Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Menyambut Syawal 1436H

Salam,

Alhamdullillah, walau pun tak dapat sambung cuti lama-lama tapi dapat jugak raya kat umah ngan mak n adik-adik. Malam raya tu bertolak dari Puchong agak lewat sebab menyinggah merata. Huhuhu... last raya preparation la katakan. Perjalanan balik tu lancar la jugak, maybe ramai warga kota dah bergerak balik awal serentak dengan cuti sekolah. Abang yang drive sepanjang jalan. Huhuhu... Bahagia aku duk sebelah sambil acah-acah pejam mata. Huhuhu... Kadang-kadang terlelap terus.

Pagi raya tu disebabkan baru jer sampai aku n abang terbabas tido. Walaupun kat luar bilik macam nak terpecah dinding adik-adik lain menyembang aku nekad nak tido sampai puas jugak. Hahaha... Senget Zetty...

Nak jadi cerita nyer pagi raya tu Ayush kesemputan, huhuhu. So lepas siap aku n abang n mak bawak die klinik untuk nap gas kejap. Die sampai tak boleh nak cakap, sian lak. Balik dari klinik baru bersalam-salaman ngan adik beradik n mak n abah. Pastu baru lah bergambar. Along n famly die belum blk lagi so kitorang possing kitorang jer... huhuu...



Beriya abah sengeh, siap pakai cermin mata itam lagi die. Huhuhuu... Pastu baru la kitorang possing laki bini... Kene cari angel betul ckit, nampak macam gemuk la...



Hari raya pertama berlalu macam tu jer, tahun ni mcm slow ckit raya kat umah. Tak meriah sangat. Malam tu g cari ais batu sampai ke Selama. Raya-raya ni klu ada yang buke kedai makan mesti laku, sbb kedai makan semua tutup. Kami mmg niat nak makan luar merata cari kedai, nasib ada yang buka.

Raya ketiga balik KL tu mmg merangkak la, tapi xpe. Abang yang drive. Huhuhu... Tapi memang panas la, pasang air cond pun panas. Ape-ape pun sempat wefie... huhuuhu.



Selamat Hari Raya. Mannal Aidil Wal Faizin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan