Selasa, 21 Julai 2015

TTC Journey : Clomid 50Mg 1st Cycle

Salam,

Malam ni last pil clomid for this cycle. Doktor nasihatkan berBD on 14 days after 1st period. Siap mark kat kalender lagi tau. Ingat nak ambik cuti, harap2 lepas lah cuti. Boleh spend time fully ngan abang.

Untuk cycle ni, mmg mencabar sebab I is very sensetif. Abang banyak bersabar sampai ada 1 tahap kesabaran dah nipis. Die suh I is stop ambik clomid sbb betul2 mengganggu emosi . Tahap kekerapan gaduh sgt tinggi waktu tu. Sabar lah abang, nnt org akan ok blk. Kite usaha untuk kebahagian kite.

Harap sgt usaha kali ni berjaya,

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”
(Surah Al-Imran: 38)
Amin.

Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Menyambut Syawal 1436H

Salam,

Alhamdullillah, walau pun tak dapat sambung cuti lama-lama tapi dapat jugak raya kat umah ngan mak n adik-adik. Malam raya tu bertolak dari Puchong agak lewat sebab menyinggah merata. Huhuhu... last raya preparation la katakan. Perjalanan balik tu lancar la jugak, maybe ramai warga kota dah bergerak balik awal serentak dengan cuti sekolah. Abang yang drive sepanjang jalan. Huhuhu... Bahagia aku duk sebelah sambil acah-acah pejam mata. Huhuhu... Kadang-kadang terlelap terus.

Pagi raya tu disebabkan baru jer sampai aku n abang terbabas tido. Walaupun kat luar bilik macam nak terpecah dinding adik-adik lain menyembang aku nekad nak tido sampai puas jugak. Hahaha... Senget Zetty...

Nak jadi cerita nyer pagi raya tu Ayush kesemputan, huhuhu. So lepas siap aku n abang n mak bawak die klinik untuk nap gas kejap. Die sampai tak boleh nak cakap, sian lak. Balik dari klinik baru bersalam-salaman ngan adik beradik n mak n abah. Pastu baru lah bergambar. Along n famly die belum blk lagi so kitorang possing kitorang jer... huhuu...



Beriya abah sengeh, siap pakai cermin mata itam lagi die. Huhuhuu... Pastu baru la kitorang possing laki bini... Kene cari angel betul ckit, nampak macam gemuk la...



Hari raya pertama berlalu macam tu jer, tahun ni mcm slow ckit raya kat umah. Tak meriah sangat. Malam tu g cari ais batu sampai ke Selama. Raya-raya ni klu ada yang buke kedai makan mesti laku, sbb kedai makan semua tutup. Kami mmg niat nak makan luar merata cari kedai, nasib ada yang buka.

Raya ketiga balik KL tu mmg merangkak la, tapi xpe. Abang yang drive. Huhuhu... Tapi memang panas la, pasang air cond pun panas. Ape-ape pun sempat wefie... huhuuhu.



Selamat Hari Raya. Mannal Aidil Wal Faizin....

Khamis, 16 Julai 2015

Last Day Of Ramadhan 2015

Salam,

MasyaAllah, pantas masa berlalu tak sangka dah hari akhir bulan ramadhan. Syukur sgt dapat mengharungi ramadhan kali ni, walau banyak dugaan yang melanda tapi alhamdulillah bulan ni bulan yang paling bahagia.

Banyak yang jadi, hepi and sad time. Moment macam ni yang kite akan ingat sampai beranak pinak, Huhhuhu...

Di kesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk memohon sejuta kemaafan kepada semua, semua ye xde yang terkecuali yang kenal secara langsung atau tak langsung. Maaf kan lah semua kekhilafan aku, dalam sedar atau aku tak sedar aku lakukan apa-apa kesalahan.

Semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Rezeki bertambah dan emosi lebih stabil. Huhuhuhu

Amin...

Rabu, 15 Julai 2015

Last Cycle on Progyluton

Salam,

Alhamdulillah, berjaya juga aku bersabar untuk komit and abis kan progyluton ni, 3 cycle kena makan and dah abis last cycle. Walau ade 1 aritu aku tertinggal x makan ubat aku berharap sgt yang sebijik tu tak effect cycle aku.

Sekarang ni tengah tggu period je. X sabar sangat, sebab dah tak sabar nak start first cycle for clomid pulak. Insyaallah, aku akan berusaha untuk jaga pemakanan lepas ni. Some people said, makan clomid ni banyak side effect die. Aku harap aku dapat la mengharungi semua side effect tu.

And abang, orang harap abang bersabar la dengan karenah orang lepas ni. Memang perangai orang dah teruk sekarang tapi insyaallah akan berubah.

Insyaallah, harap dapat ada rezki lepas bulan puasa ni...

Amin.

Jumaat, 10 Julai 2015

Aidijuma 20% Sale for Black and Blue Label

Salam,

Aduhai... Tak kuar design baru tapi buat sale pulak. Pengsan. Aku mmg sengaja tak beli black label sebab nak tggu black label turun harga jadi RM25. Sebab penah beli kat CS Pasar Seni black label RM25 je. Tapi timing tu tak kene la. Belum gaji nih... Aduh.... Redha je la.


Erm.... Pengsan lagi sekali.


Sale 20% sementara stok masih ada. No limit ok. dari 10 July sampai 12 July 2015.


Hepi shopping gulz.....

Khamis, 9 Julai 2015

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan


Salam,

Last Monday g berbuka kat sini. Best. 2 tahun lepas dah penah berbuka so tahun ni dah fhm dah selok belok die. So tahun ni sekali bangun je. Tapi alhamdulillah kenyang sgt. Tahun ni kitorang g ramai2.. 1 unit. Dalam 8 orang total. So sangat meriah. Huhuhu... Best lah... Jadi kat D'Kayangan ni 1 kepala RM48. Bagi aku berbaloi sgt sebab makanan sampai kenyang and pilihan makan die sangat byk.

Antara menu istimewa tahun ni Nasi kebuli kambing tu, aku x makan pun nasi takut penuh perut kang rugi lak. Tanye En Nan sedap ke idok, jawap nyer sedap... Kalau En Nan bagi je kambing sume sedap, kambing x masak lagi pun sedap. Die nyer promosi mmg gagah gak, kat FB kat paper kat blog ramai yang dah review.


Ini antara pilihan makan die. Kite boleh pilih samada nak masuk kan dalam kuah tomyam atau nak bakar je. Ade yang dah marinated ada yang belum marinated. Pilih-pilih.....







Desert nih... Kek ngan fruits....


Ada rojak buah-buahan. Gaul sendiri, so boleh pilih ape yang nak n x nak.


Noodles station... Pergh... macam2 ade....


Dining area die. Comfy la. Even kitorg yang 8 orang ni pun rase sgt selesa.

Nasi Kebuli kambing die nih... En Nan nyer feveret.

Mee goreng and  lauk yang dah siap masak pun ade. Guys selalunyer akan ambik nih utk starter. Huhuhu.. Tank besar boleh ler...



Desert lagi, ade station for ice cream tau. Ais kacang and cendol.


Gumok nyer saye....


Team makan kami....



Best x ??? Cik Diana memang expert la klu makan stimboat. Pandai die ambik pic...

Alhamdullillah, rezeki Allah bagi. Aku x snap pic pun sebab tertinggal phone kat opis. Hahaha... Pasal makan boleh tggl phone kan.... Tahun depan boleh repeat lagi nih. Nak try bawak abang datang makan cni tahun depan. In Shaa Allah, kita rancang Allah yang menentukan.

Amin....

Rabu, 8 Julai 2015

Rezeki Pasangan Lebih Tinggi

Salam,

Jumpa deretan pic ni, terus teringat kat abang. Absolutely like this, rase macam betul sangat-sangat. Huhhu, memang rezeki la org dapat pasangan lagi tinggi. Not just ape yang macam pic ni, but a lot more advantages yang ade. 

Feel more secure and rase macam jalan bawak penghadang yang FRU gune tu. Huhuhu... Rase selamat. 



Abang tetap terbaik....

Amin.