Jumaat, 11 September 2020

Clomid 50mg Cycle 3 - The TTC Journey Between Zetty & Mimi

 Assalamualaikum,


Lamanya tak bersiaran. Erm... Mood tak berape cantik. Isteri yang ada masalah kesuburan memang akan cepat moody compare tu husband kan? Mood sis memang cepat ke laut dalam. Tapi itulah tak mampu nak control. Last cycle just before ovulation sis gaduh ngan husband. Erm... ingat cycle nih okaylah, tak jugak. Awal bulan haritu Mimi bagitau kata nak panjat gunung. Sis awal lagi rasa tak bagi dia pergi. Tapi biasalah Mimi kata Sis takdenye die nak dengar. Hahaha


Then one day kite discuss pasal nak g kursus tapi kate kat die kursus tu sehari lepas ovulation date selama 5 hari, die kate okay lah. Gilah sebab die nak naik gunung minggu tu. Then bila sis check hadoilah... Geramlak kite, die g panjat gunung hari kite sepatutnya ovulation. Sebabkan hari kite gaduh tu sis baru first day period, Sis terus cakap kat Mimi taknak makan Clomid on second day sebab kite tak berjumpa jugak kan. Setelah gaduh punya gaduh then Mimi kata jom ikut die g panjat gunung tapi you tunggu kat hotel jelah.... hahahha... itu yang sis nantikan.


So sis berdoa sangat yang cycle clomid 50mg kali ke tiga nih berjaya. Rupanya sis nih bukan seorang yang sabar dan bukan seorang yang sopan. Untuk sis bersabar dan bersopan tu boleh mendatangkan mudarat rupanya bagi Sis, Hahahaha..... 


Ovulation kali kite sambut kat Copthorne Hotel Cameron Highland. Thank you Mimi bawak I g sama-sama. I tahu you rasa susah bila I ikut, I hargai sangat pengorbanan you. Walaupun Sis hanya duk dalam bilik je hari Sabtu tu tapi Sis puas hati sangat boleh rehat2 kat tempat sejuk. Sis hepi... hehehe


Ya Allah Kau kurniakanlah kami cahaya mata yang kami nanti-nantikan, kurniakan kami Cahaya mata yang solehah sempurna akal dan tubuh badan, cahaya mata yang akan membawa kami lebih dekat dengan agamaMu. 


Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan