Isnin, 11 Ogos 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita yang 1st.

Dear Abang,

Selamat Ulang Tahun Abang. Ni yang pertama, orang berharap akan ada hari ini sebanyak tahun yang kita mampu. Abang, entry ni untuk abang, sayang tahu abang x baca tapi klu 1 hari nanti abang baca orang harap abang lebih terbuka hati tentang perasaan org pada waktu ini.

Abang,
Orang minta maaf pada abang, selama setahun kita kahwin orang banyak menyusahkan abang, orang banyak buat dosa melawan abang, orang banyak buat benda di luar pengetahuan abang, orang banyak buat abang mengalah dan untuk semua itu orang minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki.

En Suhaimi,
Saye Zetty Juziany minta maaf juga kerana selama setahun ini mungkin tidak cukup usaha orang untuk merealisasikan harapan abang untuk menjadi seorang ayah. Orang minta maaf atas kekurangan orang. Sesungguhnya bagi orang hal ini amat menyeksa jiwa orang sebagai seorang perempuan dan orang amat faham hal ini juga telah memenuhkan hati,jiwa dan kepala otak abang dengan rungutan orang. Terima kasih abang sebab banyak memberi harapan kepada orang. Sehingga saat ini tiada hari yang orang tak berbangga dengan abang.

Abang,
Untuk hari2 yang akan datang orang akan berusaha lebih keras untuk sentiasa memberi abang ketenangan untuk habiskan masa abang dengan orang. Abang, terima kasih sebab abang faham orang, terima kasih sebab abang sentiasa tenangkan orang. Terima kasih sebab abang sentiasa ada dengan orang, terima kasih sebab abang terima orang seadanya. Kasih sayang abang buat orang berasa tiada yang kurang dalam hidup orang.

Wahai Suami,
Abang, orag akan usaha untuk beri abang kebahagian yang kita idamkan, tidak kiralah walau apapun cara, walau apapun keadaan, walau apapun kos, orang akan usaha. Yang orang harapkan untuk hubungan kita ialah abang akan lebih bersabar dengan orang, tabah dengan apa yang kita akan usahakan, dan abang akan sentiasa akan sayangkan orang walau apa pun hasilnya nanti. Abang selalu kata untuk tenangkan hati orang "setiap orang ade rezeki masing-masing, klu die lebih di sini mungkin die kurang disana."

Setiap orang akan ada keadaan dimana kekurangan yang dia hadapi akan membuatkan dia lebih dekat dengan Allah. Itu yang jadi pada orang, dalam usaha untuk mencari dan mendapat apa yang kita idamkan telah buat orang lemah dan berserah kepada Allah. Harap sangat abang akan sabar membimbing orang ke arah tu.

Terima kasih abang, Happy Anniversary yang pertama abang. Luv u to the fullest of my heart.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan