Assalamualaikum,
Sambung di Kecemasan Kemaman. Sampai je kat Kecemasan terus daftar masuk dalam 5 minit terus turn masuk jumpa doktor. Setelah ditanya dengan perbagai soalan doktor di kecemasan terus suh ke Wad Bersalin.
Sampai wad bersalin tunggu turn dengan penuh ketakutan, Sis takut sangat2 tapi nurse kat situ asyik langkau turn. Dont they know yang sis datang dr kecemasan means sis rase cemas. Then one of doctor said, dah solat ke belum? Eh, klu miscarriage x yah solat pun xpelah tggu lah kejap. OMG, on that moment my heart down to the floor, the tears rushing down instantly. Allah, sis terus tak berharap padahal tadi sis masih menaruh harapan yang baby sis is okay. So I just wait until my turn.
Masuk dalam bilik pemeriksaan doktor intern yang periksa sis tu lelaki lak, mula lah segan. Sis datang tibe2 so sis mmg xde persiapan ape2. Sis tak sempat nak shave, huhuhu. So hadap je lah. Lepas tu doktor yabg betul2 doktor check, seluk dalam using mcm mulut itik tu, tengok and intai and swap ngan cotton i think doktor pun cakap. "Puan kandungan puan nih miscarriage threaten, but 80% will miscarriage because baby xde denyutan". Dalam hati sis hanya mampu mengucap. Sebelum balik tu doktor tu pesan, if pendarahan mula heavy datang je emergency tak kiralah malam ke siang, tapi kalau belum complete miscarriage pada 24hb datang je kat wad bersalin kita akan start D&C.
Keluar je dr wad bersalin tu sis berjalan perlahan sambil tahan air mata, cuba tak pandang suami sis. But hujung mata sis nampak mak mentua ade jugak kat situ. Bile masa lah husband sis p ambik mak mentua. Kat pintu nak kuar mak mentua tanya baby ok kan? Mula lah sis buat drama air mata kat depan pintu masuk tu ngan mak mentua. Masuk keta nak balik tu mak mentua sis pesan, kena bertabah, kena sabar banyak. Maka bermulalah MC sis tunggu complete miscarriage. Sis dapat MC 3 hari so sis datang hospital hari Khamis MC sampai hari ahad. Hari Sis cuti. erm ...
So bertabah lah sis di rumah, if after ahad still x complete miscarriage, maknanye sis kene g pejabat dengan kandungan yang dah xde. Sedih kan.
Okay bye. Next sis cerita, pengalaman tggu complete miscarriage and the day of complete miscarriage.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan