Khamis, 21 Ogos 2014

Minggu Bermain dengan Emosi

Salam,

Amboi tajuk... huhuhu...

Ya Allah, Aku memohon padaMu, Engkau berikanlah kesejahteraan kepada kaum keluarga ku. Pulihkan abah dari penyakit yang dihidapnya. Teguhkan semangatnya untuk menempuh semua dugaan, ingatkan anak-anaknya yang abah perlukan sokongan, kuatkan tenaga emak untuk menjaga abah tanpa jemu, kerna sesungguhnya abah amat penting dan beharga bagi aku...

Ya Rahman,
Engkau jagalah kesejahteraan kaum keluargaku, lindungi mereka dari musibah. Pulihkan segala penyakit yang mereka hadapi. Tabahkan hati mereka menghadapi ujianMu kerna sesungguhnya sakit-sakit yang dialami adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Amin.

Serius minggu ni banyak betul dugaan. Abah masuk hospital setelah hampir sebulan lebih menjalani pembedahan jantung. Kali ni masuk hospital taiping pulak, Ya Allah, berkatilah keluarga ku. Ma pulak demam aritu, pastu dah baik demam kene minyak panas pulak kat kaki. Ya Rahman, Kau berikanlah tenaga kepada ibu tua itu untuk teruskan hidupnya. Aku pulak demam malam, batuk n selsema.

Aku rasa something is wrong with my body. Aku still x period. For almost 3 full month. Aduh... X tahu nk pk ape dah. Next solution is going to the doctor. Itu yang paling aku takut n serik tu. Aduhai... X leh nak pk... Hati dah makin x tabah. Ok. Mlm ni nak blk nangis kat umah dalam bilik atas katil sorang2... Sob...Sob...Sob...

I really wish abang datang minggu ni untuk tenang kan aku setelah ape yang jadi minggu ni. Tapi die ader keje minggu ni, so mmg x dapat lah...

Ya Allah,
Kau berikanlah penyelesaian kepada aku dan suami ku. Berikan ketabahan kepada kami untuk terus hidup berjauhan seperti skrg. Tambahkanlah rezeki kami supaya dapat kami kongsi bersama kaum keluarga kami. Sampaikanlah perkabaran gembira kepada kami sebagai penaik semangat utk terus sujud kepada Mu.

Amin...

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan