Rabu, 14 Disember 2016

Abang & Bola

Salam,

Memang sejak kenal abang aku tahu ni memang makanan harian abang. Main bola. Erm... Awal2 dulu memang selalu ngamuk bile abang kata nak g main bola. Aku rase die penting bola lagi dari aku. Sekarang x ngamuk sangat dah, tapi ngamuk jugak. Bagus jugak abang main bola sebenarnya, sebab tu abang fit n maintain je badan. X macam aku, makin lama makin bulat. Hahaha....








Enjoy la abang selagi boleh, orang mmg akan bebel tapi x lama pun. Huhuhu... Kejap jer. And org sokong jer abang nak bersukan. Macam abang sokong org beli AJ dulu... Hahahaha...

Terus kan usaha abang, main sampai dapat ribu riban tau. Boleh kongsi ngan member2 lain...

Alhamdulillah....

Khamis, 17 November 2016

The deepest Feeling Ever

Assalamualaikum,

Have u ever feel this kind of feeling? Rasa tenggelam, rasa jauh, rasa yang u keep falling and sinking deeper and deeper. Itu yang aku rasa. Menyebabkan semua benda yang aku buat semua salah. Semua benda yang aku baca semuanya menyakitkan. Semua benda yang aku makan menyebabkan rasa bersalah yang amat sangat.

When other people do something, kita pun nak buat. Tapi kenapa kau tak boleh nak committed dengan apa yang kau buat? Kenapa bila orang lain boleh committed dan berjaya, kenapa dalam hati dan perasaan kau ada rasa dengki? SubhanaAllah, why Zetty? Dengki. Mohon dijauhkan dari sifat ni.

When other people try and succeed in something that you have been tried for ages and still failed, why cant you feel happy for them? Why Zetty? Iri hati atas kejayaan orang lain adalah munafik Zetty. Mohon dihilangkan perasaan itu dari hati.

When you felt that you in the worst situation ever without thinking that there's other yang lagi susah dari apa yang sedang kau hadapi is like tidak bersyukur. Erm... This is not easy for me. Aku jenis yang memikirkan sesuatu selagi tak setle or selagi perkara tu masih menjadi masalah. Mohon Allah beri ketenangan kepadaku.

When you fell that you not loving yourself, perasaan tak puas hati dengan diri sendiri. Rasa yang buatkan kau tak boleh nak move on and in the same time ada je orang nak pandang kau dengan pandangan yang negatif adalah perkara yang paling aku rasa sakit sekali. Even lepak ngan member pun boleh buat aku rasa rendah diri. Do I have power to control what other people said? No. But I also dont have power to ignore about that matter. Come on peops.... Dont look at me like that, like I'm not giving all my efforts in that matters. Its hurt... Please understands.

When the person that you love not understand what are you going through. Mengharap orang lain faham apa yang kita hadapi is not depend on us. After a while kita akan rasa semakin jauh semakin tak bermakna. For a while tu aku rasa bersalah dengan hal ni and try to keep going jugak. But now, perasaan tu dah tak ada. Allah, bahaya nih untuk perahu-perahu kecil. Moga aku dibukakan hati ini.

Amin...



Rabu, 16 November 2016

Waiting Outside The Lines - Greyson Chance


You'll never enjoy your life,
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?
 
Rules and regulations,
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
It's time for you to seize the day
 
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now
 
I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
 
Try to have no regrets
Even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
If you keep living blind?
 
Stuck in the same position,
You deserve so much more
There's a whole world around us,
Just waiting to be explored
 
Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
The time is now, just let it go

Don't wanna have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
'Cause I know what's in you is out there
 
I'm waiting, waiting, just waiting,
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
 
I'm trying to be patient (I'm trying to be patient)
The first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
Go ahead and take it
 
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting
 
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
 
You'll never enjoy your life
Living inside the box
You're so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Selasa, 1 November 2016

Dream Vacation

Salam,

Tahun nih impian nak g vacation terkubur macam tu je. Awal-awal tahun plan jugak, tapi sehingga ke saat ini tak ke mana pun lagi. Sabar lah hati, ini adalah kehendak bukan keperluan.

Mula-mula rancang jugak nak bercuti-cuti Malaysia, tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan. Makanya, bertapa lah aku kat rumah. Abang dia senyap je. At least dia ada gak g tour berbasikal lah bola lah... Oh lupa lak, abang dah ade hobi baru, tu kita cerita kat entry lain sebab panjang aku nak bebel kat dia pasal hobi baru dia nih.

Back to vacation, ikutkan hati nak je aku pergi jugak vacation even sorang-sorang. Tapi nanti terperuk dalam bilik hotel jugak. Baik tak payah buang duit, dan mari lah kita terperuk dalam bilik kat rumah atas katil sambil main game sampai bengkak sebelah kepala. Hahaha...

Tapi insyaAllah, hujung bulan 12 nih nak rancang gak lah short vacation. Buat lepas gian. Awal perancangan nak ke Melaka, tapi cadangan tu digugurkan sebab mcm akan makan masa yang lama. hahaha... Paling kurang 3mlm. So abg bg cadangan ke Port Dickson je tido 1 malam. Jadi lah buat penutup tahun 2016 yang banyak dugaan nih.

Harap2 boleh jadi kenyataan. Amin...

Ahad, 23 Oktober 2016

Hobi Baru

Assalamualaikum,

Tak semua benda negatif dalam hidup ni, sempat develop new hobby yang sebenarnya dah lama ada cuma terkubur berikut beberapa faktor teknikal. Huhuhu...

Sekarang nih duk layan cerita korea pulak balik. Hahaha... Kalau mengandung nih mesti anak comel macam muka korea kan. Habis satu cerita sambung cerita lain pulak, dah sampai ke office duk layan korea lgi. Nanti penilaian KPI jangan tanya kenapa KPI rendah. Padanlah dengan tengok cerita korea kat office tu.

Tapi tengok cerita pun tak menenangkan hati sangat sebab ada cerita ada scene yang sakit hati, ada scene suspen and ada scene romatik. Hahaha... Main angin molep nih...

Lepas tengok tu mula lah berangan. Tak lah berangan dapat laki korea... Adess... Dah En Suhaimi nak letak mana? Hahaha... Takat berangan dapat kulit cantik macam diorang ke? berangan kaya macam dalam cerita tu ke? Hahaha... Angan-angan Mat Jenin.

Hobi baru ni mengalih perhatian aku ckit. Tak dak lah duk pk macam sangat. Overall suma cerita best. Nak tunggu apa lah lagi idea orang korea nih...

Rabu, 19 Oktober 2016

Insanity - Clarity

Assalamualaikum,

Tengah serabut kepala otak, banyak sangat yang bermain dalam kepala otak nih. Erm... Serabut sampai nak hilang pertimbangan, sampai rasa macam nak gila. Damn.... Zetty ko bila ko mai gila ko mula lah ko merapu.

Apa sebenarnya dalam kepala otak aku nih. Erm... Are you not happy Zetty? The answer is yes. I'm not happy. Why??? Pernah tak rasa sangat serabut dengan fikiran dan akal sendir sampai sebak dan nak menangis serentak dengan rasa sakit hati dan dada yang amat sangat? Teruk sangat drama kali nih.

Tahap insanity dalam diri dah kurang menyebabkan semua benda paling hazardous terbayang dalam kepala. Keserabutan ni hanya aku yang rasa. Erm... Sudah nya I'll keep it to myself jugak. Aduh.. Macam mana nak tenang kan hati dan fikiran, mana nak cari clarity untuk apa yang aku rasa. No, no one will ever know apa sebenarnya yang aku fikir, apa sebenarnya yang membuatkan aku serabut macam nih. Erm...

Hujungnya, ini adalah entry yang tak ada contentnya selain dari luahan hati kecil yang sangat serabut.

Isnin, 17 Oktober 2016

Entry Utk Abang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah 3 tahun kita bersama melayari bahtera alam perkahwinan, dan selama 3 tahun ni orang berterima kasih kat abang sebab banyak bersabar dengan orang. Walaupun rumah tangga kita tak sehebat orang lain dan tak seindah orang lain, orang tetap bersyukur sebab orang ada abang.

Abang,
Maafkan org selama 3 tahun ni kita masih di takuk yang sama. Masih dalam proses mengenal hati masing-masing, masih hanya mampu berdiam jika terluka, tak mampu nak meluahkan. Baik abang atau orang. Kita hanya mengambil jalan pendam untuk menjaga hati. Orang tetap berterima kasih. Mungkin abang nak jaga hati orang dan mungkin orang tak nak luka kan abang jika orang terlalu berterus terang.

En Suhaimi,
Kita tetap berjauhan. Tapi alhamdulillah, kita tetap bertahan. Maafkan orang bila mana tahun 2016 merupakan tahun orang paling kurang berkorban untuk abang. Orang mungkin dah berubah. Maafkan orang sekarang orang dah kurang balik ke kampung. Kita berada di situasi yang mana membuat perjalanan jauh akan membebankan kita di kemudian hari. Maaf kan orang bila mana hanya abang yang bersusah payah turun naik bas untuk jumpa orang. Ampunkan orang.

Dear husband,
Dalam 3 tahun kita berjauhan tidak pernah sekali pun orang menduakan abang. Terima kasih sebab percayakan orang. Orang harap kepercayaan kita tak berubah walau selama mana kita terpaksa berjauhan. Jadikan semua ni sebagai cara untuk kita merapatkan lagi hubungan kita. Alhamdulillah orang tetap rasa bahagia.

Suamiku,
Satu yang orang kesal dalam 3 tahun perkahwinan kita, ketidakmampuan orang memberikan cahaya mata untuk abang membuatkan orang berasa kecil bila berada di kalangan orang lain. Maafkan orang, tolong lah abang, sentiasa bersama dengan orang. Maafkan orang jika jika pernah terdetik dalam hati orang yang abang tak kekal dengan orang, tak akan mampu bersabar dengan kekurangan dan kemampuan orang meberikan cahaya mata untuk kita.

Setiap orang akan ada keadaan yang mana kekurangan yang dia hadapi akan membuatkan dia lebih dekat dengan Allah. Itu yang jadi pada orang, dalam usaha untuk mencari dan mendapat apa yang kita impikan telah membuatkan orang jadi lemah. Harapan orang abang akan sabar dan membimbing org ke arah tu.

Amin... Moga Panjang Usia Perkahwinan Kita dan Dilimpahi Rezki Cahaya Mata.

Ahad, 16 Oktober 2016

Come Back...

Assalamualaikum...

This is a come back post... huhuhu... 2016 penuh dugaan. Still cuba bangun, mungkin selagi tak berakhirnya 2016 dugaan akan tetap datang. Some people said, dugaan ialah tanda Allah sayangkan kita. Alhamdulillah, masih boleh bernafas.

Lama betul x up post. Busy? X lah. Lupa? X jugak. No idea maybe. Tak ade perasaan nak bercerita. Tak ade mood nak mengarang.

But, why now? Erm... Got no source nak luahkan ape yang terbuku di hati. huhuhu... Drama lah tu. I'm a drama Queen kan... hahaha...

Insyaallah, lepass ni akan cuba utk up blog dengan lebih kerap. Mungkin dapat mengalih tekanan yang di dalam jiwa ke arah yang lebih positif. Doakan saya untuk lebih komted dan konsisten. N doakan jugak supaya lebih matang menghadapi dugaan yang Allah berikan.

Amin....