Rabu, 28 Januari 2015

Pulau LAngkawi Part 1 : Fly me To Langkawi With Air Asia

Salam,

Huih... Banyak ni part ni nak kene buat. Bia la pendek n ringkas tapi cukup penceritaannyer. Hahaha... Uolls tau x? Ni mesti x tau kan aku first time kot naik kapal terbang. Sob.. Sob... Sedih... So mulakan pengalaman pertama ni terbang dekat2 jer. Agak2 klu landing tu x jerit boleh la naik lagi...

Malam nak gerak tu x leh nak tido, nerbes. Hahaha... Terbang x sampai sejam jer pun tu pun nerbes... Maafkanlah ye... newbie mmg mcm tu. Esoknye kene bangun awal. Nak gerak ke air port seawal 4 pagi.. Banyak sebab ni kene kuar kul 4 pagi padahal flight kul 7. First is abang teksi yang nak anta kitorang yakni suami k.yati yang tggl 1 floor ngan Iza keje. Kul 8 masuk keje. Jadi untuk memudahkan die xpela kitorg susah. Nnt die sangkut dalam jam pulak kan. Keduanyer, plan nak solat kat airport x nak benti2 tepi jalan takut sangkut jam. Haahaha.. Tu je pun...

Pengalaman pertama naik flight ni mmg aku akan ingat sampai bile2. Dulu aku penah cakap kat diri aku sendir, klu betul pun aku nak naik flight for the first time bia la ngan abang. Aku percaya kat die jer... Huhuhu... Walaupun bukan die yang bawak kapal terbang tu....

Sesampainyer di Airport kitorang punggah barang famly Iza... Aku n Abang decided nak bawak beg galas jer sorang 1 sebab x ambik luggage pun. Perlu ke???...



Tumpang tolak jer, n tumpang ambik gambar. Ko hado??? Kul 5 pagi ambik gambo... Huhuhu. Ni troli nak g jer ni penuh ngan barang Dak Faqih...



Atas flight tu aku ingat aku akan menjerit ketakutan, tapi alhamdullillah. Aku kuat upenyer. Hahaha... Muka ader la jugak cuak-cuak tu tapi aku berjaya cover dari abang. Tapi die mesti boleh rasenyer. Sebab aku kan duduk kat atas sayap tu so tiap kali kapal tu manoeuvre nampak la kebelokkan kan aku pun debar lah. Klu x cubit peha abang tangan pun jadi la. Tapi takat tu jela. Hahaha... Klakor lak ingt blk.



Yea.... Sampai dah Langkawi... Seronok nyer. X sabar nak g Shopping... Tapi perut lapa blk ni kene ambik keta sewa n g makan dulu ni.... Nanti sambung Part 2 pulak.

Isnin, 26 Januari 2015

My New Oven

Salam,

Huhuhu... Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia kite x tahu kan. HUhuu... Dapat cabutan bertuah hari keluarga kat opis aritu. Waktu nampak AJK hadiah tu blk dari beli adiah cabutan bertuah mmg aku dah aim oven ni... Xpun dapat basikal, kot2 la boleh kurus.

Waktu ari sabtu tu debar aku tunggu nombor aku naik. Bile dah settle adiah2 kecik ni nombor aku x naik lagi, dalam ati terdetik gak ntah2 aku mmg dapat oven tu... So dengan penuh sabar aku tggu untuk top 20 nyer cabutan. And just after lunch Dato umum nombor aduhai.. mmg sohih2 dapat kan aku. Dengan bangga nyer bangun n ambik. Dato pulak mcm x percaya siap minta no aku nak tgk. Hahaha. Ambik la Dato no ni, saye ambik oven ek. Kite tukar.

Walaupun oven toaster jer aku dah syukur. Bia mula dari kecil ke besar jangan mula2 berlagak gune yang besar tapi x pandai n xde hasil pun. So aku yang bertuah ni akan mula mengasah bakat baking aku... hahaha. Of cos dengan pertolongan K.Cik la.


Ok. So untuk first time nyer, untuk pertama kalinyer aku niat nak baking cake utk abang. Apa lagi google merata cr resepi. Kebetulan aritu along buat kek utk anak2 die, aku pun minta la resepi... Ini resepinyer. Alhamdulillah, resepi along ni senang nak buat. Huhuu. Mlm abang datang tu jugak g beli barang. Kebetulan malam tu Birthday Iza so kite buat 2 ketul la kek tu.


Dan hasil nyer ialah...
Yang cute ni yang along... Hahaha. Tengok apa jadi ngan kek aku... Haahaha... Kelakor... First time buat kek sorang2 ni lah hasilnyer...
Hangit... Hahahaha...... Ok la tu first try. Aku x putus asa ok.. 2 hari lepas tu aku buat muffin lak... Kali ni jadi Ok... Belanja gambar ek....
Before

After
Lepas tu baru tahu... Mmg warna nampak mcm hangit tapi dalam x hangit ok... Sedap.... Nnt boleh la try kek lain pulak... Utk muffin Chocolate Chip tu google jer...

Ok Bye....

Selasa, 20 Januari 2015

Teaser Bercuti di Langkawi...

Salam,

 Ni plan bercuti ngan Iza, nak g Langkawi. Plan dah lama skrg ni baru betul2 serius nak g. Apa lagi cr tiket flight. Tiket flight dah beli hotel dah booking. Untuk aku, aku ade taste aku sendiri untuk hotel. Klu boleh bia la hotel yang bersih, toilet yang bersih, nak gak ader bath tub, klu boleh la... and lastly aku klu boleh bile booking hotel aku akan ambik breakfast.Huhuhu... Bukan selalu dapat breakfast kat hotel.

Mmg niatnyer nak jimat ckit nak cr hotel or resort yang murah tapi bile review rase macam teruk jer hotel tu. So setelah mengambil masa lebih kurang hampir sebulan googling, aku pun tanyer iza ttg hotel ni, De Baron. Review tu ader gak yang kurang enak tapi at least ader la breakfast n agak murah.

Sebenarnyer kitorang dah terlepas offer yang best so ini hotel yang kitorag pilih setelah pertimbangkan banyak benda...

Tiket fllight esok. Kul 7 pagi so sekarang ni tengah counting la... Aku ingat aku teruk dah upe2nyer yang lagi 2 org tu lagi teruk. Sampai ambik cuti nak g bercuti. Kemas baju katenyer. Ok la tu. Excited... Janji korang bahagia...

Tunggu aku blk aku review pasal cuti tu ek. Bagi aku n abang pegi Langkawi kali ni untuk mengibau kenangan Honeymoon dulu. Boleh baca kat cni... Honeymoon Langkawi Part 1. Tapi jangan judge pulak, time tu kurus lagi tau...

So tggu cerita kami Langkawi 2015....

Doakan perjalanan kami supaya selamat sampai dan berjalan lancar. Amin.

Doakan juga Rehan selamat melahirkan baby 1st die... Amin. Moga dipermudahkan.

Sabtu, 17 Januari 2015

Wishlist 2015

Salam,

Huhuhu... Suka buat entry ni. Tahun lepas dari 9 benda yang aku nak 6 daripadanya dah dapat so tahun ni carried forward mana yang tak dapat and tambah mana yang berkenan. Hahaha.

1. Bawak dari tahun lepas ni, nak kamera yang jenis DSLR tu. Walaupun tak pandai sgt guna tapi bile dah ada boleh belajarkan. Ramai kata kamera jenis ni susah nak bawak melancong baik beli kamera digital jer, senang. Tapi aku nak jenis ni, huhuhu... saja. tapi kalau rezeki dapat yang digital jer aku still anggap wishlist ni dah dapat.

2. Nak TV Flat Screen. Hahaha... Duniawi betul... Bukan apa sekarang ni guna tv iza, nak tv jenis lama. So teringin lak nak tengok tv guna flat screen... Tapi rase macam nak jugak... Hahaha...

3. Nak mixer kek, maklumlah dah dapat Oven cabutan bertuah. Huhuhu... baru mantap buat kek lepas ni... Jangan tak percaya ok...

So, senarai ni baru takat ni. Senarai ni akan bertambah ni cumanyer time by time la. Skrg ni biar setakat ni dulu. Nak letak baby dalam wishlist mcm x patut pulak. Baby bukan barang, bukan takat nak wish2 lagi dah. Baby mmg nak sgt2 x kira pa jadi. huhuhuhu.

Ok setakat tu jer.

Amin...

Sabtu, 3 Januari 2015

Maulud Nabi 1436H

Salam,

Selamat Menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad saw. So arini bangun awal sebab detail perarakan Maulud Nabi kat Putrajaya. Ramainyer orang MasyaAllah. Aku sampai seawal 6.30 pagi ngan k.cik. Terus jumpe Ustaz Don. Dalam kul 9 lebih selesai semua. Terus balik opis sambung ot kejap... Huuhuhu... triple ok?... Sape xnak.






 Bergambar dulu sebelum masuk baris. Group kami dalam baris kedua tapi last sekali.


 GAmbar dalam tv. K.cik tolong ambik. nampak gemuk kate nyer. Tapi yang atas tu kuruih jer... hahaha.







 Dah abis belarak so ape lagi... Picture time... Ngan En Saleman pun ader tau.



 Sempat lagi ambik gambar kat kereta berhias org lain. Ni Jabatan Penjara punya.... Tumpang ye Encik2 sekalian....

Diharap tahun ni membawa lebih keberkatan...

Amin....

Khamis, 1 Januari 2015

Azam Baru 2015

Salam,

Selamat Tahun baru. 2015 ni tahun barunyer xde beza dengan sebelum ni. Macam tu jer.. Atas katil.. Hahaha. So azam tahun ni, sama mcm tahun lepas jugak... Senget la ko zetty x mampu nak setlekan azam yang lepas2. Dah tu buat apa buat azam... Erm... Habit kot. Tetapkan azam setiap tahun tapi bukan utk capai tapi utk peringatan jer. So here it is.

1. Sama mcm tahun lepas. Isu ni sebenarnya kene tanya abang. Berjaya ke x aku jadi isteri yang baik, yang bertolak ansur and tidak menyusahkan suami. Untuk aku yang beremosi ni mcm x berjaya jer. Aku yang terlalu outspoken ni mmg ssh ckit. Jadi bile aku rase benda tu x kene kat mata aku mmg aku lontar jer. Even kat abang. But aku boleh bertolak ansur klu isu boleh ditolak ansurkan but most of the time i win. Tapi kebelakangan ni aku maybe berubah ckit, bile aku geram or tak puas hati aku lebih suka berdiam diri. Tapi kesudahannya aku makan hati sebab abang x faham apa yang jadi n die akan buat mcm biasa. Ada time nyer aku biarkan ada time nyer aku akan tanya blk.

2. Simpan duit banyak-banyak. Memang la duit tu duniawi tapi we need money to accomplish some of later thing. Utk aku yang badan makin naik baju makin ketat ni, aku perlukan duit untuk beli baju yang lebih sopan dan boleh menutup kelemahan aku ni. Huhuhu.. So harus kumpul duit. Tahun lepas kumpul duit utk beli barang wishlist, disebabkan banyak jugak wishlist tahun lepas berjaya diperolehi so tahun ni kumpul duit utk tujuan lain.

3. Kurangkan berat badan. Kurangkan berat badan bukan sebab nak nmpak cantik, bukan sebab nak lebih bergaya tapi utk aku mengandung. Aku tak tahu samada aku jadikan berat ni sebagai penyejuk hati aku. Aku pujuk ati aku yang aku tak mengandung lagi sebab aku still gemuk. Bukan aku tak bersungguh-sungguh nak mengandung tapi bile aku kecewa setiap bulan aku beralih kepada makanan utk tenang kan hati aku balik. So tahun ni azam tu still membara-bara, cuma harap sgt semuanyer jadi kenyataan.

Harap sangat orang sekeliling faham dan menyokong azam utk tahun 2015 ni...

Amin....