Selasa, 1 Julai 2014

IKEA Family Kad....

Yea..Yea... Semalam dah dapat kad ikea. Sebelum ni guna yang temporary jer. Hamboi zetty, ko beli ape yang banyak sgt tu sampai buat kad... Sebenarnya, aku xla pegi sgt beli barang kat IKEA ni, sbb nk ke sana mcm 'jem' jer. dok rok chetong la nk tunggu dalam keta. penah gak g sne waktu cuti, nk dapat parking kene pusing dekat 2 jam... huhuhu.. Nasib baik Si fatihah ade teman, klu x mati kutu aku dalam keta. ader yang balik mcm tu jer.



Aku suke g sne beli 1 barang ni. Tiap kali ader jer member nak kawin aku mesti beli hadiah ni sebab affordable and kotak die besar barang lak berat... hahaha... sebab tu jer. supaya hadiah kawin tu nnt nampak besar n berat. Barangnyer ialah.... jeng... jeng...jeng.... Floor Lamp yang mengerikan tapi affordable. Nape aku mengerikan, sebab bentuk die x cantik... klu org tu jenis penakut die mesti nmpak mcm pocong mlm2... Hahaha... Tapi lampu ni tggi tau... memang pencahayaan die penuh 1 bilik. Harga die dalam RM39.90. Maaf la kawan2 klu adiah ni murah jer tp ini jer yang aku mampu bagi... huhuhu.

Ehsan dari IKEA...
Ok berbalik kepada famly Kad IKEA tadi. sebelum ni aku guna yang temporary punya. kad biase jer. x cantik mana pun. Xde nilai kesenian pun. So, buat kadni free jer. Ko g kat booth die yang dalam IKEA tu, ko register jer. terus die print bagi kat ko. So rupa kad tu mcm ni yer... Kad ni dah buruk tau sebab aku simpan ikut suke ati jer kad mane2 pun.


So dari kad ni klau nak tukar ke kad permanent die ader caranyer. korang x yah bayar pun. All you need is spend money at IKEA. Kena belanja RM 200 lepas tu Temporary Member Card ni akan automatik tukar kepada permanent. Mcam yang saye punye....



Banyak tau kelebihan kad ni. Antaranya,
(1) Keahlian tetap seumur hidup.
(2) Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih. This one, aku dah dapat promotion leaflet promosi harga ahli.
(3) Peroleh Mata Bonus untuk menebus baucar.
(4) Peroleh 3X Mata Bonus pada bulan hari lahir anda. (urusniaga pertama sahaja)
(5) Nikmati minuman percuma dan hidangan FAMILY berdiskaun di Restoren.

1 ulasan: