alahai macam dah rase pandai sangat dah buat apam sekarang nih. hehehe. Untuk minum petang sekarang memang sis rajin buat macam2.



Cantikkan apam sis, buat seketul besar tu je pun tak mampu nak makan, laki bini makan sorang dua keping je. Maka time macam nih boleh lah buat pahala ckit. Sedekah kat jiran bagi merasa dapat lah 3 buat umah merasa. Sis google kat FB je resepi nih. Sepatutnya sepanjang MCO nih Sis kumpul gambar desert yang sis buat kan. Baru nampak variety die. Banyak dah sis cuba. Tak pe lepas ni kite simpan sini.

Oh lupe, malam tadi sis tengok sikit cite Mama Mia yang sequal 2 tu. Memang lama dah nak tengok sebab sis suka cite musikal nih, semalam dapat tengok yang dah ujung dah. Eh kite buat drama air mata lak sorang2 depan tv. hehehe. Seronok cite tu, petang esok ada ulangan so nak tengok full.

MCO 3 nih keta makin banyak lak atas jalan, korang nak g mana. Stay lah kat umah, Covid nih bahaya. Kita kene putuskan rantaian jangkitan, jangan berkumpul dah buat kluster baru. So akhir kata mohon rakyat banyak bersabar, kita kena sama2 usaha pulihkan negara dari Covid 19 nih. InsyaAllah kita mampu.

Amin.

Ahad, 12 April 2020

Two Weeks Wait - The TTC Journey Between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Harini 6DPO, sis still takde rase apa2 symtom lagi, just a bit of tiredness maybe sebab musim2 RMO nih xde buat ape2 duk umah baring duduk baring duduk je kot 

Sekarang nih sekatan jalan dah ade kat mana2 dah, susah ckit nak kuar ke mana2. Klu nak g keje pun takut dah, ini kan pulak nak kuar saja2.

Nak balik keje aritu pun makan masa dekat 4 jam, ayoo sis tak daya dah nak tempuh semua tu. Pinggang sakit, hati sakit, kepala sakit. Yang sis tak faham kenapa banyak sangat kereta atas jalan mcm tak RMO. Itu yang buat line queeu utk ATM ngan PDRM jadi panjang.

Sebutan pasal ATM ngan PDRM, nanti jabatan sis pun akan join berkawal dengan ATM ngan PDRM. Erm... entah lah  Sis takut benar kalau kene bertugas kali kali nih. Ni bukan duty Raya ini Duty Covid. Sangat takut. Harap nama tak naik lah, nak g duty opis pun banyak sangat dah halangan.

Petang nih Sis macam notice ade spotting ckit kat pantyliner, harap itu implantation bleeding.

Ya Allah, benarkanlah rasa ini. Kurniakanlah kami zuriat yang kami impi2kan 

Amin.

Jumaat, 10 April 2020

RMO2 COVID 19 + Two Week Wait 4DPO

Assalamualaikum,

Salam RMO 2, hari ni ada perutusan dari PM samada RMO akan sambung lagi atau tak. Bagi sis better sambung sebab number for new kes masih lagi meningkat, kalau kita mampu hentikan jumpah kes positif ke angka 0 barulah selamat utk tamatkan RMO. Sedangkan jalan RMO pun angka masih meningkat bayangkan tanpa RMO. Ermm for sure that number will be incrasingly with few days je. So petang jih kite tggu keputasan dar PM.

Berikutan dengan RMO nih Jabatan Sis pun akan terlibat dengan pemantauan dan penugasan kawalan. Macam polis ngan askar tu. To tell you the truth, sis rasa takut sangat. Takut nak duty sebab ini bukan duty musim raya tau ini duty musim Covid. Sedangkan nak kuar pegi kedai pun sis takut, berkira berpuluh kali dalam pala otak nak benti ke x beli barang yang sudahnya x benti pun mmg harapkan husband je beli tu. Nampak badan besar sis nih tapi penakut sis lagi besar ok.

Lagi satu sis takut baju operasi sis tak muat pakai. hehehe. Start dari awal RMO keje sis memang masak je kat umah tu. Bangun pagi masak sarapan, selesai sarapan basuh pinggan, duk kejap masak tengahari, basuh pinggan lak, rehat kejap masak minum petang lak pastu basuh pinggan, duk kejap masak makan malam lak pastu basuh pinggan. Itu je rutin harian sekarang. Adalah seminggu sekali g keje sebab turn masuk keje. Macam mana tak membesar dengan jayanya.

Semoga bahagian atasan sis baca entry sis nih and bagi pengecualian. hehehe.


Hari ni 4 DPO, sis start rase sakit pinggang  mcm nak period tu but still no sensetive boobs. Ya Allah, semoga ada harapan untuk kami. Sis tak nak pikir sangat pasal early symtom ke ape, sis just nak go with the flow je.

Doakan kami, Amin.

Khamis, 9 April 2020

Two Week Wait selepas keguguran.

Assalamualaikum,

Salam RMO2 Covid -19, lamanye duduk rumah tak buat ape2 x g keje. Makin bosan dah nih, walaupun bagi sis g keje tu kadang2 menyeramkan. Hehehe. Tapi bila musim Covid nih jadi letih lak duk rumah saja2. Kejenye masak, basuh pinggan dan masak. Rindu kedai makan kat depan masjid tu. huhuhu.

So aritu sis pantang 2 minggu, pantang bersama ngan husband sebulan. Lepas tu period sis datang dengan eloknya, tak sangka betul dengar kata kali nih. Jadi untuk period kali nih sis ambik Clomid pada hari ke 2 period and today ialah DPO 3 sis. Kelmarin sis dah start makan Duphaston. Asik folic mmg sis x benti pun makan sis start pregnant and gugur sampai arini. Awal awalnye Sis ambik asik folik yang Appeton tapi Sis beli online and trip nih Sis tak sempat order online so Sis minta husband beli kat farmasi je lah.

For this two week wait sis berharap sangat ovari Sis nih tak tak resistance ngan clomid tu and berhasil macam first cycle aritu. Tapi if not pregnant Sis insyaAllah akan redha.

As for today, sis tak rase perubahan lagi pada diri Sis, untuk DPO 3 masih belum rase ye any symtom mengandung tu. Kalau ikut pengalaman yang lepas, seminggu sebelun Sis missed period Sis ada rase blooted ngan sensetif boobs, very sensetif. Tapi waktu tu tak sangka first cycle berjaya so Sis tak take pot lansung for early symtom.

Tapi untuk cycle kali nih, Sis nak keep track perjalanan cerita dari awal. So this is the update for DPO 3 for this two weeks wait.

Doakan Sis ye semua. Amin.

Selasa, 7 April 2020

Complete Miscarriaged (11 minggu)

Assalamualaikum,

Sis nak cerita pengalaman sis tunggu kat kat rumah for complete miscarriage. Malam sis balik dari hospital tu sis memang menangis semahunya kat celah ketiak husband sis. Semalaman sis tak makan apa2, sebab sis tak rasa lapar pun. Sis rasa sedih yang amat sangat, baby yang kami tunggu selama 6 tahun lebih dah xde. Puas husband pujuk yang kita kena redha, tapi sedih sis tu membawa ke tido.

By Sunday, Sis tak jugak setle hal nih so hari Isnin tu sis emergency leave. Sis just tggu je kat umah sebab kalau boleh sis tak nak turun darah kat opis. Menyusahkan orang lain pulak. So sis just tggu kat rumah, Hari isnin tu Sis dah start redha, klu boleh Sis nak selesai cepat supaya sis boleh start balik treatment kat hospital untuk mengandung balik. Sehingga ke petang Isnin tu sebelum Sis g umah kakak ipar kat Paka tu Sis tak rase sakit ape pun, jadi waktu husband ajak g umah kakak ipar sis pun nak ikut. For you'll information sis tak ke mana langsung selama 3 bulan nih, antara rumah - opis-umah mak mentua - rumah je pejalanan sis sebab sis takut nak jalan jauh. So this is the first jalan jauh yang sis buat sepanjang 3 bulan nih. So sepanjang pejalanan tu sis rase ok je, siap benti shopping kat TMG lagi.

