Rabu, 8 Oktober 2014

Aidil Adha 2014 Part 2

Salam,

Sambung part 2 sebab banyak nk cite ni. (Part 1 click untuk baca)

So ari sampai umah mak tu kitorang sambung tido sampai ke tghari n mak ajak g kenduri. Huhuhu, bangun la jugak, lama betul aku x g kenduri kat kampung. Dah lupe bestnyer masakan kampung. So kenduri ni kat Ijok, kitorang g nek keta mak, bagi kuda putih rehat jap sebab petang ni nak gerak balik g umah pah. Seronok kenduri kat kampung walaupun hujan tetap meriah. Kitorang masuk makan kat dalam tepi pengantin. Baru nak suap nasi masuk mulut terus pengantin sampai. Ape lagi, sambil makan sambil dengan orang duk ber kompang la. dekat sangat dah kitorang harap x masuk la dalam gambo kawin pengantin tu. Wahahaaaa..



Sila abaikan dagu yang berlipat tu ek, amacam grand x setting area. VVViiiPPP ni. Hahaha. Ok lah tu lepas makan tengahari. Letih kot nak memasak tu yang ajak abang ikut mak g kenduri. Nasib baik abang on jer.
 
Balik dari kenduri kitorang terus g umah pah, tolong pah buat persiapan raya. Tam dah sampai dulu. Tam adalah mak sedara yang terawal akan sampai tiap2 tahun. Huhuhu, kitorang sebab ramai jadi pergerakan agak perlahan. So arini nak tolong pah buat ketupat daun palas. Hhuhuuhu, sayang x ambik gambar. first batch tu mmg la jadi ketupat betina, pah kate kena buat ketupat jantan. ader beza tau, yang betina tiga segi, macam ketupat yang abang selalu bawak dari Kemaman. Ketupat pah ketupat jantan die panjang ckit bentuknyer. Aduih... rugi betul x ambik gambar.
 
Esokkan nyer tok Wan buat korban. Wahahaha... Tahun ni ader wakil tolong pegang lembu, huhuhu. Tahun ni famly mak aku banyak advantage ckit. Mak sekarang dah boleh berbangga dah, bile nak buat makan-makan besar macam ari raya aji ni mak senang ati ckit ader anak menantu boleh tolong. Tapi aku ngan adik-adik aku lak yang geram, adik kembaq aku baru ting 2 tapi dah kena kerah buat keje. Anak mak sedara aku yang lain anak die duk melingkaq kat depan tv rileks jer duk memanggil adik2 aku. Panggil la anak2 korang, berat biar la sama dipikul. Ini idak, ringan buat sorang2 berat pun buat sorang2. Geram....
 
Esokkan nyer kitorang buat daging panggang untuk daging korban tu, mak buat masak lemak perut. Abang macam x feveret sangat masak lemak perut tu tp tu feveret aku. Wahaha... ape yang x feveret ko tu Zetty. So kitorang gerak balik lewat sebab k.lang la. Well she is born to be lembab utk bergerak. Orang lain dah tggu dalam keta dekat 10 minit dah die duk berlegar2 lagi dalam umah.
 
On the way balik tu singgah Teluk Intan utk anta Ayush. Bagi die makan dulu kat kedai nasi goreng mamak yang nak termuntah aku makan. Lansung x sedap. Aih... ni yang malas makan kat tempat org ni. Jalan jam giler waktu balik tu, aku dah berapa kali terlelap bile bangun abang tanyer susur dah merapu. Akhirnyer masuk kat susur keluar jalan duta, pusing la kitorang kat jalan Parlimen tu. Anta k.lang n k.cik n terus balik. Sampai umah kat pukul 1 lebih kot. Perg... penat nyer sampai mata x nak lena. Mengenangkan esokkannyer nak parade aku buat2 la tido. Letih but hepi....
 
The End....
 


 
Selamat hari Raya Aidil Adha. Terima kasih abang terima keluarga orang seadanyer.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan