Jumaat, 24 Oktober 2014

New Edition to Famly Hj Dean

Salam,

Alhamdulillah, new edition to Hj Dean famly. Along selamat melahirkan baby gurl. Kata k.cik baby ni mcm syafaatul. Panjang x muat selimut. Muka bulat, huhuu... Semua anak2 along versi muka abng emi. Bertuah sungguh kan. Rezeki diorg.

Semoga jadi anak yang mendengar kata n cemerlang dalam hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Rabu, 22 Oktober 2014

Cara nak buat label barang2 di dapur

Salam,

Lama x mengemas rumah, so hujung minggu ni aku luang masa ckit kemas rumah terutamanya dapur. Niatnyer nak punggah semua barang kat dapur tu semua barang dalam almari n stor n susun balik. Untuk barang2 dapur pulak nak buat label. So first step nyer ialah nak buat label dulu.

Aku dah kemas ckit2 dah ari tu so ingat la ckit2 ape yang ada kat dapur tu. So aku buat label la dulu.

Mula-mula uollss kena senarai dulu barang yang nak ader pelekat tu. Cari semua barang yang nak dilabelkan tu letak sebelah. Nnt bile label dah siap senang nak lekatkan terus.

Ok. Then aku mulakan la misi cari templete yang comel2. Aku nak yang warne pink.. Gugurl sgt... ni yang aku buat... Boleh la... X la cantik tapi tercapai la tujuan nak buat label ni...





 
 
Banyak sangat pulak aku buat, penat pulak nak gunting. Label ni aku print atas ketas stiker tapi nak bagi berkilat aku lekat ablk atas silotape jernih. Kat bekas ni nak letak kat dapur so kite kena make sure label x rosak bile kena air. So cover dengan silotape ialah cara plg murah... huhuu... Label pun nampak berkilat sikit. Kan cantik...
 

Nampak beza sikit kan. x la sangat tp ade bezanyer. Pastu gunting dengan kasih sayang. Nila hasilnyer... huhuhu. Gigih betul kan..

Ok. Comel x bekas spice aku. Mmg aku beli yang kecil2 jer. Aku bukan nyer masak sangat pun. Tapi bile tengok dapur org lain lengkap aku pun teringin. Biar la kecil pun, janji ader.... Bile dah lekat stiker jadi mcm ni la... Bekas yang penutup pink nampak ciut jer ngan label yang lain so - so jer.



Disebabkan dapur aku kecil & cute aku ngan abg decide utk letak dapur masak kat bahagian luar dapr. Tapi kat tempat aku ni, byk umah yang letak dapur die kat ruang luar side belakang ni. Pengudaraan pun bagus n sini jer tempt yang x mengganggu sangt. Bekas spice ni aku letak atas rak ni, rak ni beli kat Mr. DIY jer. Murah jer.

So ini lah kisah dapur kecil aku. Ini baby step yang aku ambil untuk cantikkan umah... HUHUHU... Semoga kerajinan berpanjangan.



Sabtu, 11 Oktober 2014

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik
Bersabarlah sayang aku akan pulang

Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/09/lirik-lagu-selimut-tetangga-republik.html#ixzz3FoUdoCvo

Khamis, 9 Oktober 2014

How Can I Lose Some Weight

Salam,

Aku dah gemuk, macam mana nak buat ni? Berat bukan makin turun, tapi makin naik. Huawaaaa.... Macam mana ni? What to do? What to do? Aku yang jenis x suke berjoging so mmg akan sgt lambat la klu aku nak turun berat badan. Joging la paling susah dalam kehidupan seharian aku. Klu aku rajin dah lama dah aku kurus. Sekarang ni aku dah masuk ketegori obes. Oh my, what to do nih?

Buat masa sekarang ni aku kawal makan, aku tengah try untuk x nak makan nasi buat sementara waktu ni. masuk ari ni dah 3 ari aku x makan nasi. Tapi aku still makan makanan yang berasaskan tepung which mean datang dari dari beras jugak. Oh my, salah cara ni. X nak makan nasi tapi makan tepung yang juga dtang dari asas yang sama.

Ok2, aku akan tgglkan tepung juga. Huhuhu... Azam konon. Harap2 kali ni menjadi la diet aku ni. Ineed to lose some weight. Really need it. Abang dah start tunjukkan belang. Wahaha.... Die sokong upenyer aku diet. Mungkin dah nampak hodoh pada pandang mata... Huhuhu. sangkaan aku jer tu. So diet kali ni aku buat dengan izin suami. Insyaallah by the time kite jumpe akan ade sedikit pengurang berat.

Abang kate usaha tu yang penting bukan berapa banyak berat yang kurang jadi ukuran. Jangan pk nak kurangkan berat sebab nak cantik pk untuk sihatkan diri. Kite usaha sama2 yer abang.

Buat masa ni baru start dengan pemakanan. belum ader cara lain lagi. Balik umah jarang2 gak aku buat sit up dengan lunges. Boleh tegang urat, tibe2 nak senaman. Tapi insyaallah aku nak cube jadikan habit. Insyaallah. Harap kali ni aku lebih nekad dan usaha aku ni membuahkan hasil.

Amin....

Rabu, 8 Oktober 2014

Aidil Adha 2014 Part 2

Salam,

Sambung part 2 sebab banyak nk cite ni. (Part 1 click untuk baca)

So ari sampai umah mak tu kitorang sambung tido sampai ke tghari n mak ajak g kenduri. Huhuhu, bangun la jugak, lama betul aku x g kenduri kat kampung. Dah lupe bestnyer masakan kampung. So kenduri ni kat Ijok, kitorang g nek keta mak, bagi kuda putih rehat jap sebab petang ni nak gerak balik g umah pah. Seronok kenduri kat kampung walaupun hujan tetap meriah. Kitorang masuk makan kat dalam tepi pengantin. Baru nak suap nasi masuk mulut terus pengantin sampai. Ape lagi, sambil makan sambil dengan orang duk ber kompang la. dekat sangat dah kitorang harap x masuk la dalam gambo kawin pengantin tu. Wahahaaaa..



Sila abaikan dagu yang berlipat tu ek, amacam grand x setting area. VVViiiPPP ni. Hahaha. Ok lah tu lepas makan tengahari. Letih kot nak memasak tu yang ajak abang ikut mak g kenduri. Nasib baik abang on jer.
 
Balik dari kenduri kitorang terus g umah pah, tolong pah buat persiapan raya. Tam dah sampai dulu. Tam adalah mak sedara yang terawal akan sampai tiap2 tahun. Huhuhu, kitorang sebab ramai jadi pergerakan agak perlahan. So arini nak tolong pah buat ketupat daun palas. Hhuhuuhu, sayang x ambik gambar. first batch tu mmg la jadi ketupat betina, pah kate kena buat ketupat jantan. ader beza tau, yang betina tiga segi, macam ketupat yang abang selalu bawak dari Kemaman. Ketupat pah ketupat jantan die panjang ckit bentuknyer. Aduih... rugi betul x ambik gambar.
 
Esokkan nyer tok Wan buat korban. Wahahaha... Tahun ni ader wakil tolong pegang lembu, huhuhu. Tahun ni famly mak aku banyak advantage ckit. Mak sekarang dah boleh berbangga dah, bile nak buat makan-makan besar macam ari raya aji ni mak senang ati ckit ader anak menantu boleh tolong. Tapi aku ngan adik-adik aku lak yang geram, adik kembaq aku baru ting 2 tapi dah kena kerah buat keje. Anak mak sedara aku yang lain anak die duk melingkaq kat depan tv rileks jer duk memanggil adik2 aku. Panggil la anak2 korang, berat biar la sama dipikul. Ini idak, ringan buat sorang2 berat pun buat sorang2. Geram....
 
Esokkan nyer kitorang buat daging panggang untuk daging korban tu, mak buat masak lemak perut. Abang macam x feveret sangat masak lemak perut tu tp tu feveret aku. Wahaha... ape yang x feveret ko tu Zetty. So kitorang gerak balik lewat sebab k.lang la. Well she is born to be lembab utk bergerak. Orang lain dah tggu dalam keta dekat 10 minit dah die duk berlegar2 lagi dalam umah.
 
On the way balik tu singgah Teluk Intan utk anta Ayush. Bagi die makan dulu kat kedai nasi goreng mamak yang nak termuntah aku makan. Lansung x sedap. Aih... ni yang malas makan kat tempat org ni. Jalan jam giler waktu balik tu, aku dah berapa kali terlelap bile bangun abang tanyer susur dah merapu. Akhirnyer masuk kat susur keluar jalan duta, pusing la kitorang kat jalan Parlimen tu. Anta k.lang n k.cik n terus balik. Sampai umah kat pukul 1 lebih kot. Perg... penat nyer sampai mata x nak lena. Mengenangkan esokkannyer nak parade aku buat2 la tido. Letih but hepi....
 
The End....
 


 
Selamat hari Raya Aidil Adha. Terima kasih abang terima keluarga orang seadanyer.


Selasa, 7 Oktober 2014

Aidil Adha 2014

Salam,

Kali ni balik raya umah mak kite lagi, tak ade ape yang lebih aku bangga setelah berkahwin ni selain suami aku. Abang banyak tolak ansur sgt angan aku, aku rase ini rezeki juga Allah swt bagi kat aku. Aku yang banyak kekurangan ni banyak dipenuhi dengan kelebihan yang ada pada abang.

Balik raya kali ni kitorang balik ngan adik2 aku yang lain. Last year balik ngan k.cik yer, (click utk baca) kali ni k.lang pun join. Yang susah blk ngan diorg ni ialah diorg ni x nk ikut plan, ikut ati jer buat keje. Huih... Marah ni, lambat. Mula2 mmg la aku plan nak blk lewat dalam kul 2 pagi nak elak jam, tapi k.lang kata die nak blk awal. Disebabkan die adalah penyumbang minyak utk blk kali ni aku setuju la ikut die balik awal. So, i'm taking a leave on that date, Jumaat tu aku duk umah kemas barang. Tapi tertinggal gak beg toileteries aku, abang pasrah jer. HuhUHuhu.... Kena beli berus gg baru. Eh, x abis lagi, merewang jer. So pesan kat diorg 2 nak gerak dalam kul 8, mula2 diorg kata ok, then dalam kul 8 beberapa minit tu k.cik sms kate nak gerak lambat sebab nak kemas bakeri, k.lang pun dah setuju. On that time aku n abang dah kuar pun dari umah nak gerak ke PJ. Geram betul kite. Ok, xpe setuju jer la, sebab abang kata die nak g mkn dulu.

So set jam blk nak gerak dalam kul 9 ke 10 pulak, nape? aritu kalut sangat nak gerak awal ni dah macam makin lewat jer. K.lang pulak nak g Shah Alam ambik baju raye. Adoi.... Xpela, g la dulu abang kata die nak tengok bola dulu. So kitorg 2 lepak kat kedai sampai abis bola, dalam kul 11 la jugak. Dengan hati yang geram terus gerak g ke PJ ambik k.cik n terus nak ambik k.lang n gerak balik. Sampai PJ tukar plan lagi. K.lang belum sampai, n die nak ke Shah Alam pulak lepas ni... Adoi... geram betul dah ni. Klu tahu uolls nak gerak lambat mcm ni baik aku suh abang tidor jer dulu then kul 1 gerak.

Dah selesai semua baru gerak, jam 12 lebih kitorg kuar tol Bukit Jelutong tu sampai kat persimpangan tol Duta dah start jem. Wow... tahun ni sume nak blk raye kat kampung ke? Jalan penuh kot. Tabah jer la, belum sampai kat mane2 dah merangkak, abang pulak dah ngantuk. Udah la die nyer x boleh nak drive, die tido pulak kat belakang tu. Sakit ati kte. Perjalanan blik tu betul2 mengambil masa yang lama, klu biase kitorang balik makan masa dalam 4 jam jer ni dah 2 kali ganda. kitorang sampai tepin kul 8 pagi. Ape lagi benti sarapan la... huhuhu... Best part ever...

Ok... Kene sambung entry lain ni. Dah panjang sangat. Baru sampai Tepin.

Aidil Adha 2014 Part 2

Khamis, 2 Oktober 2014

After 2 Years...

Salam,

Ape punye tajuk la... Wahhahaha.... X leh nak pk tajuk ape dah. Huhhuhu... Its Oktober now, cepat masa berlalu. Dah 2 tahun aku keje cni. November ni genap la tapi x sabar nak tggu. Insyaallah boleh tetap dah lepas ni. Bagi org lain mungkin x membawa apa2 makna sebab walaupun tetap ke kontrak ke tetap xde penambahan kebaikan atau ape2 privilege yang ditambah. Cuma status jer yang bertukar. Tapi bagi aku banyak bezanye. Dulu waktu mula2 nak masuk keje mak ader cakap keje jer dulu insyaallah nnt akan serap dan akan jadi tetap. So aku tggl kan Guardian dengan harapan yang tggi. First year tu jeles jer tgk org lain yang dah lama keje dapat status tu. And now November ni sampai jugak turn aku.

Alhamdulillah, aku syukur dengan ape yang datang, aku terima dengan hati yang terbuka, semoga Allah swt memberi lebih rezki kepada aku and abang. X kira la dari apa segi pun kami syukur menerima.

Harap lepas aku x lupa diri, moga Allah memberi petunjuk dan membimbing aku supaya tidak lupa akan tanggungjawab aku padaNya setelah semua yang aku dapat sekarang.

Amin.