Selasa, 8 Februari 2022

Pengalaman Mengandungkan Cahaya

 Assalamualaikum, 

Bonda tak banyak nak cerita pasal pengalaman mengandung sebab waktu mengandungkan Cahaya PKP lagi, so tak de pergi mana-mana dan banyak habiskan masa dekat rumah je. Pendek kata rutin sama everyday, bangun subuh sambung tidur, bangun sarapan lewat tidur balik, bangun mandi sambung guling atas katil dan terlelap, bangun makan tengahari sambung tidur, petang jalan rumah Kak Ha. Makan malam sana sebab memang nak makan Kak Ha masak je dan balik tidur malam. So basicly Bonda just ulang perkara yang sama hari-hari sehingga hari bonda masuk kerja atau ada checkup.

Waktu mengandung ni semua benda takut nak buat. Nak keluar berjalan pun PKP, Bonda tak cucuk vaksin sebab takut effect baby walaupun doktor kata tak effect baby. Tapi Bonda tetap takut. Tepis habis boleh. Nak makan kedai tak boleh sebab belum boleh dining, so terperaplah kat rumah.

Barang Cahaya Bonda start beli dari kandungan umur 5 bulan. First barang yang bonda beli baju baby yang takde brand. hahaha... Saja nak try tengok reaksi babah shopping awal-awal. So far so good, so bonda pun tambah collection beli baju comel-comel dari China. Maaf anak baju awak takde brand. Bonda nak pergi kedai belek sendiri material kain untuk awak tapi keadaan tak membenarkan lagi so bonda tahankan nafsu tapi added to cart banyak sangat barang. huhuhu...

Bonda pujuk babah waktu tu beli cot untuk Cahaya, ingat nak beli warna putih yang berkualiti tinggi tapi mahal sangatlah sayang, tapi yang bonda beli nih pun Cahaya selesa pakai kan. Sampai sekarang Cahaya 5 bulan memang Cahaya tidur dalam cot dia ye. Alhamdulillah anak bonda bijak boleh terima semuanya. Bonda memang nak ajar anak tidur katil sendiri sebab mak pak tidur buas jugak mana mahunye nak tidur ramai-ramai atas katil. Dah kalau mak pak tidur buas anak pun sama lah. Eh, cita pasal tidur nak cita pasal babah, masa bonda mengandung aritu die tidur bucu katil jauh dari bonda sebab takut terkena kaki die. hahaha memang rasa tak cukup kasih sayang waktu tu. Ingat bonda je takut nak buat ape-ape rupenya babah pun sama.

Babah time bonda mengandung nih rajin betul die g exercise, mentang-mentang work from home hari-hari g jogging. pagi sekali balik dalam kul 10-11 tapi babah cari breakfast dulu untuk bonda pastu petang bila ada kelapangan. Time nih geram jer Bonda, kita badan makin naik dia pulak makin slim. Kata nak sama-sama dalam hal nih dah kenapa dia pulak yang makin jaga badan nih. Geram.....

Masa mengandungkan Cahaya bonda sangkut GDM(Gestational Diabetes) ataupun kencing manis waktu mengandung. Ini semua salah Kak Ha, malam sebelum test dia hidang kek gula hangus kat member. Esok test memang sangkut tinggi lah. hahaha. Bermulalah checkup setiap 2 minggu nak check gula. Bile ambik bacaan hari tu esokkan nya kena review doktor, itu yang malas nye tu. erm... tapi alhamdulillah bonda berjaya kawal walaupun kadang ada yang terkandas. hahaha. Kene sound ngan misi Zu perkara biasa. Best tau checkup KD Telok Kalong, misi Zu baik sangat. Tq akak... jasa mu Bonda kenang. Terima kasih sentiasa bagi tunjuk ajar. 

Okaylah. Nanti kita sambung lagi ye. Bonda curik masa kerja nih untuk blogging. Until we meet again. Hapefully not very long soon. hahaha 


Amin....

Sabtu, 22 Januari 2022

Success with 100mg - TTC Journey between Zetty and Mimi

 Assalamaualaikum,


I still remember vividly the the that I feel Cahaya has come to me. Bonda waktu tu rasa sangat-sangat yakin yang Cahaya dah ada dengan Bonda. Bonda test UPT 2 hari sebelum Bonda period and Bonda nampak line yang sangat samar. Bonda diamkan aja simpan sorang-sorang. Babah pun Bonda tak bagitahu. Bonda takut Babah terlalu berharap. So bonda simpan sorang.

The next daynye Bonda ada meeting kat Pekan, risau nak drive jauh and malam Bonda bagitahu Babah yang Bonda rasa Bonda mengandung. Kot-kot lah Babah nak anta, huhuhu. Hampa, Babah suruh hati-hati je. Biasa lah Mimi kan memang macam tu. Tak romantik tapi dia ambik tahu dalam hati dia. Hahaha. So Bonda pergi tapi drive yang sangat berhati-hati.