Tapi sesampainye kat rumah kakak ipar sis, Sis rasa perut sis sakit, cramping yang agak teruk. Tapi sebab kitorang baru je sampai so sis tahan jelah. Sis dah ready pakai pad if incase I start bleeding. Waktu nih sis tak tahu samada bleeding ke tak tapi cramping tu semakin teruk. Tapi sebelum balik sempat lagi kitorang singgah pasar malam, hehehe. Sis tak bagitau sape pun perut sis sakit. Tak nak lah spoiled mood diorg so sis layankan aje.

Tapi sepanjang perjalanan balik tu sakit perut sis makin bertambah, Sis sangat tak tak sabar nak balik rumah mandi and baring. Sesampai je rumah Sis mandi and terus masuk tido. Sis sapu minyak panas untuk legakan sikit sakit perut tu.

Start kul 4 pagi sis terjaga sebab perut sakit sangat, tulang belakang kat pinggang pun sakit sangat2. Terlintas dalam kepala otak sis adakah ini masanya? So sis kejut husband cakap sis sakit perut die cakap gi lah toilet. heehe, sis tak tau nape sis boleh dengar kate die macam org x sedar. Sis masuk toilet nak tencing tibe2 sis rase darah kuar jugak. Erm... Maybe this is the time. So sis just wait atas mangkuk tandas je dalam 15 minit sis tukar pad nak kuar g baring balik atas katil. Tapi time ni dah x leh nak baring betul2 sebab perut sakit sangat. Husband tolong sapukan ubat pastu die tido. Sis pun rasenye terlelap kejap.

Tapi dalam kul 6 tu sis rase tibe2 macam darah kuar banyak and perut rase sakit sangat. Cepat2 g tandas takut darah meleleh kene tilam. Kat tandas sis rase macam tak leh nak bangun, sis melutut terus kat lantai tandas tu. Waktu rase perut cramping yang sangat2 rase macam tak boleh bernafas, Sis panggil husband tapi dia tak dengar sebab die dalam toilet kat dalam bilik. Dalam tandas tu mcm2 cara Sis duduk nak bagi tak sakit sangat perut, last Sis duduk atas mangkuk tandas tu. Baru rase lega, minta husband ambikkan pad baru utk tukar. Siap tukar pad sis baring kejap, husband g kedai mak mentua anta makanan jap. Waktu husband takde tu tibe2 sis rase mcm sakit perut melampau and rasa macam ade bende kuar. Cepat2 g tandas balik tengok pad ade ketulan darah yang besar, terus darah kuar tak benti. Dalam debar tu sis wasap husband suh balik umah cepat, maybe dah complete kot sebab kuar ketulan yang besar. Waktu tu bleeding mmg teruk, asyik tukar pad je.

 Dah siap mandi dengan air panas kitorg terus gerak g wad bersalin bawak ketulan td. Sementara nak tggu masuk tu sis rasa darah yang kuar tu banyak sangat, perut sakit lagi lupa ambik tepon dalam beg lagi. Adoi rase mcm tak boleh nak diri dah nih. Dah start pening kepala. Waktu sampai turn tu Sis berdiri je terus turun darah meleleh leleh kat kaki, nurse kate xpe nnt ade org lapkan, naik atas katil untuk check complete ke tak miscarriage tu. Bermulalah adegan seluk ngan mulut itik sepanjang hari.

Lepas doktor check die kate tak complete lagi nih, masih ade lagi di dinding rahim yang belum turun, kene admit hospital dan malam kene puasa. Esok kita D&C. Hati terus berdebar, alamak kene D&C pulak. Doktor pun cucuk lah granula, rasenye betul dah tu. hehehe. 3 tempat 3 org doktor buat baru masuk. Sakit saje2 lah Sis tahan Doktor intern 3 org nih cari urat x jumpe. Pastu nurse suh husband tolak g ke wad naik kerusi roda, waktu nih perut sakit sangat lagi. Sampai kat wad tukar pad lagi pakai lah baju pink.



Husband balik kejap ambik barang untuk bermalam ngan beli pad. Tapi by the time husband sampai tu sis rase darah kuar banyak sampai bocor sis pun ajak dia teman tukarkan pad. Kat tandas tu sis tak sedar kuar seketul lagi darah jatuh dalam mangkuk tandas x sempat nak tangkap. Tapi lepas kuar ketul tu rasa lega sangat terus naik atas katil terus terlelap.

Doktor kat wad datang buat round tu sis pun cite kat die pasal ketulan td, die macam nak marah pun ade sebab tak cite awal2 bende tu. Mana lah sis tau, td die tak pesan ape2 pun kat sis. Masuk balik bilik periksa and seluk lagi dengan mulut itik. Doktor kata aktif bleeding dah stop, dinding rahim pun dah xde blood clot. Terus die ajak g periksa kat doktor di wad bersalin. Tapi waktu nak g tu doktor intern wad nih jalan punya lah laju. Sis dah lah tak pandai pakai kain style kain batik tu rase macam nak londeh pun ade. Tapi kejap2 die pandang belakang tengok sis jauh kene tggl die benti kejap tunggu. Sampai kat bilik periksa kene seluk lagi ngan mulut itik tu. Kali nih doktor yang benar2 doktor yang check kan, comfirm dah complete. Doktor tanye nak stay wad kuar esok ke nak balik. Of cos nak balik doktor, dengan keadaan wad yang xde org sangat td tu mmg tidak lah sis nak tido sorang malam tu.

Then balik wad call husband bagitau kata dah completed and boleh discharge dan dapat  MC seminggu husband yang baru je balik dr hospital datang blik hospital kemaskan barang. Sis tukar baju pakai baju baru je husband bawak tadi and tggu husband setle kan bil.

So kitorg pun balik lah umah, Sis pantang ngan husband je awal2 tu. Makan nasi putih ngan ikan bakar je. 3 ari lepas tu mak datang, tapi makan macam biasa dah cuma tak makan ngarut2 je.

Lepas abis MC seminggu sis masuk keje macam biasa tapi tetap pantang makan dan sentiasa berstokin.

Pengajarannya bagi Sis ialah, Sis rase rahin sis tak kuat sangat so kalau mengandung lagi memang tak boleh jalan jauh. Sedangkan dari Kemaman ke Paka je boleh buat sis turun darah terus malam tu. Dan setiap yang jadi ni ada hikmah die. Banyak benda sis rasa dan belajar. Pengalaman pertama kali masuk hospital dan pakai baju pink dalam wad tu akan jadi kenangan buat sis.

Buat anak bonda yang telah tiada, bonda sayang kamu. Kamu adalah permata pertama bonda.

Amin.

Isnin, 6 April 2020

Allah knows better, Sis Okay (Keguguran 11 weeks) Part 2

Assalamualaikum,

Sambung di Kecemasan Kemaman. Sampai je kat Kecemasan terus daftar masuk dalam 5 minit terus turn masuk jumpa doktor. Setelah ditanya dengan perbagai soalan doktor di kecemasan terus suh ke Wad Bersalin.

Sampai wad bersalin tunggu turn dengan penuh ketakutan, Sis takut sangat2 tapi nurse kat situ asyik langkau turn. Dont they know yang sis datang dr kecemasan means sis rase cemas. Then one of doctor said, dah solat ke belum? Eh, klu miscarriage x yah solat pun xpelah tggu lah kejap. OMG, on that moment my heart down to the floor, the tears rushing down instantly. Allah, sis terus tak berharap padahal tadi sis masih menaruh harapan yang baby sis is okay. So I just wait until my turn.


Masuk dalam bilik pemeriksaan doktor intern yang periksa sis tu lelaki lak, mula lah segan. Sis datang tibe2 so sis mmg xde persiapan ape2. Sis tak sempat nak shave, huhuhu. So hadap je lah. Lepas tu doktor yabg betul2 doktor check, seluk dalam using mcm mulut itik tu, tengok and intai and swap ngan cotton i think doktor pun cakap. "Puan kandungan puan nih miscarriage threaten, but 80% will miscarriage because baby xde denyutan". Dalam hati sis hanya mampu mengucap. Sebelum balik tu doktor tu pesan, if pendarahan mula heavy datang je emergency tak kiralah malam ke siang, tapi kalau belum complete miscarriage pada 24hb datang je kat wad bersalin kita akan start D&C.

Keluar je dr wad bersalin tu sis berjalan perlahan sambil tahan air mata, cuba tak pandang suami sis. But hujung mata sis nampak mak mentua ade jugak kat situ. Bile masa lah husband sis p ambik mak mentua. Kat pintu nak kuar mak mentua tanya baby ok kan? Mula lah sis buat drama air mata kat depan pintu masuk tu ngan mak mentua. Masuk keta nak balik tu mak mentua sis pesan, kena bertabah, kena sabar banyak. Maka bermulalah MC sis tunggu complete miscarriage. Sis dapat MC 3 hari so sis datang hospital hari Khamis MC sampai hari ahad. Hari Sis cuti. erm ...
So bertabah lah sis di rumah, if after ahad still x complete miscarriage, maknanye sis kene g pejabat dengan kandungan yang dah xde. Sedih kan.

Okay bye. Next sis cerita, pengalaman tggu complete miscarriage and the day of complete miscarriage.


Allah knows better, Sis is okay (Keguguran 11weeks)

Assalamualaikum,

Uhuks.... walaupun entry sis semuanya past tense but girls everytime sis cite balik semuanye bagai wayang bermain dalam fikiran sis. Sis cuba utk ingat sebaik mungkin detik-detik kejadian, InsyaAllah sis tak tinggal satu pun.

As today sis menaip setiap kata ini, genap 35 hari Sis kehilangan permata hati yang kami tunggu hampir 7 tahun. Demi Allah, Sis redha.

Its start on Thursday 6th Feb 2020, Sis start bleeding kat opis. Waktu tu sis nak tencing, terkejut sangat bila wipe ade blood. Nipis je. X pekat pun, sikit je. Tapi hati Sis terus ketakutan, Ya Allah, mungkinkah apa yang sis takutkan tu akan terjadi. Sis panik kejap tapi sis gather all thought masuk bilik ambik pantyliner. Setle tu call lah abang, sepatutnye die dah siap keje sebab dah kul 4.30, ari armis kan balik kul 3.30pm tapi xde diangkatnye tepon. Geram and sakit ati setelah 4,5 kali call tak angkat sis tepon kaka ipar. Suh die cari adik die and dtg ambik sis kat opis. Sementara tggu husband datang sis fikir banyak benda. Nak g hospital terus ke? Nak g kecemasan Kuantan ke? Ke balik ke Kecemasan Kemaman, if anything happen senang husband nak setle kan. Ke nak ke klinik je dulu? Tapi klinik mana? Ke Klinik di Kuantan ke Klinik kat Kemaman? Ermm.... dalam buntu sis rase biarlah buat keputusan ngan husband.

Waktu husband sampai tu, die park keta die dihujung ckit and pindah semua barang keje dia dlm keta sis. Sebelum gerak tu kitorang bincang jap. Jadi keputusannya ialah balik drive perlahan lahan ke Kemaman, and waktu tu Sis x rase sakit ape pun jadi sis pun ok lah geraklah balik Kemaman.  Sampai Kemaman tu ingat nak ke Klinik Zainab, klinik yang kitorang buat scan comfirm pregnant tu tapi by the time sampai Kemaman dah pun Magrib makanya klinik dah pun tutup. Sis cakap kat husband nak ke tandas jadi kitorang singgah opis husband kebetulan husband belum tumbprint. Waktu nak masuk toilet tu sis doa sangat2 yang pantyliner tu clear with no blood, tapi sangkaan tu meleset. setle buang air darah siap menitik lagi dalam toilet bowl. Waktu nih sis rase nak jerit panggil husband tapi sis cuba cuba tenang. Cuba tahan air mata tahan debar and tahan semua nya. Keluar perlahan lagan masuk keta and terus maklum kat kat husband "Abg jom lah g kecemasan, bleeding makin banyak". Husband tak tak jawap ape terus ke Hospital Kemaman yang kat belakang opis die tu.

Bersambung episod 2. (Panjang sangatlah, takut yo'll boring baca)