Selasa, 4 Januari 2022

Rainbow After A Long Rain. We did it...Yahoo

 Assalamualaikum...

Its been completely a year after last post and here I am with a new addition of me. Alhamdulillah, akhirnye kami berjaya. Its been a very beautiful year for us. Introducing our new baby rainbow Zetty Cahaya Althea Binti Mohd Suhaimi.

Alhamdulillah, tahun 2021 adalah tahun paling indah bagi kami suami isteri. Walaupun negara dilanda virus Covid -19 yang pada waktu ini mengundang ketakutan pada kami, kami berjaya harungi semuanya. Sis conceived Cahaya selepas 100mg Clomid. Last post kan ade cite yang clomid tu abis and ade gap kan, alhamdulillah gap tu terisi dengan Cahaya hadir dalam rahim bonda. 

Nnt bonda cerita macam mana bonda boleh rasa yang Cahaya dah ade dengan Bonda. And macam mana Babah and bonda punya reaction waktu tu. But today is about Cahaya Althea. Nama Cahaya Althea bonda yang pilih dan babah nak nama anak dia ade Zetty. So combine dan jadilah Zetty Cahaya Althea. Althea nih bonda minat last2 minit, cari maksud kat google. Maksud die tukang penyembuh dan althea tu nama orang Greek. 

Cahaya lahir 1 September 2021 melalui elektif ceaser. Elektif ceaser atas nasihat doktor ye, bukan bonda acah-acah Aida Jebat ye. Huhuhu. Pengalaman lahirkan Cahaya nih agak traumatic bagi bonda. Nanti kite gebang hal nih.

So as for today Cahaya dah masuk 4 bulan dah, semalam Cahaya checkup and cucuk 4 bulan. Bonda sedih sebab tak mampu nak bawak anak g klinik atas sebab kerja. Sebab waktu mengandung Cahaya Allah bantu bonda ringankan beban kerja dengan banyak work from home, terima kasih kawan-kawan dan rakan sekerja yang sanggup ganti bonda kerja, so sekarang bonda kenalah bantu diorg kat opis pulak. Turn kawan-kawan lak cuti. Tapi takpe bonda percaya babah mampu buat semua tu. So far mmg babah yang banyak urus Cahaya sebab bonda kerja jauh and kejar masa. Thank you Babah.

Semalam balik dari kerja bonda belek buku kesihatan anak, erm.. patut lah lenguh tangan and bahu bonda kalau kite kuar jalan. Berat Cahaya dah naik ke 6.34kg, tinggi 63cm. Huhuhu kalau tengok fizikal Cahaya nih macam tinggi tapi bulan nih tinggi Cahaya naik 1 cm jer. Takpe lah anak janji anak sihat.

So here she is. 


Maaf anak bonda mahal sikit perangai nye. Dia agak kurang senyum dan gelak tapi senyum dan gelak dia hanya untuk orang yang rapat sahaja especially babah dia. Cahaya memang anak babah ye, muka and fizikal totally babah. Bonda dapat perangai tido jer. huhuhu.

Until we meet again je aunty and all readers. Doakan supaya bonda consistent. Amin....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan