Selasa, 30 Disember 2014

Nasi Ayam Uncle Jack

Salam,

Ni cite minggu lepas, kitorang adik beradik kuar g jalan n g makan. First bawak kembaq g GM Klang cari barang birthday Syafi. Itu kite story nnt. Ni nak cite outing ngan sisters is fun but tired. Giler penat. X g mane pun g GM Klang n g Shah Alam jer. Outing kali ni penuh keta ok, K.Cik drive , Kakak kat depan, kat belakang K.Lang, Aku n Adik... Perg... sesak wei...

Keta penuh, menjerit minta ampun keta tu.,.. hahaha. Tapi kami berjaya sampai ke destinasi. Kat GM tu beli jam Kembaq n K.Lang beli adiah kawin untuk member die. Klu g banyak duit mmg best la. Then rase lapa lak, pikir punya pikir x tahu mkn kat mane. K.Lang ajak g Shah Alam nak cari ubat abah..

Kat Shah Alam la cite ni bermula, kitorang jumpa Nasi Ayam Uncle Jack... Ini mesti jd feveret kembaq lepas ni n value utk org yang bayar (K.Lang).. hahaha.... Best gak set die, murah betul... Nasi ayam die pun sedap... Kalau untuk family yang ramai mungkin x mampu nak makan KFC boleh la try Nasi Ayam Uncle Jack ni. Berpatutan.... Cer tengok menu set die...






Berpatutan kan... best ni... Rasenyer outlet ni ader kat Giant jer ni... Next time boleh cari lagi... Thank you K.Lang belanja kitorang makan... Luv u... Huhuhu


Rabu, 24 Disember 2014

Final AFF Suzuli Cup (Malaysia VS Thailand) Stadium Bukit Jalil

Salam,

Tetibe lak gile bola. Huhuhu... Layan kan aje la. Ini kejadian sabtu lepas, aku g tengok bola kat Stadium Bukit Jalil ngan abang. Ini mmg the best event to closing my 2014. Syok habaq ang. Hahaha... X de ape pun yang dingomel kan just to express thankfull yang abang sanggup nak bwk g jer. Hehehe. Xdela abang tu kejam sangat x bawak ke ape just kali ni mmg ambik risiko la kot ckit bawak g tempat yang sesak mcm ni and anything could happen. Dulu penah tanye abang nak bwk x g tgk bola kat stadium klu org nak ikut? Jawabnyer " bawak tapi g game yang kecik jer la. Game yang x ramai org." Huhuhu. Yes he did bring me to the stadium, tahun 2012 kot x silap. Waktu tu terengganu lawan ape ntah. Main kat stadium Shah Alam. Bukan final pun. Hahaha

Ape-ape pun terima kasih abang. Ini kenangan orang paling best tahun. Nah ambik layan gambar. Banyak gak gambar aku snap tapi pudar2 ckit la...

Huhuhu Comel x pakai jersi... Jangan jeles.






Jumpe jugak member2 abang. Memang ada merata-rata la diorang ni....

Isnin, 15 Disember 2014

Semi Final Malaysia VS Vietnam (Stadium Shah Alam) Part 2

Salam,

Sambung cite lepas. Tengok bola sambil berdiri. Bukan berdiri lagi dah tahap terjengket- jengket tau... Kebas kaki. Dah la duk atas, bola nampak kecik jer... Walaupun aku x faham sgt tp yang penting tu semangat tau.

Tapi, tula kan mentang2 kite x pandai diorg xnak bagi ruang langsung untuk kite tgk.. Hahaha... Emo lak. First gol Malaysia tu aku x nmpak pun masuk macam mana. Maklumlah berdiri belakang sekali. Bile gol semua org angkat tangan lagilah aku x nampak... Yang aku tahu dah gol sebab semua org terjerit2...
And the best part is aku terdengar laungan dari Geng Ultras Malaya tu... Perh... seram sejuk aku rase... Kuatnyer tahap 1 stadium dengar...

Rupe2nyer aku lambat, diorg buat perarakan masuk stadium sambil nyanyi... Hahaha... Ampunilah aku yang jakun ni... So there goes Malaysia first and only goal... Goal lain semua aku nampak la sebab gol lain semua separuh masa kedua... Aku dah dapat tempat kat depan setelah penat mencelah. Hahaha...

