Isnin, 29 Jun 2020

New Cycle Treatment - TTC Journey of Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Susahnya jadi perempuan macam nih. Perempuan macam mana? Perempuan yang kadang kita doa jangan period datang bulan nih dengan harapan test UPT nanti positif, tapi kadang kita doa supaya period datang tepat pada masa sepatutnya dengan harapan cycle kali nih boleh start makan ubat dengan yakin. Susahnya...

22hb haritu sis dah masuk appointment pakar first time since miscarriaged aritu. Lamanya masa sis tunggu untuk appointment tu. Memang ternanti nak masuk jumpa doktor. Nak cerita semua yang terbuku di hati, tapi sehari sebelum pergi tu hati sis rasa berat sangat. Rasa tak daya terkenang cerita lama.

Kali nih appointment dah guna buku appointment yang cantik, tak macam mula2 aritu guna ketas je. hehehe. First date untuk appointment sebenarnya pada 6/04/2020. Tapi disebabkan Covid 19 appointment tunda ke bulan 6. Lamakan masa nak tunggu.



So hasil dari appointment yang sangat positif dan ceria tu, doktor cakap nak cuba untuk conceive dengan ubat dulu lagi sebab last time sis berjaya positif dengan ubat. Maka kali nih doktor prescribe ubat yang sama macam kali lepas. 50mg Clomid consume pada period hari ke dua sampai hari ke enam dipasangkan dengan 10mg duphaston ambik dari hari ke 16 sampai ke hari 26 period. Kalau cycle pertama conceive dah tak payah sambung cycle ke dua. Kalau belum rezeki, sambung ke cycle kedua ubat dos yang sama cuma kena ambik darah pada hari kedua. Kalau belum rezeki jugak proceed ke cycle ketiga. Kalau belum rezeki jugak masuk appointment balik.





Sekarang sis tengah tunggu period hadir. Kalau ikut kalender period sis lagi dua hari sis period. Doakan perjalanan kali nih peroleh hasil positif dan berjaya. 

Amin..



Jumaat, 15 Mei 2020

Selamat mula bekerja semua- TTC Journey between Zetty and Mimi

Assalamualaikum kengkawan,

Sister dah start keje hari Rabu kelmarin, fuyoo kerja tertangguh banyak giler. Tak cukup tangan nak selesaikan. Harap anak buah semua dedikasi lah selesaikan semua kerja yang tertunggak. Kita mampu buat guys.

Semalam Ramadhan 21 sis start period. Awal 2 hari dari biasa dan period nih start ngan tidak cantik. Erm... setelah 2 cycle cuba cuba secara natural tak sangkut sis buat kesimpulan yang sis kene mengandung melalui perubatan jugak. Kepercayaan sis terhadap cuba secara sendiri terus hilang. hahaha. Sis dapat rasa yang period kali nih mesti lama. Jenuh lah nak ganti puasa nanti. Awal ramadhan dan ponteng 3 hari, kalau ikut kalender period sis, sis akan tak puasa sampai raya. Maka jumlah ganti nanti 13 hari. Harap period nih tak lama sangat, tapi macam imposible je sebab day 2 period pun x start cantik lagi still brownish.


Semoga PKP / PKPB berakhir lah 9 Jun nih, sis tak sabar nak masuk appointment doktor. Kalau sambung besar kemungkinan kene tunda lagi tu appointment tu. Tapi appointment tu jauh lagi sekarang, 22 Jun nanti appointment.

Harap sangat waktu tu Covid 19 nih dah betul betul 0 kes baru. Supaya kite boleh kuar secara bebas, boleh g exercise. hehehe. Yelah tu g exercise kang balik makan kedai lak.

Ya Allah, Kau kurniakanlah aku ketabahan kepada aku dalam mengharungi ujian Mu ini. Aku mengharapkan belas ehsan dari Mu.

HambaMu Ya Allah.

Jumaat, 8 Mei 2020

Salam 15 Ramadhan, 5DPO -TTC Journey between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Harini dah 15 Ramdhan dah. Cepatnya masa berlalu. Musim PKP nih banyak benda tergendala, tak tahu lah nanti masuk kerja ape lah cite nye. Kerja tertangguh untuk hampir sebulan lebih nih tak tahu nak cite banyak mana. Harap ada lah penyelesaiannye. I usually get a lot of stress due to my work load. Erm... this is not a good time to get stress, I'm hopping togt pregnant this cycle. Eh bila masa tak berharap mengandung. Setiap cycle tanpa putus asa berharap sgt mengandung. Just harap sgt stress nih boleh dihandle.

5 DPO nih x rase ape2 yang special lagi, come on baby. please hadir dalam hidup bonda. Jangan jadikan bonda perempuan yang mempunyai rahim tapi tiada penghuninya. Sedih hati bonda. Orang lain ok, bonda yang tak ok. Sunyi bonda Allah saja yang tahu. Please sayang, bonda tunggu kehadiran sayang.

Minggu depan dah start kerja, harap semua baik-baik saja. Doakan yang terbaik untuk kita semua.

Amin.

(Short entry tapi dalam hati dan fikiran sis banyak sangat yang sis tengah runsingkan)


Ahad, 3 Mei 2020

10 Ramadhan 2020 - The TTC Journey between Zetty and Mimi

Assalamualaikum,

Sepanjang Ramadhan nih sis rase sis sibuk sangat, padahal keje 1 hari je setiap kali Pm announce PKP. So sekarang dah PKP4 dah dan harini dah masuk 10 Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan nih belum sekali pun sis and Mimi buka puasa kat luar even rumah mother in law. Kitorg nih jenis jollow rules ckit so memang sis masak hari2 untuk berbuka. Nanti ada masa sis compile pic berbuka sis tempek cni ek. Tapi untuk 10 Ramadhan nih sis berbuka KFC je, Mimi lak die tumpang KFC sis ngan makan ikan yang mak die bakarkan.

Untuk tahun nih memang sis and Mimi sederhana sangat berbuka. Mimi awal2 Ramadhan memang die berbuka makan nasi. Sis masak lauk dan buatkan desert setiap hari. Tapi sis buka makan desert ngan minum air je. 10 hari puasa belum lagi sis makan nasi tapi ade rase sesudu nasi minyak mother in law buat, itu je pastu xde makan dah. So far sis dah turun 3kg untuk bulan puasa nih, Mimi cam jeles ckit sekarang die pun dah tak berbuka makan nasi. Just ambik 1 ketul desert sis buat dengan makan 1 lagi hidangan contoh murtabak ke or separuh roti john. Katenye ok jugak tak kekenyangan sangat nak solat.

Walaubagaimanapun, untuk sahur Mimi kene ambik gak nasi, kalau tak die kelembikan. hahaha. Layu je sementara nak buka. So sis tetap akan bangun siapkan sahur walaupun kadang tu sis tak makan pun. Just minum air manis segelas and cuit lauk Mimi je. Untuk Ramadhan sebelum waktu kitorang PJJ dulu memang sis tak tak bangun sahur terus. Ye ye sis tahu takde keberkatan berpuasa tapi waktu sis malas sgt. Rasa struggle sangat nak bangun. hehehe. Sekarang tak dah. Sis tetap bangun even just minum air je.

Okay, kite cite hal TTC lak. Since today is hari sis ovulate based on calender, sis pun try lah test OPK. Haritu Jumaat lepas sis dah test, negatif but we still bed dance. Semalam sis tak test dah sebab anak datang tido umah, kalau positif pun sis rase imposible nak bed dance so sis tak test. Tapi malam nih tergerak hati nak test lagi, for the first time in our 6 years 8 month 3 weeks 2days of our married life malam nih baru sis berjaya tengok OPK tu naik double line. Walaupun the second line is a faint line tapi sis tak tau nak rase hepi ke debar. Happy sebab akhirnye sis berjaya nampak yang sis ovulate, debar sebab thatbsecond line just a faint line. Maybe sis dah terlepas hari subur sis tu. But sis read other people talk in internet, that is okay because sperm can lives for 40-70hours and ovum can lives for 12-24 hours. Doakan aje somewhere in between they cross each others. Esok sis akan try test OPK lagi, hopefully that test still have double line and getting darker.




Ini kalender yang sis guna since the old days, hehehe rasenya dari just after married sis guna.


Can all of you see that faint line, sis first time dapat double line tau. Walaupun berbagai rasa, happy and agak berdebar tambah takut tapi sis okay. Masih boleh bertenang.

Sis harap readers semua doakan sis. This journey is a long journey but a happy journey. Doakan kejayaan kami.

Amin.

Jumaat, 24 April 2020

First Ramadhan 2020 - The Journey of TCC between Zetty ang Mimi

Assalamualaikum,

Hi everybody, Sis harini tak puasa. Ini hari ke 6 sis period. Erm, nampaknya usaha kali nih tak membuahkan hasil mungkin betul telahan sis yang tak ovulate kali nih. But its okay gurls Im okay. Atleast this month my period was on time. Just for this month we need try naturally no more clomid for this month due to MCO all appointment are pospond to end of June.

Okay nak cite pasal PKP3 nih puasa dalam sederhana. Sis masak sahur kt Mimi ikan goreng ngan sup je untuk first sahur. Itu pun Mimi sombong taknak makan sup. Jadi sis makan sup tu buat makan tengahari. Untuk berbuka sis buat roti jala. First time mengirai roti jala, guna piping beg je sebab itu je yang ade tapi jadi tau. Untuk kuah sis buat kari ayam. Itu Mimi request nak kuah manis macam orang Ganu selalu makan tu sis kabolah sis tak pandai buat yang itu.


Mimi makan nasi jugak tadi,sis buatkan sambal telur pecah kat die, makan sekali ngan kari ayam lah. Baki kari ku nanti nak suh dia abiskan roti jala.

Tadi dah tanya Mimi nak makan apa sahur nnt, jawabnya nak ikan bakar je. Okay beres. Nanti nak defrostkan ikan tu nak letak rempah dan wrap siap dalam aluminium foil. Oh lupe, esok sis nak start atkins. Harap berjaya lah.

Thats all girls... See you next time.

Sabtu, 18 April 2020

The Ttc Journey between Zetty and Mimi -11 DPO

Assalamualaikum,

Salam MCO 3 day 3, hehehe. Sis Mco 3 nih makin malas, makin kurang masak. huhuhu. Tabahlah husband sis. Pagi kadang2 dah tak buat breakfast, kadang2 Mimi lapar sis buatlah lempeng ke welcome-welcome ke tapi most of the day sis tak buat breakfast pun kat husband.

So harini sis buat lagi pregnancy test, and the result is big fat negative. Ermmm... ok. Sis rase sis tak berjaya mengandung cycle nih walaupun dengan ubat. Mungkin sis dah resistance dengan clomid.


Not even a faint line, so its okay. Sis tak kan putus asa. Sekarang nih banyak rezeki lain yang tengah datang pada Sis dan mungkin Sis akan berjaya pada bulan akan datang. Sis harap nnt first day period sis tak menangis, hehehe. Because deep within my heart still hoping there will be a chance yang I'm pregnant. Ermm.... sis akan tabah.

So untuk minum petang sis buat puding milo oreo. buat banyak ckit sebab esok nak bg kat kakak ipar, potong ckit bagi jiran tetangga. Kongsi rezeki sikit ngan jiran2, moga kita dipermurahkan rezeki.



Ahad nih birthday mimi, so sis suh die cr buah strawberi sis nak buatkan kek kat die. Simple one but feveret die. Nak buat kecik je just for two of us makan tapi klu ade kek lebih nak bg lah mak mentua rase. hehehe. Lama tak melawat die, padahal kampung sebelah je. InsyaAllah selesai MCO kite g melawat ari2 bayar balik. huhuhu.

Doakan Sis ye semua..


Khamis, 16 April 2020

The TTC Journey between Zetty and Mimi - Dpo 9

Assalamualaikum,

Aritu sis ade kate kate maybe sis implantatiin bleeding kan, oh sekarang sis tak confident dah. Pagi td sis nak kene kuar awal, turn sis keje opis so sis pun gatallah buat pregnancy test, rhe result was big fat negative. And kind of broke my heart cos if the other day was my implantation bleeding that test should be positive. It took me 5 minute to calm myself and mandi and siap g keje.



Maybe cycle ni sebenarnya sis tak ovulate betul pada masa yang sis pikir sis ovulate. Or maybe masih terlalu awal utk big fat positive. Erm... sis tak tahu nak pikir ape. Nanti pikir negatif macam tak tak sokong usaha diri sendiri, pikir positif kang meletak harapan terlalu tinggi. So sekarang sis tak nak pikir sangat.

Until now sis takde rase apa2 pregnancy symtom pun or sis cuba untuk deny benda tu sebab sis tak nak menaruh harapan yang tinggi. Sis ade rase cramping kat area rahim tu but thats it. Dua harini sis cirit birit sikit but itu maybe sebab makan.

Petang MCO3 hari pertama nih sis kukus apam, alahai macam dah rase pandai sangat dah buat apam sekarang nih. hehehe. Untuk minum petang sekarang memang sis rajin buat macam2.



Cantikkan apam sis, buat seketul besar tu je pun tak mampu nak makan, laki bini makan sorang dua keping je. Maka time macam nih boleh lah buat pahala ckit. Sedekah kat jiran bagi merasa dapat lah 3 buat umah merasa. Sis google kat FB je resepi nih. Sepatutnya sepanjang MCO nih Sis kumpul gambar desert yang sis buat kan. Baru nampak variety die. Banyak dah sis cuba. Tak pe lepas ni kite simpan sini.

Oh lupe, malam tadi sis tengok sikit cite Mama Mia yang sequal 2 tu. Memang lama dah nak tengok sebab sis suka cite musikal nih, semalam dapat tengok yang dah ujung dah. Eh kite buat drama air mata lak sorang2 depan tv. hehehe. Seronok cite tu, petang esok ada ulangan so nak tengok full.

MCO 3 nih keta makin banyak lak atas jalan, korang nak g mana. Stay lah kat umah, Covid nih bahaya. Kita kene putuskan rantaian jangkitan, jangan berkumpul dah buat kluster baru. So akhir kata mohon rakyat banyak bersabar, kita kena sama2 usaha pulihkan negara dari Covid 19 nih. InsyaAllah kita mampu.

Amin.