Isnin, 31 Ogos 2015

Hotel Explorer Melaka

Salam,

Huhuhu... Jalan kat Melaka aritu tido kat sini. Hotel Exlorer Melaka. Senang jer nak cari sebab dekat sangat ngan landmark yang memang tarikan pelancong. Saja pilih hotel ni sebab niat nak bercuti sambil rileks2 jalan2 kaki. So here we were....






Sebab lupe ambik pic bilik so harap boleh lah google... Haahaha... But overall experience we will come back. Sebab...1) parking keta free.. 2) All venue in walking area. 3) hotel ni sangat selesa.(walaupun agak kecil. but its nice for 2 of us. 4) Window view ialah shopping compleks... hahaha...

So overall memang best and akan menginap lagi...

Amin.

Isnin, 24 Ogos 2015

Jalan-jalan Cuti-Cuti Malaysia kat Melaka

Salam,

Hi all dearies. Lama x mengupdate. Just publish ape yang ada dalam draf jer. Menyepi lama sebab banyak keje and terlalu stress. Ni cite lama, pergi bercuti ngan abang. Pergi sekejap jer, nak lepas rindu. Huhuhu...

So kitorang pilih pergi bercuti kat Melaka, 2 hari 1 malam jer. Tapi 2 hari 1 malam yang sangat happy. Kitorang pergi nak rehat-rehat so tak rancang jadual padat sangat. Apa yang terlintas dalam kepala yang tu yang kitorang cari. 

Bertolak ari Khamis, I is ambik cuti n abang pun ambik cuti. Saja rancang pergi sana time weekdays sebab tak la padat sangat. Lagipun tak ramai orang kan senang nak berjalan-jalan. 

First day sampai tu check in hotel. Kitorang menginap kat Hotel Explorer Melaka. Nanti buat review ckit pasal hotel ye. Sesampai and check in kitorang rehat jap dalam bilik menikmati air cord sebab dah panas ati sebelum check in td ada problem yang buatkan kitorang panas. Time nak masuk parking tu mesin ambik kad parking rosak so i is terpaksa pergi ke kaunter 2,3 kali untuk minta pertolongan ngan recep. Tok Laki I kata die boleh jer buat utk dapatkan kad tu tp sengaja tak nak tunjuk skils. Hahaha. I is percaya cos die mmg keje jaga parking kan. Hhuuhuhu...

So dah petang dah redup ckit baru kuar g jalan-jalan. Sebab tu pilih hotel ni, die dekat nga tempat nak melawat. Kitorang kuar jalan kaki jer. Tempat pertama shopping compleks Dataran Pahlawan. Huhuhu... X tahu la nape tp shopping compleks tu memanggil manggil supaya kitorang masuk. So I is terpandang seluar yang murah kat Padini. Disebabkan dengan berani nyer tak bawak seluar datang berjalan dalam hati macam nak beli jer.Ok xpe, mlm ni pujuk abang nak beli seluar 1. Tempat seterusnyer ialah ialah Stadthuys. Huhuhu... G jalan-jalan jer lah... Baru tahu semua tempat melawat macam musium tutup pukul 5. By the time kitorang kuar tu sume dah tutup. So jalan-jalan je la. Then naik Menara Taming Sari. Puas cari pic atas menara Taming Sari tu, x jumpa lak. gune enset abang kot. Lepas tu g makan asam pedas kat tepi hotel jer. Kitorang x memilih, asal name nyer asam pedas, dalam claypot lagi tau... huhuhu...






Malam tu kuar pulak lepas solat Magrib g naik Melaka River Cruise. Dari atas bot ni baru nampak hotel-hotel yang menarik. Klu nak datang honeymoon boleh pertimbangkan hotel-hotel ni tapi klu nak datang sekejap n niat nak kuar jalan-jalan hotel yang duduk sekarang pun ok. Malam sebelum tutup buku kitorang pegi makan kat Ikan Bakar Sg Muara. 


Esok kan nyer pulak pagi lagi kitorang bangun sarapan and kuar sebab nak g melawat. Start dengan Musium Islam Melaka. Entrance fee die murah aje RM3 je rasenyer. Dan dalam musium ni banyak sangat sejarah yang boleh kite baca. Mula dari awal beratapaknye Islam kat tanah melayu ni. Abang siap ambik pic kat replika Batu Bersurat dari Terengganu. Huhuhu...




Pastu kitorang repeat g Stadthuys. Kali ni boleh masuk. Banyak sangat benda nak tengok. Asyik tengok sampai lupe ambik pic. Kali ni berjalan mmg kurang ambik pic pun. Huhuhu.



Pas kuar kitorang pusing2 Melaka on foot je. Pastu balik bilik kemas barang nak Check out. Kitorang tak makan tengahari pun sebab macam kenyang lagi. Lepas check out kitorang g cari Coconut Shake Klebang tapi tutup lak sebab ari jumaat. Kul 2.30 ptg baru buke pulak so kitorang g pusing2 Pantai Klebang pastu nampak Cendol Bakar. Benti makan cendol semangkuk 2 pastu g tggu kat Patai Klebang. Siap beli Coconut Shake kirorg terus gerak ke Zoo Melaka. 





Kuar dari Zoo dalam pukul 5 lebih. Jalan dah agak penuh dengan orang yang balik keje. So kitorang pun gerak terus balik puchong. Makan mlm merangkap makan tengahari kat puchong jer.

Overall, mmg best walaupun kejap jer. Ade lagi byk tempat yang belum sempat g insyaallah, next time rancang g lagi and try masuk ape yang belum. Terima kasih abang bawak orang g holiday. Best sgt. Nanti ade rezki lebih kite repeat lagi ek.

Amin.

Jumaat, 14 Ogos 2015

#pandora : New Charm for my Dora

Salam,

Kerap pulak tambah charm kat gelang. Tahun ni saje dah dua design aku beli. Pada org yang mmg giler pandora 2 kali setahun, ape hal. Siap beli tiap2 minggu lagi. Bagi aku ini sesuatu yang agak extreme dah ni. Klu terus kan lagi boleh mendatangkan masalah. Takut jadi hobi, sakit. Harga pandora bukan macam harga Aidijuma. Harap dijauhkan.

So ini latest baby pandora aku. Openwork love charm. Even beli yang preluv jer tetap puas ati.


Bile dah masuk kat blet nampak comel jer kan. Insyaallah, ada rezki lebih nak tambah gak. Maybe nak try kumpul duit beli pave pulak. Tapi bukan secara extrem secara sederhana jer.

Amin

Rabu, 29 Julai 2015

Last Minute Shoes Hunting

Salam,

Aritu time last day puase abang nak bawak beli kasut baru. Ini adalah hasil aku marah kat die, teruk gak kali ni. Huhuhuhu... Tetibe jer die dapat idea nak sogok aku ngan kasut baru. And its about nak raya nih... Boleh ke buat jadi kasut raya???

Sebelum ni memang kitorang ade rancang nak beli kasut New Balance yang match nak pakai g jalan, walaupun hakikatnyer aku lebih banyak pakai skirt dah g jalan sekarang tapi aku nak jugak. Bukan x leh pakai sport shoes ngan skirt kan?? Tapi hasrat tu terkubur bile ade rumors kate NB ni mcm ade yang buat guna dari kulit Bab1. So baik kite elak kan. Ingat dah terkubur... Huhuhu...

So last day puase aritu kitorang kuar g hunt kat Al Ikhsan, aku ingat nak half day. Tapi Dato ade lak so kene kuar time rehat jer la. First kedai yang aku akan g ialah Al Ikhsan Subang Parade and kalau tak de yang aku nak tu aku akan g yang Batu 3 nyer. Tapi kalau xde gak last kedai yang aku sanggup nak g kat Plaza Alam Sentral Shah Alam. Sebabkan aku kejar waktu nak masuk keje balik so x leh lah nak panjang langkah lagi.

Ini antara yang aku minat,




Sebeanarnya abang dah g tengok kasut untuk aku kat Al Ikhsan kat Kemaman tapi yang aku nak tu xde lak saiz. Geram jer so die suh pilih yang lain n itam is base color yang aku nak. Tapi ade jer masalah. Saiz xde lah, kotor lah so tu yang kitorang g hunting lak tu.

Akhir kata aku pilih yang ni




Pic yang first sekali tu. Kat batu 3. Asalnyer agak was-was sebab mcm design lama, tapi kata ati aku nak yang ni waktu mula2 tengok lagi. So supaya tiada penyesalan ambik yang luv at first sight. Huhuhu. Alhamdulillah, semoga abang sentiasa dilimpahi rezeki and akan selalu belanja org...

Luv u abang...

Jumaat, 24 Julai 2015

Aidijuma New Design Release

Salam,

Huhuhuhu... Ade design baru lagi. Demam nak pakai yang raya aritu pun tak abis lagi. Ada lagi yang belum sempat basuh sebab pakai time raya aritu. Ni dah kuar yang baru lak. Tapi kite rase kite tak berapa berkenan sangat design ni.

But if yo'lls nak nak tak de orang halang huhuu... Nak cuci mata. Release esok tau....


Selamat berjuang...

Bye...

Seminggu Lepas Raya

Salam,

Hari Isnin dah start keje, abang ada kat sini teman kite sehari lagi. Huhuhu... Seronok tapi tak sihat. So tengahari tu ajak abang g klinik. Sakit kepala sangat-sangat dah tak tahan. And dapat half day dari bos. Erm... Balik umah tido sampai petang. Baru puas hati.

So ni nak cite kecohnyer mggu ni sebab along sakit and admitted hospital. So bermula kepeningan kitorang utk jaga die, nasib baik kamis tu mak datang. Huhuhuhu... Penyelamat. Boleh la duk umah kemas barang nak balik raya Kemaman lak.

Sabtu ni ade kenduri kat Kemaman, asalnyer mak nak ikut g, tapi tak tahu la sekarang ni jadi g ke tak jadi g. Abang dah booking homestay, xpela aku ngan iza je stay kat homestay tu... Kelas ko Jah balik kampung duk homestay... hahaha... Durhaka betul...

So harap perjalan esok di rahmati, selamat sampai and berjalan lancar.

Amin...

Selasa, 21 Julai 2015

TTC Journey : Clomid 50Mg 1st Cycle

Salam,

Malam ni last pil clomid for this cycle. Doktor nasihatkan berBD on 14 days after 1st period. Siap mark kat kalender lagi tau. Ingat nak ambik cuti, harap2 lepas lah cuti. Boleh spend time fully ngan abang.

Untuk cycle ni, mmg mencabar sebab I is very sensetif. Abang banyak bersabar sampai ada 1 tahap kesabaran dah nipis. Die suh I is stop ambik clomid sbb betul2 mengganggu emosi . Tahap kekerapan gaduh sgt tinggi waktu tu. Sabar lah abang, nnt org akan ok blk. Kite usaha untuk kebahagian kite.

Harap sgt usaha kali ni berjaya,

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.”
(Surah Al-Imran: 38)
Amin.

Isnin, 20 Julai 2015

Selamat Menyambut Syawal 1436H

Salam,

Alhamdullillah, walau pun tak dapat sambung cuti lama-lama tapi dapat jugak raya kat umah ngan mak n adik-adik. Malam raya tu bertolak dari Puchong agak lewat sebab menyinggah merata. Huhuhu... last raya preparation la katakan. Perjalanan balik tu lancar la jugak, maybe ramai warga kota dah bergerak balik awal serentak dengan cuti sekolah. Abang yang drive sepanjang jalan. Huhuhu... Bahagia aku duk sebelah sambil acah-acah pejam mata. Huhuhu... Kadang-kadang terlelap terus.

Pagi raya tu disebabkan baru jer sampai aku n abang terbabas tido. Walaupun kat luar bilik macam nak terpecah dinding adik-adik lain menyembang aku nekad nak tido sampai puas jugak. Hahaha... Senget Zetty...

Nak jadi cerita nyer pagi raya tu Ayush kesemputan, huhuhu. So lepas siap aku n abang n mak bawak die klinik untuk nap gas kejap. Die sampai tak boleh nak cakap, sian lak. Balik dari klinik baru bersalam-salaman ngan adik beradik n mak n abah. Pastu baru lah bergambar. Along n famly die belum blk lagi so kitorang possing kitorang jer... huhuu...



Beriya abah sengeh, siap pakai cermin mata itam lagi die. Huhuhuu... Pastu baru la kitorang possing laki bini... Kene cari angel betul ckit, nampak macam gemuk la...



Hari raya pertama berlalu macam tu jer, tahun ni mcm slow ckit raya kat umah. Tak meriah sangat. Malam tu g cari ais batu sampai ke Selama. Raya-raya ni klu ada yang buke kedai makan mesti laku, sbb kedai makan semua tutup. Kami mmg niat nak makan luar merata cari kedai, nasib ada yang buka.

Raya ketiga balik KL tu mmg merangkak la, tapi xpe. Abang yang drive. Huhuhu... Tapi memang panas la, pasang air cond pun panas. Ape-ape pun sempat wefie... huhuuhu.



Selamat Hari Raya. Mannal Aidil Wal Faizin....

Khamis, 16 Julai 2015

Last Day Of Ramadhan 2015

Salam,

MasyaAllah, pantas masa berlalu tak sangka dah hari akhir bulan ramadhan. Syukur sgt dapat mengharungi ramadhan kali ni, walau banyak dugaan yang melanda tapi alhamdulillah bulan ni bulan yang paling bahagia.

Banyak yang jadi, hepi and sad time. Moment macam ni yang kite akan ingat sampai beranak pinak, Huhhuhu...

Di kesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk memohon sejuta kemaafan kepada semua, semua ye xde yang terkecuali yang kenal secara langsung atau tak langsung. Maaf kan lah semua kekhilafan aku, dalam sedar atau aku tak sedar aku lakukan apa-apa kesalahan.

Semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Rezeki bertambah dan emosi lebih stabil. Huhuhuhu

Amin...

Rabu, 15 Julai 2015

Last Cycle on Progyluton

Salam,

Alhamdulillah, berjaya juga aku bersabar untuk komit and abis kan progyluton ni, 3 cycle kena makan and dah abis last cycle. Walau ade 1 aritu aku tertinggal x makan ubat aku berharap sgt yang sebijik tu tak effect cycle aku.

Sekarang ni tengah tggu period je. X sabar sangat, sebab dah tak sabar nak start first cycle for clomid pulak. Insyaallah, aku akan berusaha untuk jaga pemakanan lepas ni. Some people said, makan clomid ni banyak side effect die. Aku harap aku dapat la mengharungi semua side effect tu.

And abang, orang harap abang bersabar la dengan karenah orang lepas ni. Memang perangai orang dah teruk sekarang tapi insyaallah akan berubah.

Insyaallah, harap dapat ada rezki lepas bulan puasa ni...

Amin.

Jumaat, 10 Julai 2015

Aidijuma 20% Sale for Black and Blue Label

Salam,

Aduhai... Tak kuar design baru tapi buat sale pulak. Pengsan. Aku mmg sengaja tak beli black label sebab nak tggu black label turun harga jadi RM25. Sebab penah beli kat CS Pasar Seni black label RM25 je. Tapi timing tu tak kene la. Belum gaji nih... Aduh.... Redha je la.


Erm.... Pengsan lagi sekali.


Sale 20% sementara stok masih ada. No limit ok. dari 10 July sampai 12 July 2015.


Hepi shopping gulz.....

Khamis, 9 Julai 2015

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan


Salam,

Last Monday g berbuka kat sini. Best. 2 tahun lepas dah penah berbuka so tahun ni dah fhm dah selok belok die. So tahun ni sekali bangun je. Tapi alhamdulillah kenyang sgt. Tahun ni kitorang g ramai2.. 1 unit. Dalam 8 orang total. So sangat meriah. Huhuhu... Best lah... Jadi kat D'Kayangan ni 1 kepala RM48. Bagi aku berbaloi sgt sebab makanan sampai kenyang and pilihan makan die sangat byk.

Antara menu istimewa tahun ni Nasi kebuli kambing tu, aku x makan pun nasi takut penuh perut kang rugi lak. Tanye En Nan sedap ke idok, jawap nyer sedap... Kalau En Nan bagi je kambing sume sedap, kambing x masak lagi pun sedap. Die nyer promosi mmg gagah gak, kat FB kat paper kat blog ramai yang dah review.


Ini antara pilihan makan die. Kite boleh pilih samada nak masuk kan dalam kuah tomyam atau nak bakar je. Ade yang dah marinated ada yang belum marinated. Pilih-pilih.....







Desert nih... Kek ngan fruits....


Ada rojak buah-buahan. Gaul sendiri, so boleh pilih ape yang nak n x nak.


Noodles station... Pergh... macam2 ade....


Dining area die. Comfy la. Even kitorg yang 8 orang ni pun rase sgt selesa.

Nasi Kebuli kambing die nih... En Nan nyer feveret.

Mee goreng and  lauk yang dah siap masak pun ade. Guys selalunyer akan ambik nih utk starter. Huhuhu.. Tank besar boleh ler...



Desert lagi, ade station for ice cream tau. Ais kacang and cendol.


Gumok nyer saye....


Team makan kami....



Best x ??? Cik Diana memang expert la klu makan stimboat. Pandai die ambik pic...

Alhamdullillah, rezeki Allah bagi. Aku x snap pic pun sebab tertinggal phone kat opis. Hahaha... Pasal makan boleh tggl phone kan.... Tahun depan boleh repeat lagi nih. Nak try bawak abang datang makan cni tahun depan. In Shaa Allah, kita rancang Allah yang menentukan.

Amin....

Rabu, 8 Julai 2015

Rezeki Pasangan Lebih Tinggi

Salam,

Jumpa deretan pic ni, terus teringat kat abang. Absolutely like this, rase macam betul sangat-sangat. Huhhu, memang rezeki la org dapat pasangan lagi tinggi. Not just ape yang macam pic ni, but a lot more advantages yang ade. 

Feel more secure and rase macam jalan bawak penghadang yang FRU gune tu. Huhuhu... Rase selamat. 



Abang tetap terbaik....

Amin.