Khamis, 12 Januari 2017

Azam

Assalamualailkum,
 
Nak cite pasal Resolution. Rasanya tahun 2016, there's no such thing in my years. Azam tahun 2017 ni lain ckit. Melampau ckit. Siap mengada-ngada lagi ckit. Klu tercapai azam tahun 2017 nih mmg hebat lah.
Ok nih azam-azamnye:
 
1) Nak g jalan-jalan dengan kerapnya. Maka jadinya akan ada banyak short vacation tahun nih. Tahun lepas kurang sangat nak berjalan-jalan nih, so tahun nih kita cuba realisasikan. Bialah terpaksa berjalan-jalan or short vacation sendiri terpaksa tinggalkan abang or ikut je budak single 2,3 org tu g jalan. Huhuhu.
 
2) Nak tido kat hotel. Biarlah hotel sebelah rumah je pun nak tido hotel gak. Hahaha... K.Cik siap gelak lagi bila aku luah kat dia isu nih. What? Pelik sangat ke? X lah. Cume limited edition je nih.
 
3) Nak keje sungguh-sungguh sikit. Keje banyak main nih time evalution KPI sedih nak dengar bos bagitau kekurangan kita. So makanya tahun nih nak mengurangkan kepedihan hati tahun depan kena lah berubah ke arah yang lebih positif tetapi tak nak lah keje dalam stress.
 
4) Ni azam yang dah berkurun tertanam cuma nak luah mati mak, nak telan mati bapak. Hahahaha... Nak kurangkan sikit berat badan nih. Bukan banyak pun. Sikit je. Dalam 5 kilo je. Start small kate orang.
 
5) Nak mengandung. Haish... macam mana tuh. Jadi makanya tahun nih nak start kuruskan badan dan dapatkan rawatan supaya boleh mengandung. Isu anak nih akan ada entry lain yang menyusul tentang pandangan aku terhadap isu nih. Hahaha.
 
Itulah buat sementara waktu nih, dengan harapan bila sampai tahun 2018 kalau boleh semua tercapai. Paling tidak pun 4 dari 5 akan tercapai. Kalau tanya mana yang paling aku kurang yakin nak capai is no 5. Erm... Tetapi insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya.
 
Doakan lah ye.. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan