Isnin, 16 Januari 2017

Anak-anak Sedara Yang Membesar dengan Bijak

 
 
Assalamualaikum,
 
Saja nak upload pic anak buah kita yang 3 orang nih. Dah makin membesar dan makin bijaksana. Harap Syafi, Syafa and Syifa jadi anak yang soleh dan solehah. Mak Ngah sayang awak-awak semua.
 
 
Lots of Love,
 
Mak Ngah
 
 









Jumaat, 13 Januari 2017

Port Dickson - The Grand Beach Resort



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, penutup tahun 2016 nih dapat jugak pergi bercuti. Biarlah sekejap je pun tapi tetap bersyukur. Kami laki bini pilih nak g Port Dickson je sebab dekat dan kami menginap di The Grand Beach Resort. Hotel nih kami pilih sebab waktu scrolling around jumpa kat Groupon. Harga dia agak berpatutan. So decide nak g ke sini lah.

Disebabkan dekat je dr Puchong kami gerak agak lewat nak sampai ngam-ngam time check in. On that time hotel penuh sebab ada majlis petang nye tu. Tp Alhamdulillah proses check in tu sekejap je, terus masuk bilik rehat.

Vacation nih untuk rehat-rehat kan badan setelah setahun bekerja so kami tak da plan nak buat apa pun. Just g nak rehat-rehat n tenang kan fikiran je. Makanya sesampai je kat bilik, kitorg dua berebut katil n tido. Erm.. itu lah, berebut katil sebab bilik tu dapat katil single untulk 2 org. Hahaha... So faham-faham lah ini bukan percutian honeymoon. Malas nak tukar bilik kami pun redha lah dengan katil single nih.



 
 
 
 
Lama berehat, siap untuk cari makan lak. Haritu waktu dinner opis dapat poloroid so jadinya ini percutian pertama dengan poloroid. Aku jadi mcm terhegeh-hegeh lah nak mengusung poloroid tu g merata-rata.




 
 
First time guna gambar poloroid nih macam tak cantik kan? Kena praktis lagi nih. Sebab tak berapa bijak lah nak guna poloroid makanya banyak lah pic yang tak jadi.
 


 
 
 
 
The next morning tu kitorg brekfes kat hotel jugak sebab beli bilik tu mmg dah included brekfes. Bagi aku brekfes tu dah cukup memenuhi citarasa aku. No complaint.
 



Keseluruhan percutian agak menarik, cumanya aku agak kurang selesa dengan keadaan malam tu. Dah lah tido asing ngan laki, laki lak tido mati. Aku ketakutan sebab maybe hujan malam tu n angina kuat sangat kat luar. Bunyi angin yang sangat kuat tu menakutkan aku. Berape kali aku terjaga terkejut angin kuat tu mcm nak pecahkan pintu kaca bilik hotel tu. Apa lagi lompat naik atas katil tok laki kita lah.. huhuhu

Kitorang gerak balik just lepas check out. Makan dekat Puchong je senang. Tak penin-penin cari kedai makan.

Khamis, 12 Januari 2017

Azam

Assalamualailkum,
 
Nak cite pasal Resolution. Rasanya tahun 2016, there's no such thing in my years. Azam tahun 2017 ni lain ckit. Melampau ckit. Siap mengada-ngada lagi ckit. Klu tercapai azam tahun 2017 nih mmg hebat lah.
Ok nih azam-azamnye:
 
1) Nak g jalan-jalan dengan kerapnya. Maka jadinya akan ada banyak short vacation tahun nih. Tahun lepas kurang sangat nak berjalan-jalan nih, so tahun nih kita cuba realisasikan. Bialah terpaksa berjalan-jalan or short vacation sendiri terpaksa tinggalkan abang or ikut je budak single 2,3 org tu g jalan. Huhuhu.
 
2) Nak tido kat hotel. Biarlah hotel sebelah rumah je pun nak tido hotel gak. Hahaha... K.Cik siap gelak lagi bila aku luah kat dia isu nih. What? Pelik sangat ke? X lah. Cume limited edition je nih.
 
3) Nak keje sungguh-sungguh sikit. Keje banyak main nih time evalution KPI sedih nak dengar bos bagitau kekurangan kita. So makanya tahun nih nak mengurangkan kepedihan hati tahun depan kena lah berubah ke arah yang lebih positif tetapi tak nak lah keje dalam stress.
 
4) Ni azam yang dah berkurun tertanam cuma nak luah mati mak, nak telan mati bapak. Hahahaha... Nak kurangkan sikit berat badan nih. Bukan banyak pun. Sikit je. Dalam 5 kilo je. Start small kate orang.
 
5) Nak mengandung. Haish... macam mana tuh. Jadi makanya tahun nih nak start kuruskan badan dan dapatkan rawatan supaya boleh mengandung. Isu anak nih akan ada entry lain yang menyusul tentang pandangan aku terhadap isu nih. Hahaha.
 
Itulah buat sementara waktu nih, dengan harapan bila sampai tahun 2018 kalau boleh semua tercapai. Paling tidak pun 4 dari 5 akan tercapai. Kalau tanya mana yang paling aku kurang yakin nak capai is no 5. Erm... Tetapi insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya.
 
Doakan lah ye.. Amin.