Overall, bagi aku ni pengalaman yang menarik. And I'm a bit worried becos aku rase macam aku dah giler nak tengok bola kat stadium lagi.. Huhuhu..

And for this final match between Malaysia and Thailand, aku akan cuba dapatkan ticket. By hook or by crook... hahaha....




Ahad, 14 Disember 2014

Bermalas-malasan.....

Salam,

Ahad ni rase letih sgt... x tahu nape rase mcm ni. Badan mmg x chat, maybe sbb smlm sepagi duk tgh panas. Bukan nak manje2 tapi mmg betul2 x larat. Ikutkan nak g keje jap arini sbb nak kumpul Tnt untuk g Langkawi nnt, tp mmg x leh nak drive. Dalam hati mmg ade sedikit kekesalan. Kepla otak ade sedikit keraguan n dah mula pk bukan2. Klu lah abang ader mesti still boleh g opis kejap.

Bile dalam keadaan mcm ni mula rase kesian dengan diri sendiri bile xde sape nak tlg atau nak layan kite. Sedih... mula dtg perangai buruk. Rase nak baring n xnak buat ape2. Padahal byk bende nak kene buat, kain x lipat, lantai x sapu x mop, bilik x kemas. Ape guna abis kan duit beli mop benda bagai. Erm....

The best way to spend this awful sunday dengan berbaring sepanjang hari n main game the sims yang dah lama outdated ni.

Jumaat, 12 Disember 2014

Semi Final Malaysia VS Vietnam (Stadium Shah Alam) Part 1

Salam,

Huhuhu... Lama x menaip disini... Hati sedikit terluka but i'm recovering. Kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. So last month x berjaya. Huhuu... Gile sekejap but after jatuh terduduk now aku dah bangun balik. Hoping for the best untuk hari2 mendatang.

So untuk pengubat duka, Abang datang la cuti lama ckit kat cni ngan aku. Then ape lagi banyak la plan yag aku dah rancang. Kebetulan Adik n kakak (kembaq) datang n stay kat umah aku. Semua ni boleh mengalihkan tumpuan aku ckit. Xde la nak meroyan jer kan. Hahaha...

First, Aku beli tiket bola Piala AFF Suzuki yang main kat Stadium Shah Alam on 7 of Disember aritu... Aku beli online jer tiket tu. So nak cite ckit pengalaman aku tengok bola kat stadium... This is not my first time watching bola at stadium. Tapi first time for big match.

Tiket online yang aku beli ni rumit ckit... dah beli online kene g tebus tiket tu lak utk bola yang mcm beli kat stadium tu. Aku dah cakap kat abang yang kite kene g tukar awal. X tahukan ape yang jadi klu tukar lambat, dah ajak tapi abang x nak g. Katenyer boleh jer tukar malam game tu nnt pegi awal la ckit. Katenyer la... Geram gak kite. Aku lak yang lagi bersemangat dari die.Tapi disebabkan xnak derhaka ikutkan ajer... Huhuhu

Pada hari kejadian, kitorang dah plan nak g naik moto k.cik jer n tggl kembaq kat bakery K.Cik, Ayush pun ader nak anta g kerja terus la. Tapi kite hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Bateri kereta kong. Time2 tu la kan nak kong.... so dari kul 5 ke pukul 7 duk godek keta je la... Melayang rm200 untuk bateri yang kebetulan xde kedai lain yang buka kecuali kedai yang aku beli tu jer.

Ermmm... Dah terlambat nak anta Ayush g keje. Ayush masuk petang kul 6. So die EL la. And for both of us, mmg masuk stadium lambat la... Mujur otw g tukar motor kat K.Cik jalan sgt x jem. Apo lagi nyer dah tukar motor pecut la g stadium.

One thing yang aku n abang penin, tiket online ni nak tukar mane. Diorg just stated kat ctu tukat kat stadium. Bile g kat pintu masuk tu die suh g Melawati... Jauh ooo nak menapak cos dah dapat parking yang cun so kitorg decided jalan kaki jer la cr. Peluh ooo... Dah tukar tiket baru masuk..




Tapi dah lambat sangat la so x dpt tempat duduk kene diri jer...

Perg... panjang lak jadinyer entry ni sambung part 2...