Sabtu, 22 Januari 2022

Success with 100mg - TTC Journey between Zetty and Mimi

 Assalamaualaikum,


I still remember vividly the the that I feel Cahaya has come to me. Bonda waktu tu rasa sangat-sangat yakin yang Cahaya dah ada dengan Bonda. Bonda test UPT 2 hari sebelum Bonda period and Bonda nampak line yang sangat samar. Bonda diamkan aja simpan sorang-sorang. Babah pun Bonda tak bagitahu. Bonda takut Babah terlalu berharap. So bonda simpan sorang.

The next daynye Bonda ada meeting kat Pekan, risau nak drive jauh and malam Bonda bagitahu Babah yang Bonda rasa Bonda mengandung. Kot-kot lah Babah nak anta, huhuhu. Hampa, Babah suruh hati-hati je. Biasa lah Mimi kan memang macam tu. Tak romantik tapi dia ambik tahu dalam hati dia. Hahaha. So Bonda pergi tapi drive yang sangat berhati-hati.

Pagi tahun baru tu bonda test lagi UPT, and its official. I've got the double line, the very big positive. Alhamdulillah. Bonda tunjuk kat Babah baru dia macam percaya. Tapi untuk kali nih Bonda dan Babah decided untuk rahsiakan dari semua orang dulu even family. Tak nak kekecewaan tahun lepas berulang kalau Bonda tak berjaya pertahankan Cahaya.

Kami buat keputusan untuk ke klinik untuk scan lepas Bonda dah missed period seminggu dan kami pilih untuk ke Klinik Zainab lagi. Waktu Bonda scan tu Cahaya baru 6 minggu dalam rahim bonda and a week after that bonda bleeding sikit. Sekali lagi kami ke Klinik Zainab dan doktor bekalkan Duphaston selama seminggu. 

Dalam 9 minggu baru ke Klinik Desa untuk buka buku pink. Bahagia rasa bila pandang buku pink tu sebab bonda rasa waktu tu Bonda sangat yakin yang Cahaya akan membesar dalam rahim Bonda. Cuma sekarang Bonda nak tunggu lepas 1st trimester tu untuk hilangkan trauma bonda.

Waktu nih bahagia sangat, duk rumah memang Babah tak bagi buat kerja rumah. Bonda tak da alahan pun waktu nih tapi bonda tak larat sangat je. Memang banyak habiskan masa atas katil je berehat, makanan Babah bungkus. Bangun untuk makan dan mandi jer. Pegi kerja pun bonda jaga diri sebab kawan-kawan semua tak tahu lagi so Bonda buat macam biasalah ,cuma sangat tak larat kat office pun tak larat duk kat bilik je.

Nanti bonda sambung ye pengalaman mengandung pulak. So ini last entry Bonda on chapter TTC. Bonda tutup chapter TTC dan buka Chapter baru. Assalamualaikum semua.


Selasa, 4 Januari 2022

Rainbow After A Long Rain. We did it...Yahoo

 Assalamualaikum...

Its been completely a year after last post and here I am with a new addition of me. Alhamdulillah, akhirnye kami berjaya. Its been a very beautiful year for us. Introducing our new baby rainbow Zetty Cahaya Althea Binti Mohd Suhaimi.

Alhamdulillah, tahun 2021 adalah tahun paling indah bagi kami suami isteri. Walaupun negara dilanda virus Covid -19 yang pada waktu ini mengundang ketakutan pada kami, kami berjaya harungi semuanya. Sis conceived Cahaya selepas 100mg Clomid. Last post kan ade cite yang clomid tu abis and ade gap kan, alhamdulillah gap tu terisi dengan Cahaya hadir dalam rahim bonda. 

Nnt bonda cerita macam mana bonda boleh rasa yang Cahaya dah ade dengan Bonda. And macam mana Babah and bonda punya reaction waktu tu. But today is about Cahaya Althea. Nama Cahaya Althea bonda yang pilih dan babah nak nama anak dia ade Zetty. So combine dan jadilah Zetty Cahaya Althea. Althea nih bonda minat last2 minit, cari maksud kat google. Maksud die tukang penyembuh dan althea tu nama orang Greek. 

Cahaya lahir 1 September 2021 melalui elektif ceaser. Elektif ceaser atas nasihat doktor ye, bukan bonda acah-acah Aida Jebat ye. Huhuhu. Pengalaman lahirkan Cahaya nih agak traumatic bagi bonda. Nanti kite gebang hal nih.

So as for today Cahaya dah masuk 4 bulan dah, semalam Cahaya checkup and cucuk 4 bulan. Bonda sedih sebab tak mampu nak bawak anak g klinik atas sebab kerja. Sebab waktu mengandung Cahaya Allah bantu bonda ringankan beban kerja dengan banyak work from home, terima kasih kawan-kawan dan rakan sekerja yang sanggup ganti bonda kerja, so sekarang bonda kenalah bantu diorg kat opis pulak. Turn kawan-kawan lak cuti. Tapi takpe bonda percaya babah mampu buat semua tu. So far mmg babah yang banyak urus Cahaya sebab bonda kerja jauh and kejar masa. Thank you Babah.

Semalam balik dari kerja bonda belek buku kesihatan anak, erm.. patut lah lenguh tangan and bahu bonda kalau kite kuar jalan. Berat Cahaya dah naik ke 6.34kg, tinggi 63cm. Huhuhu kalau tengok fizikal Cahaya nih macam tinggi tapi bulan nih tinggi Cahaya naik 1 cm jer. Takpe lah anak janji anak sihat.

So here she is. 


Maaf anak bonda mahal sikit perangai nye. Dia agak kurang senyum dan gelak tapi senyum dan gelak dia hanya untuk orang yang rapat sahaja especially babah dia. Cahaya memang anak babah ye, muka and fizikal totally babah. Bonda dapat perangai tido jer. huhuhu.

Until we meet again je aunty and all readers. Doakan supaya bonda consistent. Amin....