Ahad, 23 Oktober 2016

Hobi Baru

Assalamualaikum,

Tak semua benda negatif dalam hidup ni, sempat develop new hobby yang sebenarnya dah lama ada cuma terkubur berikut beberapa faktor teknikal. Huhuhu...

Sekarang nih duk layan cerita korea pulak balik. Hahaha... Kalau mengandung nih mesti anak comel macam muka korea kan. Habis satu cerita sambung cerita lain pulak, dah sampai ke office duk layan korea lgi. Nanti penilaian KPI jangan tanya kenapa KPI rendah. Padanlah dengan tengok cerita korea kat office tu.

Tapi tengok cerita pun tak menenangkan hati sangat sebab ada cerita ada scene yang sakit hati, ada scene suspen and ada scene romatik. Hahaha... Main angin molep nih...

Lepas tengok tu mula lah berangan. Tak lah berangan dapat laki korea... Adess... Dah En Suhaimi nak letak mana? Hahaha... Takat berangan dapat kulit cantik macam diorang ke? berangan kaya macam dalam cerita tu ke? Hahaha... Angan-angan Mat Jenin.

Hobi baru ni mengalih perhatian aku ckit. Tak dak lah duk pk macam sangat. Overall suma cerita best. Nak tunggu apa lah lagi idea orang korea nih...

Rabu, 19 Oktober 2016

Insanity - Clarity

Assalamualaikum,

Tengah serabut kepala otak, banyak sangat yang bermain dalam kepala otak nih. Erm... Serabut sampai nak hilang pertimbangan, sampai rasa macam nak gila. Damn.... Zetty ko bila ko mai gila ko mula lah ko merapu.

Apa sebenarnya dalam kepala otak aku nih. Erm... Are you not happy Zetty? The answer is yes. I'm not happy. Why??? Pernah tak rasa sangat serabut dengan fikiran dan akal sendir sampai sebak dan nak menangis serentak dengan rasa sakit hati dan dada yang amat sangat? Teruk sangat drama kali nih.

Tahap insanity dalam diri dah kurang menyebabkan semua benda paling hazardous terbayang dalam kepala. Keserabutan ni hanya aku yang rasa. Erm... Sudah nya I'll keep it to myself jugak. Aduh.. Macam mana nak tenang kan hati dan fikiran, mana nak cari clarity untuk apa yang aku rasa. No, no one will ever know apa sebenarnya yang aku fikir, apa sebenarnya yang membuatkan aku serabut macam nih. Erm...

Hujungnya, ini adalah entry yang tak ada contentnya selain dari luahan hati kecil yang sangat serabut.

Isnin, 17 Oktober 2016

Entry Utk Abang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah 3 tahun kita bersama melayari bahtera alam perkahwinan, dan selama 3 tahun ni orang berterima kasih kat abang sebab banyak bersabar dengan orang. Walaupun rumah tangga kita tak sehebat orang lain dan tak seindah orang lain, orang tetap bersyukur sebab orang ada abang.

Abang,
Maafkan org selama 3 tahun ni kita masih di takuk yang sama. Masih dalam proses mengenal hati masing-masing, masih hanya mampu berdiam jika terluka, tak mampu nak meluahkan. Baik abang atau orang. Kita hanya mengambil jalan pendam untuk menjaga hati. Orang tetap berterima kasih. Mungkin abang nak jaga hati orang dan mungkin orang tak nak luka kan abang jika orang terlalu berterus terang.

En Suhaimi,
Kita tetap berjauhan. Tapi alhamdulillah, kita tetap bertahan. Maafkan orang bila mana tahun 2016 merupakan tahun orang paling kurang berkorban untuk abang. Orang mungkin dah berubah. Maafkan orang sekarang orang dah kurang balik ke kampung. Kita berada di situasi yang mana membuat perjalanan jauh akan membebankan kita di kemudian hari. Maaf kan orang bila mana hanya abang yang bersusah payah turun naik bas untuk jumpa orang. Ampunkan orang.

Dear husband,
Dalam 3 tahun kita berjauhan tidak pernah sekali pun orang menduakan abang. Terima kasih sebab percayakan orang. Orang harap kepercayaan kita tak berubah walau selama mana kita terpaksa berjauhan. Jadikan semua ni sebagai cara untuk kita merapatkan lagi hubungan kita. Alhamdulillah orang tetap rasa bahagia.

Suamiku,
Satu yang orang kesal dalam 3 tahun perkahwinan kita, ketidakmampuan orang memberikan cahaya mata untuk abang membuatkan orang berasa kecil bila berada di kalangan orang lain. Maafkan orang, tolong lah abang, sentiasa bersama dengan orang. Maafkan orang jika jika pernah terdetik dalam hati orang yang abang tak kekal dengan orang, tak akan mampu bersabar dengan kekurangan dan kemampuan orang meberikan cahaya mata untuk kita.

Setiap orang akan ada keadaan yang mana kekurangan yang dia hadapi akan membuatkan dia lebih dekat dengan Allah. Itu yang jadi pada orang, dalam usaha untuk mencari dan mendapat apa yang kita impikan telah membuatkan orang jadi lemah. Harapan orang abang akan sabar dan membimbing org ke arah tu.

Amin... Moga Panjang Usia Perkahwinan Kita dan Dilimpahi Rezki Cahaya Mata.

Ahad, 16 Oktober 2016

Come Back...

Assalamualaikum...

This is a come back post... huhuhu... 2016 penuh dugaan. Still cuba bangun, mungkin selagi tak berakhirnya 2016 dugaan akan tetap datang. Some people said, dugaan ialah tanda Allah sayangkan kita. Alhamdulillah, masih boleh bernafas.

Lama betul x up post. Busy? X lah. Lupa? X jugak. No idea maybe. Tak ade perasaan nak bercerita. Tak ade mood nak mengarang.

But, why now? Erm... Got no source nak luahkan ape yang terbuku di hati. huhuhu... Drama lah tu. I'm a drama Queen kan... hahaha...

Insyaallah, lepass ni akan cuba utk up blog dengan lebih kerap. Mungkin dapat mengalih tekanan yang di dalam jiwa ke arah yang lebih positif. Doakan saya untuk lebih komted dan konsisten. N doakan jugak supaya lebih matang menghadapi dugaan yang Allah berikan.

Amin....