Pagi tahun baru tu bonda test lagi UPT, and its official. I've got the double line, the very big positive. Alhamdulillah. Bonda tunjuk kat Babah baru dia macam percaya. Tapi untuk kali nih Bonda dan Babah decided untuk rahsiakan dari semua orang dulu even family. Tak nak kekecewaan tahun lepas berulang kalau Bonda tak berjaya pertahankan Cahaya.

Kami buat keputusan untuk ke klinik untuk scan lepas Bonda dah missed period seminggu dan kami pilih untuk ke Klinik Zainab lagi. Waktu Bonda scan tu Cahaya baru 6 minggu dalam rahim bonda and a week after that bonda bleeding sikit. Sekali lagi kami ke Klinik Zainab dan doktor bekalkan Duphaston selama seminggu. 

Dalam 9 minggu baru ke Klinik Desa untuk buka buku pink. Bahagia rasa bila pandang buku pink tu sebab bonda rasa waktu tu Bonda sangat yakin yang Cahaya akan membesar dalam rahim Bonda. Cuma sekarang Bonda nak tunggu lepas 1st trimester tu untuk hilangkan trauma bonda.

Waktu nih bahagia sangat, duk rumah memang Babah tak bagi buat kerja rumah. Bonda tak da alahan pun waktu nih tapi bonda tak larat sangat je. Memang banyak habiskan masa atas katil je berehat, makanan Babah bungkus. Bangun untuk makan dan mandi jer. Pegi kerja pun bonda jaga diri sebab kawan-kawan semua tak tahu lagi so Bonda buat macam biasalah ,cuma sangat tak larat kat office pun tak larat duk kat bilik je.

Nanti bonda sambung ye pengalaman mengandung pulak. So ini last entry Bonda on chapter TTC. Bonda tutup chapter TTC dan buka Chapter baru. Assalamualaikum semua.


Selasa, 4 Januari 2022

Rainbow After A Long Rain. We did it...Yahoo

 Assalamualaikum...

Its been completely a year after last post and here I am with a new addition of me. Alhamdulillah, akhirnye kami berjaya. Its been a very beautiful year for us. Introducing our new baby rainbow Zetty Cahaya Althea Binti Mohd Suhaimi.

Alhamdulillah, tahun 2021 adalah tahun paling indah bagi kami suami isteri. Walaupun negara dilanda virus Covid -19 yang pada waktu ini mengundang ketakutan pada kami, kami berjaya harungi semuanya. Sis conceived Cahaya selepas 100mg Clomid. Last post kan ade cite yang clomid tu abis and ade gap kan, alhamdulillah gap tu terisi dengan Cahaya hadir dalam rahim bonda. 

Nnt bonda cerita macam mana bonda boleh rasa yang Cahaya dah ade dengan Bonda. And macam mana Babah and bonda punya reaction waktu tu. But today is about Cahaya Althea. Nama Cahaya Althea bonda yang pilih dan babah nak nama anak dia ade Zetty. So combine dan jadilah Zetty Cahaya Althea. Althea nih bonda minat last2 minit, cari maksud kat google. Maksud die tukang penyembuh dan althea tu nama orang Greek. 

Cahaya lahir 1 September 2021 melalui elektif ceaser. Elektif ceaser atas nasihat doktor ye, bukan bonda acah-acah Aida Jebat ye. Huhuhu. Pengalaman lahirkan Cahaya nih agak traumatic bagi bonda. Nanti kite gebang hal nih.

So as for today Cahaya dah masuk 4 bulan dah, semalam Cahaya checkup and cucuk 4 bulan. Bonda sedih sebab tak mampu nak bawak anak g klinik atas sebab kerja. Sebab waktu mengandung Cahaya Allah bantu bonda ringankan beban kerja dengan banyak work from home, terima kasih kawan-kawan dan rakan sekerja yang sanggup ganti bonda kerja, so sekarang bonda kenalah bantu diorg kat opis pulak. Turn kawan-kawan lak cuti. Tapi takpe bonda percaya babah mampu buat semua tu. So far mmg babah yang banyak urus Cahaya sebab bonda kerja jauh and kejar masa. Thank you Babah.

Semalam balik dari kerja bonda belek buku kesihatan anak, erm.. patut lah lenguh tangan and bahu bonda kalau kite kuar jalan. Berat Cahaya dah naik ke 6.34kg, tinggi 63cm. Huhuhu kalau tengok fizikal Cahaya nih macam tinggi tapi bulan nih tinggi Cahaya naik 1 cm jer. Takpe lah anak janji anak sihat.

So here she is. 


Maaf anak bonda mahal sikit perangai nye. Dia agak kurang senyum dan gelak tapi senyum dan gelak dia hanya untuk orang yang rapat sahaja especially babah dia. Cahaya memang anak babah ye, muka and fizikal totally babah. Bonda dapat perangai tido jer. huhuhu.

Until we meet again je aunty and all readers. Doakan supaya bonda consistent. Amin....