Jumaat, 15 Mei 2020

Selamat mula bekerja semua- TTC Journey between Zetty and Mimi

Assalamualaikum kengkawan,

Sister dah start keje hari Rabu kelmarin, fuyoo kerja tertangguh banyak giler. Tak cukup tangan nak selesaikan. Harap anak buah semua dedikasi lah selesaikan semua kerja yang tertunggak. Kita mampu buat guys.

Semalam Ramadhan 21 sis start period. Awal 2 hari dari biasa dan period nih start ngan tidak cantik. Erm... setelah 2 cycle cuba cuba secara natural tak sangkut sis buat kesimpulan yang sis kene mengandung melalui perubatan jugak. Kepercayaan sis terhadap cuba secara sendiri terus hilang. hahaha. Sis dapat rasa yang period kali nih mesti lama. Jenuh lah nak ganti puasa nanti. Awal ramadhan dan ponteng 3 hari, kalau ikut kalender period sis, sis akan tak puasa sampai raya. Maka jumlah ganti nanti 13 hari. Harap period nih tak lama sangat, tapi macam imposible je sebab day 2 period pun x start cantik lagi still brownish.


Semoga PKP / PKPB berakhir lah 9 Jun nih, sis tak sabar nak masuk appointment doktor. Kalau sambung besar kemungkinan kene tunda lagi tu appointment tu. Tapi appointment tu jauh lagi sekarang, 22 Jun nanti appointment.

Harap sangat waktu tu Covid 19 nih dah betul betul 0 kes baru. Supaya kite boleh kuar secara bebas, boleh g exercise. hehehe. Yelah tu g exercise kang balik makan kedai lak.

Ya Allah, Kau kurniakanlah aku ketabahan kepada aku dalam mengharungi ujian Mu ini. Aku mengharapkan belas ehsan dari Mu.

HambaMu Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan