Sabtu, 17 Januari 2015

Wishlist 2015

Salam,

Huhuhu... Suka buat entry ni. Tahun lepas dari 9 benda yang aku nak 6 daripadanya dah dapat so tahun ni carried forward mana yang tak dapat and tambah mana yang berkenan. Hahaha.

1. Bawak dari tahun lepas ni, nak kamera yang jenis DSLR tu. Walaupun tak pandai sgt guna tapi bile dah ada boleh belajarkan. Ramai kata kamera jenis ni susah nak bawak melancong baik beli kamera digital jer, senang. Tapi aku nak jenis ni, huhuhu... saja. tapi kalau rezeki dapat yang digital jer aku still anggap wishlist ni dah dapat.

2. Nak TV Flat Screen. Hahaha... Duniawi betul... Bukan apa sekarang ni guna tv iza, nak tv jenis lama. So teringin lak nak tengok tv guna flat screen... Tapi rase macam nak jugak... Hahaha...

3. Nak mixer kek, maklumlah dah dapat Oven cabutan bertuah. Huhuhu... baru mantap buat kek lepas ni... Jangan tak percaya ok...

So, senarai ni baru takat ni. Senarai ni akan bertambah ni cumanyer time by time la. Skrg ni biar setakat ni dulu. Nak letak baby dalam wishlist mcm x patut pulak. Baby bukan barang, bukan takat nak wish2 lagi dah. Baby mmg nak sgt2 x kira pa jadi. huhuhuhu.

Ok setakat tu jer.

Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan