Isnin, 17 Oktober 2016

Entry Utk Abang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah 3 tahun kita bersama melayari bahtera alam perkahwinan, dan selama 3 tahun ni orang berterima kasih kat abang sebab banyak bersabar dengan orang. Walaupun rumah tangga kita tak sehebat orang lain dan tak seindah orang lain, orang tetap bersyukur sebab orang ada abang.

Abang,
Maafkan org selama 3 tahun ni kita masih di takuk yang sama. Masih dalam proses mengenal hati masing-masing, masih hanya mampu berdiam jika terluka, tak mampu nak meluahkan. Baik abang atau orang. Kita hanya mengambil jalan pendam untuk menjaga hati. Orang tetap berterima kasih. Mungkin abang nak jaga hati orang dan mungkin orang tak nak luka kan abang jika orang terlalu berterus terang.

En Suhaimi,
Kita tetap berjauhan. Tapi alhamdulillah, kita tetap bertahan. Maafkan orang bila mana tahun 2016 merupakan tahun orang paling kurang berkorban untuk abang. Orang mungkin dah berubah. Maafkan orang sekarang orang dah kurang balik ke kampung. Kita berada di situasi yang mana membuat perjalanan jauh akan membebankan kita di kemudian hari. Maaf kan orang bila mana hanya abang yang bersusah payah turun naik bas untuk jumpa orang. Ampunkan orang.

Dear husband,
Dalam 3 tahun kita berjauhan tidak pernah sekali pun orang menduakan abang. Terima kasih sebab percayakan orang. Orang harap kepercayaan kita tak berubah walau selama mana kita terpaksa berjauhan. Jadikan semua ni sebagai cara untuk kita merapatkan lagi hubungan kita. Alhamdulillah orang tetap rasa bahagia.

Suamiku,
Satu yang orang kesal dalam 3 tahun perkahwinan kita, ketidakmampuan orang memberikan cahaya mata untuk abang membuatkan orang berasa kecil bila berada di kalangan orang lain. Maafkan orang, tolong lah abang, sentiasa bersama dengan orang. Maafkan orang jika jika pernah terdetik dalam hati orang yang abang tak kekal dengan orang, tak akan mampu bersabar dengan kekurangan dan kemampuan orang meberikan cahaya mata untuk kita.

Setiap orang akan ada keadaan yang mana kekurangan yang dia hadapi akan membuatkan dia lebih dekat dengan Allah. Itu yang jadi pada orang, dalam usaha untuk mencari dan mendapat apa yang kita impikan telah membuatkan orang jadi lemah. Harapan orang abang akan sabar dan membimbing org ke arah tu.

Amin... Moga Panjang Usia Perkahwinan Kita dan Dilimpahi Rezki Cahaya Mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan