Selasa, 30 Disember 2014

Nasi Ayam Uncle Jack

Salam,

Ni cite minggu lepas, kitorang adik beradik kuar g jalan n g makan. First bawak kembaq g GM Klang cari barang birthday Syafi. Itu kite story nnt. Ni nak cite outing ngan sisters is fun but tired. Giler penat. X g mane pun g GM Klang n g Shah Alam jer. Outing kali ni penuh keta ok, K.Cik drive , Kakak kat depan, kat belakang K.Lang, Aku n Adik... Perg... sesak wei...

Keta penuh, menjerit minta ampun keta tu.,.. hahaha. Tapi kami berjaya sampai ke destinasi. Kat GM tu beli jam Kembaq n K.Lang beli adiah kawin untuk member die. Klu g banyak duit mmg best la. Then rase lapa lak, pikir punya pikir x tahu mkn kat mane. K.Lang ajak g Shah Alam nak cari ubat abah..

Kat Shah Alam la cite ni bermula, kitorang jumpa Nasi Ayam Uncle Jack... Ini mesti jd feveret kembaq lepas ni n value utk org yang bayar (K.Lang).. hahaha.... Best gak set die, murah betul... Nasi ayam die pun sedap... Kalau untuk family yang ramai mungkin x mampu nak makan KFC boleh la try Nasi Ayam Uncle Jack ni. Berpatutan.... Cer tengok menu set die...






Berpatutan kan... best ni... Rasenyer outlet ni ader kat Giant jer ni... Next time boleh cari lagi... Thank you K.Lang belanja kitorang makan... Luv u... Huhuhu


Rabu, 24 Disember 2014

Final AFF Suzuli Cup (Malaysia VS Thailand) Stadium Bukit Jalil

Salam,

Tetibe lak gile bola. Huhuhu... Layan kan aje la. Ini kejadian sabtu lepas, aku g tengok bola kat Stadium Bukit Jalil ngan abang. Ini mmg the best event to closing my 2014. Syok habaq ang. Hahaha... X de ape pun yang dingomel kan just to express thankfull yang abang sanggup nak bwk g jer. Hehehe. Xdela abang tu kejam sangat x bawak ke ape just kali ni mmg ambik risiko la kot ckit bawak g tempat yang sesak mcm ni and anything could happen. Dulu penah tanye abang nak bwk x g tgk bola kat stadium klu org nak ikut? Jawabnyer " bawak tapi g game yang kecik jer la. Game yang x ramai org." Huhuhu. Yes he did bring me to the stadium, tahun 2012 kot x silap. Waktu tu terengganu lawan ape ntah. Main kat stadium Shah Alam. Bukan final pun. Hahaha

Ape-ape pun terima kasih abang. Ini kenangan orang paling best tahun. Nah ambik layan gambar. Banyak gak gambar aku snap tapi pudar2 ckit la...

Huhuhu Comel x pakai jersi... Jangan jeles.






Jumpe jugak member2 abang. Memang ada merata-rata la diorang ni....

Isnin, 15 Disember 2014

Semi Final Malaysia VS Vietnam (Stadium Shah Alam) Part 2

Salam,

Sambung cite lepas. Tengok bola sambil berdiri. Bukan berdiri lagi dah tahap terjengket- jengket tau... Kebas kaki. Dah la duk atas, bola nampak kecik jer... Walaupun aku x faham sgt tp yang penting tu semangat tau.

Tapi, tula kan mentang2 kite x pandai diorg xnak bagi ruang langsung untuk kite tgk.. Hahaha... Emo lak. First gol Malaysia tu aku x nmpak pun masuk macam mana. Maklumlah berdiri belakang sekali. Bile gol semua org angkat tangan lagilah aku x nampak... Yang aku tahu dah gol sebab semua org terjerit2...
And the best part is aku terdengar laungan dari Geng Ultras Malaya tu... Perh... seram sejuk aku rase... Kuatnyer tahap 1 stadium dengar...

Rupe2nyer aku lambat, diorg buat perarakan masuk stadium sambil nyanyi... Hahaha... Ampunilah aku yang jakun ni... So there goes Malaysia first and only goal... Goal lain semua aku nampak la sebab gol lain semua separuh masa kedua... Aku dah dapat tempat kat depan setelah penat mencelah. Hahaha...

Overall, bagi aku ni pengalaman yang menarik. And I'm a bit worried becos aku rase macam aku dah giler nak tengok bola kat stadium lagi.. Huhuhu..

And for this final match between Malaysia and Thailand, aku akan cuba dapatkan ticket. By hook or by crook... hahaha....




Ahad, 14 Disember 2014

Bermalas-malasan.....

Salam,

Ahad ni rase letih sgt... x tahu nape rase mcm ni. Badan mmg x chat, maybe sbb smlm sepagi duk tgh panas. Bukan nak manje2 tapi mmg betul2 x larat. Ikutkan nak g keje jap arini sbb nak kumpul Tnt untuk g Langkawi nnt, tp mmg x leh nak drive. Dalam hati mmg ade sedikit kekesalan. Kepla otak ade sedikit keraguan n dah mula pk bukan2. Klu lah abang ader mesti still boleh g opis kejap.

Bile dalam keadaan mcm ni mula rase kesian dengan diri sendiri bile xde sape nak tlg atau nak layan kite. Sedih... mula dtg perangai buruk. Rase nak baring n xnak buat ape2. Padahal byk bende nak kene buat, kain x lipat, lantai x sapu x mop, bilik x kemas. Ape guna abis kan duit beli mop benda bagai. Erm....

The best way to spend this awful sunday dengan berbaring sepanjang hari n main game the sims yang dah lama outdated ni.

Jumaat, 12 Disember 2014

Semi Final Malaysia VS Vietnam (Stadium Shah Alam) Part 1

Salam,

Huhuhu... Lama x menaip disini... Hati sedikit terluka but i'm recovering. Kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. So last month x berjaya. Huhuu... Gile sekejap but after jatuh terduduk now aku dah bangun balik. Hoping for the best untuk hari2 mendatang.

So untuk pengubat duka, Abang datang la cuti lama ckit kat cni ngan aku. Then ape lagi banyak la plan yag aku dah rancang. Kebetulan Adik n kakak (kembaq) datang n stay kat umah aku. Semua ni boleh mengalihkan tumpuan aku ckit. Xde la nak meroyan jer kan. Hahaha...

First, Aku beli tiket bola Piala AFF Suzuki yang main kat Stadium Shah Alam on 7 of Disember aritu... Aku beli online jer tiket tu. So nak cite ckit pengalaman aku tengok bola kat stadium... This is not my first time watching bola at stadium. Tapi first time for big match.

Tiket online yang aku beli ni rumit ckit... dah beli online kene g tebus tiket tu lak utk bola yang mcm beli kat stadium tu. Aku dah cakap kat abang yang kite kene g tukar awal. X tahukan ape yang jadi klu tukar lambat, dah ajak tapi abang x nak g. Katenyer boleh jer tukar malam game tu nnt pegi awal la ckit. Katenyer la... Geram gak kite. Aku lak yang lagi bersemangat dari die.Tapi disebabkan xnak derhaka ikutkan ajer... Huhuhu

Pada hari kejadian, kitorang dah plan nak g naik moto k.cik jer n tggl kembaq kat bakery K.Cik, Ayush pun ader nak anta g kerja terus la. Tapi kite hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Bateri kereta kong. Time2 tu la kan nak kong.... so dari kul 5 ke pukul 7 duk godek keta je la... Melayang rm200 untuk bateri yang kebetulan xde kedai lain yang buka kecuali kedai yang aku beli tu jer.

Ermmm... Dah terlambat nak anta Ayush g keje. Ayush masuk petang kul 6. So die EL la. And for both of us, mmg masuk stadium lambat la... Mujur otw g tukar motor kat K.Cik jalan sgt x jem. Apo lagi nyer dah tukar motor pecut la g stadium.

One thing yang aku n abang penin, tiket online ni nak tukar mane. Diorg just stated kat ctu tukat kat stadium. Bile g kat pintu masuk tu die suh g Melawati... Jauh ooo nak menapak cos dah dapat parking yang cun so kitorg decided jalan kaki jer la cr. Peluh ooo... Dah tukar tiket baru masuk..




Tapi dah lambat sangat la so x dpt tempat duduk kene diri jer...

Perg... panjang lak jadinyer entry ni sambung part 2...

Khamis, 13 November 2014

Two Week Waiting

Salam,

This 2 weeks waiting is a painful experiences. Seriusly, aku x boleh nak pk ape yang aku dah buat dlm masa 2 minggu ni.

Simtom2 yang ada aku assume tu simtom pregnancy. Aduh, x cukup tabah untuk semua ni. And, if aku period mesti aku jatuh terduduk lagi.

Orang cakap anak ni rezeki, mungkin belum rezeki lagi tu katenye. Harap aku bertabah la atas dugaan ini. Deep down in my heart i'm praying that all of my desires will be happening. Harap bulan ni ader berita gembira utk kami suami isteri.

Amin.

Tempoh menunggu sebelum upt test : 2 days

Rabu, 5 November 2014

Test... test....

Salam,

Beli tepon baru. Huhuhu.... So nak try blogging gune phone.
Huhuhu... lets try.

Selasa, 4 November 2014

Berserah Bukan Pasrah

Salam,

Alhamdullilah, aku rase diri aku bertuah sebab ada suami yang sentiasa menyokong aku. Bila mengenangkan kawan2 sekeliling ramai yang dah ade rezeki mengandung aku teringin jugak. Tapi buat masa sekarang ni menstabilkan hormon adalah penting. Jadi aku tidak digalakkan untuk menstresskan diri aku. Namun, apakan daya aku hanya insan yang lemah.

Aku jenis seorang yang akan sentiasa fikir tentang masalah aku. Yes, itu aku. Aku selalu besarkan perkara yang kecil sebab bagi aku perkara tu perkara besar. Sekarang ni aku berada dalam keadaan yang sangat stress. Ramai org sekeliling aku yang mengandung, and along pulak baru bersali anak ke 3. Masa berlalu pantas, tapi rezeki tu belum menyebelahi aku. Buat masa sekarang ni aku hanya berserah pada tuhan untuk mengurniakan aku rezeki anak tu.

Ya Allah, aku berasa sunyi tggl sendirian. Bilakah aku akan dapat tinggal bersama suamiku? Dapatkah aku mengandung dan melahirkan anak dari keturunan suami ku? Bilakah aku akan berada dalam suasana keluarga dalam rumah yang kami idamkan? Besar dugaan Mu Ya Allah. Aku akan bersabar, berusaha dan berserah kepada Mu. Aku merayu tunaikanlah permintaan hambaMu ini. Hanya pada Mu aku berharap dan berserah.

Amin.

Jumaat, 24 Oktober 2014

New Edition to Famly Hj Dean

Salam,

Alhamdulillah, new edition to Hj Dean famly. Along selamat melahirkan baby gurl. Kata k.cik baby ni mcm syafaatul. Panjang x muat selimut. Muka bulat, huhuu... Semua anak2 along versi muka abng emi. Bertuah sungguh kan. Rezeki diorg.

Semoga jadi anak yang mendengar kata n cemerlang dalam hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Rabu, 22 Oktober 2014

Cara nak buat label barang2 di dapur

Salam,

Lama x mengemas rumah, so hujung minggu ni aku luang masa ckit kemas rumah terutamanya dapur. Niatnyer nak punggah semua barang kat dapur tu semua barang dalam almari n stor n susun balik. Untuk barang2 dapur pulak nak buat label. So first step nyer ialah nak buat label dulu.

Aku dah kemas ckit2 dah ari tu so ingat la ckit2 ape yang ada kat dapur tu. So aku buat label la dulu.

Mula-mula uollss kena senarai dulu barang yang nak ader pelekat tu. Cari semua barang yang nak dilabelkan tu letak sebelah. Nnt bile label dah siap senang nak lekatkan terus.

Ok. Then aku mulakan la misi cari templete yang comel2. Aku nak yang warne pink.. Gugurl sgt... ni yang aku buat... Boleh la... X la cantik tapi tercapai la tujuan nak buat label ni...





 
 
Banyak sangat pulak aku buat, penat pulak nak gunting. Label ni aku print atas ketas stiker tapi nak bagi berkilat aku lekat ablk atas silotape jernih. Kat bekas ni nak letak kat dapur so kite kena make sure label x rosak bile kena air. So cover dengan silotape ialah cara plg murah... huhuu... Label pun nampak berkilat sikit. Kan cantik...
 

Nampak beza sikit kan. x la sangat tp ade bezanyer. Pastu gunting dengan kasih sayang. Nila hasilnyer... huhuhu. Gigih betul kan..

Ok. Comel x bekas spice aku. Mmg aku beli yang kecil2 jer. Aku bukan nyer masak sangat pun. Tapi bile tengok dapur org lain lengkap aku pun teringin. Biar la kecil pun, janji ader.... Bile dah lekat stiker jadi mcm ni la... Bekas yang penutup pink nampak ciut jer ngan label yang lain so - so jer.



Disebabkan dapur aku kecil & cute aku ngan abg decide utk letak dapur masak kat bahagian luar dapr. Tapi kat tempat aku ni, byk umah yang letak dapur die kat ruang luar side belakang ni. Pengudaraan pun bagus n sini jer tempt yang x mengganggu sangt. Bekas spice ni aku letak atas rak ni, rak ni beli kat Mr. DIY jer. Murah jer.

So ini lah kisah dapur kecil aku. Ini baby step yang aku ambil untuk cantikkan umah... HUHUHU... Semoga kerajinan berpanjangan.



Sabtu, 11 Oktober 2014

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik

Lirik Lagu Selimut Tetangga - Republik
Bersabarlah sayang aku akan pulang

Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/09/lirik-lagu-selimut-tetangga-republik.html#ixzz3FoUdoCvo

Khamis, 9 Oktober 2014

How Can I Lose Some Weight

Salam,

Aku dah gemuk, macam mana nak buat ni? Berat bukan makin turun, tapi makin naik. Huawaaaa.... Macam mana ni? What to do? What to do? Aku yang jenis x suke berjoging so mmg akan sgt lambat la klu aku nak turun berat badan. Joging la paling susah dalam kehidupan seharian aku. Klu aku rajin dah lama dah aku kurus. Sekarang ni aku dah masuk ketegori obes. Oh my, what to do nih?

Buat masa sekarang ni aku kawal makan, aku tengah try untuk x nak makan nasi buat sementara waktu ni. masuk ari ni dah 3 ari aku x makan nasi. Tapi aku still makan makanan yang berasaskan tepung which mean datang dari dari beras jugak. Oh my, salah cara ni. X nak makan nasi tapi makan tepung yang juga dtang dari asas yang sama.

Ok2, aku akan tgglkan tepung juga. Huhuhu... Azam konon. Harap2 kali ni menjadi la diet aku ni. Ineed to lose some weight. Really need it. Abang dah start tunjukkan belang. Wahaha.... Die sokong upenyer aku diet. Mungkin dah nampak hodoh pada pandang mata... Huhuhu. sangkaan aku jer tu. So diet kali ni aku buat dengan izin suami. Insyaallah by the time kite jumpe akan ade sedikit pengurang berat.

Abang kate usaha tu yang penting bukan berapa banyak berat yang kurang jadi ukuran. Jangan pk nak kurangkan berat sebab nak cantik pk untuk sihatkan diri. Kite usaha sama2 yer abang.

Buat masa ni baru start dengan pemakanan. belum ader cara lain lagi. Balik umah jarang2 gak aku buat sit up dengan lunges. Boleh tegang urat, tibe2 nak senaman. Tapi insyaallah aku nak cube jadikan habit. Insyaallah. Harap kali ni aku lebih nekad dan usaha aku ni membuahkan hasil.

Amin....

Rabu, 8 Oktober 2014

Aidil Adha 2014 Part 2

Salam,

Sambung part 2 sebab banyak nk cite ni. (Part 1 click untuk baca)

So ari sampai umah mak tu kitorang sambung tido sampai ke tghari n mak ajak g kenduri. Huhuhu, bangun la jugak, lama betul aku x g kenduri kat kampung. Dah lupe bestnyer masakan kampung. So kenduri ni kat Ijok, kitorang g nek keta mak, bagi kuda putih rehat jap sebab petang ni nak gerak balik g umah pah. Seronok kenduri kat kampung walaupun hujan tetap meriah. Kitorang masuk makan kat dalam tepi pengantin. Baru nak suap nasi masuk mulut terus pengantin sampai. Ape lagi, sambil makan sambil dengan orang duk ber kompang la. dekat sangat dah kitorang harap x masuk la dalam gambo kawin pengantin tu. Wahahaaaa..



Sila abaikan dagu yang berlipat tu ek, amacam grand x setting area. VVViiiPPP ni. Hahaha. Ok lah tu lepas makan tengahari. Letih kot nak memasak tu yang ajak abang ikut mak g kenduri. Nasib baik abang on jer.
 
Balik dari kenduri kitorang terus g umah pah, tolong pah buat persiapan raya. Tam dah sampai dulu. Tam adalah mak sedara yang terawal akan sampai tiap2 tahun. Huhuhu, kitorang sebab ramai jadi pergerakan agak perlahan. So arini nak tolong pah buat ketupat daun palas. Hhuhuuhu, sayang x ambik gambar. first batch tu mmg la jadi ketupat betina, pah kate kena buat ketupat jantan. ader beza tau, yang betina tiga segi, macam ketupat yang abang selalu bawak dari Kemaman. Ketupat pah ketupat jantan die panjang ckit bentuknyer. Aduih... rugi betul x ambik gambar.
 
Esokkan nyer tok Wan buat korban. Wahahaha... Tahun ni ader wakil tolong pegang lembu, huhuhu. Tahun ni famly mak aku banyak advantage ckit. Mak sekarang dah boleh berbangga dah, bile nak buat makan-makan besar macam ari raya aji ni mak senang ati ckit ader anak menantu boleh tolong. Tapi aku ngan adik-adik aku lak yang geram, adik kembaq aku baru ting 2 tapi dah kena kerah buat keje. Anak mak sedara aku yang lain anak die duk melingkaq kat depan tv rileks jer duk memanggil adik2 aku. Panggil la anak2 korang, berat biar la sama dipikul. Ini idak, ringan buat sorang2 berat pun buat sorang2. Geram....
 
Esokkan nyer kitorang buat daging panggang untuk daging korban tu, mak buat masak lemak perut. Abang macam x feveret sangat masak lemak perut tu tp tu feveret aku. Wahaha... ape yang x feveret ko tu Zetty. So kitorang gerak balik lewat sebab k.lang la. Well she is born to be lembab utk bergerak. Orang lain dah tggu dalam keta dekat 10 minit dah die duk berlegar2 lagi dalam umah.
 
On the way balik tu singgah Teluk Intan utk anta Ayush. Bagi die makan dulu kat kedai nasi goreng mamak yang nak termuntah aku makan. Lansung x sedap. Aih... ni yang malas makan kat tempat org ni. Jalan jam giler waktu balik tu, aku dah berapa kali terlelap bile bangun abang tanyer susur dah merapu. Akhirnyer masuk kat susur keluar jalan duta, pusing la kitorang kat jalan Parlimen tu. Anta k.lang n k.cik n terus balik. Sampai umah kat pukul 1 lebih kot. Perg... penat nyer sampai mata x nak lena. Mengenangkan esokkannyer nak parade aku buat2 la tido. Letih but hepi....
 
The End....
 


 
Selamat hari Raya Aidil Adha. Terima kasih abang terima keluarga orang seadanyer.


Selasa, 7 Oktober 2014

Aidil Adha 2014

Salam,

Kali ni balik raya umah mak kite lagi, tak ade ape yang lebih aku bangga setelah berkahwin ni selain suami aku. Abang banyak tolak ansur sgt angan aku, aku rase ini rezeki juga Allah swt bagi kat aku. Aku yang banyak kekurangan ni banyak dipenuhi dengan kelebihan yang ada pada abang.

Balik raya kali ni kitorang balik ngan adik2 aku yang lain. Last year balik ngan k.cik yer, (click utk baca) kali ni k.lang pun join. Yang susah blk ngan diorg ni ialah diorg ni x nk ikut plan, ikut ati jer buat keje. Huih... Marah ni, lambat. Mula2 mmg la aku plan nak blk lewat dalam kul 2 pagi nak elak jam, tapi k.lang kata die nak blk awal. Disebabkan die adalah penyumbang minyak utk blk kali ni aku setuju la ikut die balik awal. So, i'm taking a leave on that date, Jumaat tu aku duk umah kemas barang. Tapi tertinggal gak beg toileteries aku, abang pasrah jer. HuhUHuhu.... Kena beli berus gg baru. Eh, x abis lagi, merewang jer. So pesan kat diorg 2 nak gerak dalam kul 8, mula2 diorg kata ok, then dalam kul 8 beberapa minit tu k.cik sms kate nak gerak lambat sebab nak kemas bakeri, k.lang pun dah setuju. On that time aku n abang dah kuar pun dari umah nak gerak ke PJ. Geram betul kite. Ok, xpe setuju jer la, sebab abang kata die nak g mkn dulu.

So set jam blk nak gerak dalam kul 9 ke 10 pulak, nape? aritu kalut sangat nak gerak awal ni dah macam makin lewat jer. K.lang pulak nak g Shah Alam ambik baju raye. Adoi.... Xpela, g la dulu abang kata die nak tengok bola dulu. So kitorg 2 lepak kat kedai sampai abis bola, dalam kul 11 la jugak. Dengan hati yang geram terus gerak g ke PJ ambik k.cik n terus nak ambik k.lang n gerak balik. Sampai PJ tukar plan lagi. K.lang belum sampai, n die nak ke Shah Alam pulak lepas ni... Adoi... geram betul dah ni. Klu tahu uolls nak gerak lambat mcm ni baik aku suh abang tidor jer dulu then kul 1 gerak.

Dah selesai semua baru gerak, jam 12 lebih kitorg kuar tol Bukit Jelutong tu sampai kat persimpangan tol Duta dah start jem. Wow... tahun ni sume nak blk raye kat kampung ke? Jalan penuh kot. Tabah jer la, belum sampai kat mane2 dah merangkak, abang pulak dah ngantuk. Udah la die nyer x boleh nak drive, die tido pulak kat belakang tu. Sakit ati kte. Perjalanan blik tu betul2 mengambil masa yang lama, klu biase kitorang balik makan masa dalam 4 jam jer ni dah 2 kali ganda. kitorang sampai tepin kul 8 pagi. Ape lagi benti sarapan la... huhuhu... Best part ever...

Ok... Kene sambung entry lain ni. Dah panjang sangat. Baru sampai Tepin.

Aidil Adha 2014 Part 2

Khamis, 2 Oktober 2014

After 2 Years...

Salam,

Ape punye tajuk la... Wahhahaha.... X leh nak pk tajuk ape dah. Huhhuhu... Its Oktober now, cepat masa berlalu. Dah 2 tahun aku keje cni. November ni genap la tapi x sabar nak tggu. Insyaallah boleh tetap dah lepas ni. Bagi org lain mungkin x membawa apa2 makna sebab walaupun tetap ke kontrak ke tetap xde penambahan kebaikan atau ape2 privilege yang ditambah. Cuma status jer yang bertukar. Tapi bagi aku banyak bezanye. Dulu waktu mula2 nak masuk keje mak ader cakap keje jer dulu insyaallah nnt akan serap dan akan jadi tetap. So aku tggl kan Guardian dengan harapan yang tggi. First year tu jeles jer tgk org lain yang dah lama keje dapat status tu. And now November ni sampai jugak turn aku.

Alhamdulillah, aku syukur dengan ape yang datang, aku terima dengan hati yang terbuka, semoga Allah swt memberi lebih rezki kepada aku and abang. X kira la dari apa segi pun kami syukur menerima.

Harap lepas aku x lupa diri, moga Allah memberi petunjuk dan membimbing aku supaya tidak lupa akan tanggungjawab aku padaNya setelah semua yang aku dapat sekarang.

Amin.

Khamis, 25 September 2014

Rindu kat Dia

Salam,

Penyakit 'M' semakin membesar dalam diri. Bahaa... Malas nak update blog, malas nak g keja, malas nk kemas uamah, malas nak buat apa-apa. Nak lentang depan tv atas toto celah ketiak tok laki jer... Oh.. Heaven... huhuhu...

Minggu ni abang tak datang, jadinya sangat bosan la. Arini ari khamis dah start rindu kat abang. Selalu ari khamis ni paling best. Mood ceria jer, x moody pun. But this thursday macam ari isnin. Xde apa-apa yang sepecial.

Abang, rindunyer, abang kat oversea tu jangan nakal2... ari2 orang akan anta gambar kawin supaya abang ingat kat org... wahaaa.... Actually abang g rombongan kat Vietnam jer pun ngan geng opis die. Tapi nape wat hujung minggu? hujung minggu kat time abang spend masa ngan org... Huih... x aci ni... G Vietnam x bawak org... Majuk la... X payah nak sogok apa-apa. Org nak majuk...Hahaha...

Rindunyer, minggu raya haji baru boleh jumpa abang. Lambatnyer waktu bergerak... cepat la raya haji datang x sabar nk jumpa abang n balik kampung orang... huhuhuhu...

Abang jaga diri tau, risau org bile abang g jalan x ajak orang... huhuu...

Ok lah, tu jer nak cite...

Rabu, 17 September 2014

TERBANG TUNDUK BY FYNN JAMAL (LIRIK)


TERBANG TUNDUK BY FYNN JAMAL

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu
Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Akhirnyer.... Harapan Menggunung

Salam,

Akhirnyer period juga setelah tunggu hampir 3 bulan, to be exactly 101 days. Dengan hadir nyer cik "p" telah menambahkan harapan aku. Harap sangat lepas ni akan ok balik. Stress ok tunggu period. Bagi aku yang sangat2 teringin nak mengandung ni mmg itu adalah masalah utama. Sebab setahu aku, you need to have a very rugular period. Period ni juga tanda your ovary is ovulating. When you ovulating then the egg will come out then fertilised with sperm.. Baru la hasilnyer menagndung.

Sebab tu aku sangat berharap aku boleh regularkan balik period aku, x regular sangat pun xpe just at least biar aku period setiap bulan.

So sekarang ni after 3 full mont aku x period then bile period aku pulak dah jadi sedikit risau. Heavy folwing tu mmg dah agak tapi lama nyer period kali ni buat aku jd cepat letih. Pada hari ke 11 ni period masih lagi heavy flow. Fuh... Aku dah sedikit cuak sebenarnya, tapi abang cakap sekarang ni bia kan jer, jangan ambik pot sangat. nnt stress pulak, terganggu pulak.

Jadi makanyer aku tengah bertabahlah untuk mengharungi semua ni. Tapi apa pun aku dah bersemangat ckit, at least aku dah period. Lepas ni boleh la aku usaha dengan lebih kencang. huhuhu...

 'Ya Allah, Kau tabahkan lah aku untuk mengharungi ujianmu. Aku yang lemah dan hanya berharap padaMu Ya Allah. Kau yang maha Pemurah kurniakan lah kepada ku anak yang sihat, sempurna tubuh badan dan akal kepadaku.'

Amin....

Selasa, 16 September 2014

Everything will be fine.

Salam,

Erm, setelah  beberapa lama berperang dengan  emosi akhirnya meletus juga gunung berapi. Aku klu boleh x nak jadi org yang mcm tu, orang yang ade angin, moody sentiasa. Xnak, No no...

Aku x sengaja termengamuk kan Tok Laki aku... Huhuu... Derhaka pulak rase, tapi abang maaf kan org kan. Aku pun x tahu nape tibe2 jer aku rase nak marah kat seseorang. kebetulan abang yang ader ngan aku so tempias tu kene kat die.

Sebenarnyer aku mmg dah lama rase macam x de mood, rase macam depression la.. Ntah la... Tapi kebetulan hari tu jugak aku baru first day period. First day in 100 days... Ape pun aku bersyukur sebab aku x payah guna ubat utk period. Just berharap sangat period aku akan ok lepas ni... dah x serabut dah.

So start from now aku kena banyak bersabar n berfikiran positif. Positif thinking will make me happy, bile happy aku x la sress sangt, and insyaallah hormone akan balance balik.

Bersabar adalah benda yang paling aku susah nak buat, sebab tu org duk kata aku ni kalut. Aku kalut sebab nak setle cepat benda tu. Tapi kadang2 setle cepat tu x pun menyusah ader sebab x jadi ape yang aku kalut sangat tu.

TApi sekarang ni banyak yang aku belajar, aku tengah positifkan diri. X nak dah pk yang bukan2. Boleh jadi giler aku ni tau. Tibe2 jer macam aku terperasan aku ni cakap sorang diri. Hahaha... Ngeri pulak...

Harap semua akan ok...

Amin.

Selasa, 26 Ogos 2014

My Weekend....

Salam,

Aku rase sekarang ni aku x berubah pun. Dari bujang sampai la dah kawin, dari muda sampai la x tua sangat ni. Dari duk bilik sewa sampai la duk umah sewa. Dari keja x opis hour sampai la dah keje opis hour tp x balik kul 5 pun. Aku rase aku sama jer.

Aku ni jenis suke duk sorang2 layan jiwa. Dulu mase duk bilik sewa aku duduk jer dalam bilik aku x kuar2 sampai petang. Budak umah sampai terkejut ingat aku xde dalam bilik. Nasib baik diorang x mengata aku. klu x aku kuar amuk. huhuhu.

 Tu time bujang. Ader member aku yang lain ni aku tengok diorang lebih suke kuar jumpe member2 n kuar g shoping ke window shopping ke. Aku x, aku suke abis kan masa aku duk dalam bilik rehat n buat ape yang aku x sempat buat pada hari keje. Contohnya, kemas bilik ke, basuh baju ke, lipat baju ke, main game ke, tido ke, and so on so on....

By the time aku dah kawin ni pun benda tu still same. Aku x suke kuar n spend my money else where. Bukan aku kedekut x nak spend my money. Well, aku ni boros orang nyer. Tp hanya bile kuar dengan orang yang aku selesa. Aku x kuar ngan orang yang aku x rapat, susah. Aku ni main ngan angin gak, klu x rapat takut diorang x tahu nak handle aku. Sebab tu aku susah nk kuar. Baik aku duk umah n kemas umah aku yang cepat sgt selerak tu... huhuhu.

Bagi aku hujung minggu adalah hari untuk berehat, cume klu dah terlebih rehat sgt aku akan kuar. Tapi aku kuar g keje.. hahaha... Tu pun jarang berlaku la. Sanggup jer aku tahan bosan aku duk dalam umah tanpa kuar.

Tapi klu abang ade aku ajak la die kuar makan. mcm sedih jer la kan x kuar umah lansung. Tapi ok what, boleh spend time together. Melekat jer. huhuhu... Tapi aku kena masak la. Masalah besar tu, so kene kuar makan luar. Lagi pun aku rase masak lagi besar kos dari makan kedai, lain la klu famly tu ramai memang berbaloi la masak. Buat masa ni abang mmg faham keadaan tu walaupun pada die masak kat umah lagi bagus.

Isu kepala otak berangin aku pun sama dari bujang sampai dah kawin. Xde nyer berubah. Sume kene ikut aku jer, klu boleh biar aku jer yang buat keputusan. Abang dah faham sgt la, klu die tanyer aku nk makan mane aku kate nk makan kat kedai tu kene g kedai tu jer. Boleh bagi cadangan tapi kene dapat persetujuaan betul-betul. Aku kene kate ok baru ok. Klu x nnt di hujung pengakhiran cite akan ader masalah. klu kedai tu x sedap mesti aku akan bebel sepanjang hari. Haahahahaha... Gilos la kou Zetty.

Actually, isu tu aku tengah berusaha untuk ubah. Aku x nak jadi isteri derhaka, so aku akan cuba berubah. Bagi aku benda ni kena ade tolak ansur. Kata aku bukan mandatori, aku akan ok klu ada alasan yang munasabah. So abang sangat bertolak ansur ngan aku isu - isu tertentu. Ada isu yang penting n perlukan aku untuk dengar kata die, die akan tegas n make it hard for me to argued.

Walau ape pun, abang paling senang ati ngan habit aku x spend masa kat luar. x la die risau aku melaram berjalan merata. Klu nk g mana2 tggu jer abang datang pastu g la. Lagi pun boleh lah jimat duit tu.

Khamis, 21 Ogos 2014

Minggu Bermain dengan Emosi

Salam,

Amboi tajuk... huhuhu...

Ya Allah, Aku memohon padaMu, Engkau berikanlah kesejahteraan kepada kaum keluarga ku. Pulihkan abah dari penyakit yang dihidapnya. Teguhkan semangatnya untuk menempuh semua dugaan, ingatkan anak-anaknya yang abah perlukan sokongan, kuatkan tenaga emak untuk menjaga abah tanpa jemu, kerna sesungguhnya abah amat penting dan beharga bagi aku...

Ya Rahman,
Engkau jagalah kesejahteraan kaum keluargaku, lindungi mereka dari musibah. Pulihkan segala penyakit yang mereka hadapi. Tabahkan hati mereka menghadapi ujianMu kerna sesungguhnya sakit-sakit yang dialami adalah penghapus dosa-dosa kecil.

Amin.

Serius minggu ni banyak betul dugaan. Abah masuk hospital setelah hampir sebulan lebih menjalani pembedahan jantung. Kali ni masuk hospital taiping pulak, Ya Allah, berkatilah keluarga ku. Ma pulak demam aritu, pastu dah baik demam kene minyak panas pulak kat kaki. Ya Rahman, Kau berikanlah tenaga kepada ibu tua itu untuk teruskan hidupnya. Aku pulak demam malam, batuk n selsema.

Aku rasa something is wrong with my body. Aku still x period. For almost 3 full month. Aduh... X tahu nk pk ape dah. Next solution is going to the doctor. Itu yang paling aku takut n serik tu. Aduhai... X leh nak pk... Hati dah makin x tabah. Ok. Mlm ni nak blk nangis kat umah dalam bilik atas katil sorang2... Sob...Sob...Sob...

I really wish abang datang minggu ni untuk tenang kan aku setelah ape yang jadi minggu ni. Tapi die ader keje minggu ni, so mmg x dapat lah...

Ya Allah,
Kau berikanlah penyelesaian kepada aku dan suami ku. Berikan ketabahan kepada kami untuk terus hidup berjauhan seperti skrg. Tambahkanlah rezeki kami supaya dapat kami kongsi bersama kaum keluarga kami. Sampaikanlah perkabaran gembira kepada kami sebagai penaik semangat utk terus sujud kepada Mu.

Amin...

Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.

Isnin, 18 Ogos 2014

Petronas Primex 95 Payung Percuma

 
 
Salam,
Raye ni Petronas ade buat promotion best. Huhuhu. Untuk orang yang travel jauh mcm aku ni aku rase aku mampu dapat hadiah tu. Huhuhu, promo macam hadiah die pakej percutian. Huhuhu. 
 


Apa yang perlu ada is kad mesra. huhuhu... ni kad mesra lama aku. dah ilang pun. huhuhu skrg guna yang baru. Guys, klu ilang boleh dapat blk die punye point tau. just call die punya customer services. n die akan transfer balik kat dalam kad baru.




Then, kena lah isi minyak. isi RM 20 untuk satu cop.Bagi aku, amaun ni sangat lah affordable. untuk kuda putih aku penuh is rm80. So, dah dapat berapa cop dah kan. Aku gune 95 jer. cukuplah untuk kuda putih bergerak.

 
 
 
Ok isi minyak Rm40 puluh untuk dapat 2 cop. klu isi Rm50 rugi, lagi Rm10 x dapat cop. So, rancang betul2 untuk dapat penjimatan maksima. (Bil tu Rm 50 sekali ngan topup tau)

 
 
 
 
Huhuhu, ni kad kedua aku. but by the time published ni dah tinggal lagi berape jer nk dapat dah. Second payung ni abang dah minta awal2... huhuhu
 

 
 
 
This is it. under my umbrella... huhuhu. dah dapat 1. Susah tau nk tebus payung ni sebab dia kate sementara stok masih ader. Walau pun promotion nk abis lambat lagi, bulan september baru abis tapi payung dah xde stok waktu nak g tukar. Maklumlah semua org balik raya guna kenderaan so isi minyak abis abisan lah.
 


Comelnyer payung kite..... Abaikan tikar bilik aku untuk gambar atas tu ek. Rasenyer itu angle paling cantik dah tu... huhuu ... Poyos....


 
Ape lagi, Jom la pakat-pakat isi kat Petronas. (Entry ini bukan entry berbayar. Setiap orang berhak pilih stesen minyak faveret masing-masing. Ini bukan paksaan). huhuhu















Isnin, 11 Ogos 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita yang 1st.

Dear Abang,

Selamat Ulang Tahun Abang. Ni yang pertama, orang berharap akan ada hari ini sebanyak tahun yang kita mampu. Abang, entry ni untuk abang, sayang tahu abang x baca tapi klu 1 hari nanti abang baca orang harap abang lebih terbuka hati tentang perasaan org pada waktu ini.

Abang,
Orang minta maaf pada abang, selama setahun kita kahwin orang banyak menyusahkan abang, orang banyak buat dosa melawan abang, orang banyak buat benda di luar pengetahuan abang, orang banyak buat abang mengalah dan untuk semua itu orang minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki.

En Suhaimi,
Saye Zetty Juziany minta maaf juga kerana selama setahun ini mungkin tidak cukup usaha orang untuk merealisasikan harapan abang untuk menjadi seorang ayah. Orang minta maaf atas kekurangan orang. Sesungguhnya bagi orang hal ini amat menyeksa jiwa orang sebagai seorang perempuan dan orang amat faham hal ini juga telah memenuhkan hati,jiwa dan kepala otak abang dengan rungutan orang. Terima kasih abang sebab banyak memberi harapan kepada orang. Sehingga saat ini tiada hari yang orang tak berbangga dengan abang.

Abang,
Untuk hari2 yang akan datang orang akan berusaha lebih keras untuk sentiasa memberi abang ketenangan untuk habiskan masa abang dengan orang. Abang, terima kasih sebab abang faham orang, terima kasih sebab abang sentiasa tenangkan orang. Terima kasih sebab abang sentiasa ada dengan orang, terima kasih sebab abang terima orang seadanya. Kasih sayang abang buat orang berasa tiada yang kurang dalam hidup orang.

Wahai Suami,
Abang, orag akan usaha untuk beri abang kebahagian yang kita idamkan, tidak kiralah walau apapun cara, walau apapun keadaan, walau apapun kos, orang akan usaha. Yang orang harapkan untuk hubungan kita ialah abang akan lebih bersabar dengan orang, tabah dengan apa yang kita akan usahakan, dan abang akan sentiasa akan sayangkan orang walau apa pun hasilnya nanti. Abang selalu kata untuk tenangkan hati orang "setiap orang ade rezeki masing-masing, klu die lebih di sini mungkin die kurang disana."

Setiap orang akan ada keadaan dimana kekurangan yang dia hadapi akan membuatkan dia lebih dekat dengan Allah. Itu yang jadi pada orang, dalam usaha untuk mencari dan mendapat apa yang kita idamkan telah buat orang lemah dan berserah kepada Allah. Harap sangat abang akan sabar membimbing orang ke arah tu.

Terima kasih abang, Happy Anniversary yang pertama abang. Luv u to the fullest of my heart.

Khamis, 7 Ogos 2014

A week with you...

Raya ni mmg aku ngan abang spend masa together. There's no day kitorag x duk kepit dua org. Untuk seminggu. Solid 1 week... huhuhu... Happy sangat.

Untuk cuti raya tu aku cuti start ari sabtu sebelum raya tu. Patutnyer keje tapi disebabkan x sihat aku x g keje. Stay umah ngan abang. Sabtu tu aku punya batuk dah tahap sedikit serius dah. Tapi xpela x g keje, boleh kemas barang nk balik kampung beraya. Maklumlah nak cuti lama. So, sepanjang ari tu mengemas barang yang nak bawak blk kg. Well, klu aku yang nak balik kampung tu klu x bawak hampir 1 umah mmg x sah la kan. Abang lak g servis n basuh keta. It take him whole evening to setle that matter due to last minute punye keje kan. Moral of the story jangan buat keje last minit.

I is jadi isteri mithali la kejap, sempena last day tu i is cooking tau. huhuhu. Buat sotong sumbat sambal pedas dengan ayam masak kicap. Feeling2 jd chef jap tau. Tapi punya lah excited kul 2 dah start masak tau. huhuhu. Padahal sebenarnya sebab ko tu lembab, masak pun x pandai sebab tu kene start awal...

Eh ni baru 1st day ngan abang klu nk cite seminggu aktiviti ngan abang mahu 7 ahri baru selesai baca ni... huhuhu...

So nak jadi kan cerita, aku rase ni adalah cuti terpanjang aku yang penah aku spend ngan abang. sob...sob...sob... macam sedih la pulak. Bila difikir-fikir kan kitorang x penah spend time together lebih dari seminggu. Insyaallah akan sampai waktunyer bile kami akan bersatu.

Sepanjang seminggu tu cume sehari 2 jer aku sihat, dari batuk ke semput ke sakit perut... huhuhuhu. Terima ksih abang sebab jaga org... Hargai sangat apa yang abang buat. Seminggu tu aku x drive keta lansung, baru tahu nikmat jadi co pilot. huhuhu... Membuta sepanjang jalan la... But by the time nak g keje bawak keta pun rase janggal, jalan nk g keje pun x ingt, keta pun cari x jumpa...

Hua...hua...hua...

Bagi aku seminggu tu sangat la berharga. Seminggu kami bersama. Klu x duk sekali lebih dari 3 ari jer mesti hujung2 aritu nak gaduh. Tapi alhamdullillah, mampu kami bertahan.

Harap isu duduk berjauhan ni x la berpanjangan, aku akan usaha supaya aku dapat duk bersama ngan abang secepat mungkin. Doakan kami.... Amin.

Selasa, 5 Ogos 2014

Back to old rutine....

Salam,

Fuh... Lega dah abis raya, aduhai... Dah abid budget bulan ni. Nak kate raya sakan x la sakan tapi tak tahu la, mmg habis terus la. Nampaknyer lepas ni kena harap ehsan tok laki la.... Nak diet pun guna duit, nak tuang minyak lg, nak makan lg, penin...penin....

Nak cite tentang pengalaman raye di negeri orang huhuhu... Ohsem nih... Maaf la mak mentua I yer. I is malas sgt2, x untung dapat menantu mcm I kan? huhuhu. Maaf la mak mentua, anak menantu mu yang macam hantu ni. huhuhu...

But to tell you the truth, i is actually is not comfortable beraya there because I miss my mom. Teringat waktu muda remaja raya kat umah sendiri, terlalu banyak benda yang kene buat sampai bergaduh ngan adik beradik sebab masing-masing xnak buat. Tapi sekarang bila dah xde org nak gaduh pun tetap malas nak buat. Masa kat Kemaman banyak benda yang aku pk, benda ngarut2. Aku mmg mcm tu. hahaha...

Sekarang ni bila dah abis raya bengong nak masuk keja pulak. hahaha... Sampai x ingat jalan nak g keje... Ko boleh??? hahaha. Ok, now dah back to old rutine. Bangun g keje, keje sampai malam balik, balik sampai umah tido... Teruskan step tu sampai la ari abang datang. And that is 2 week after this. Disebabkan raye dah banyak spend money so kene la keje keras ckit utk back up blk... huhuhu

Keje keras jugak untuk tukar tayar keta yang dah botak tu....

Doakan kami...


Rabu, 30 Julai 2014

#pandora: Pandora Jewelry

My first collection of Pandora... yes... Ini ada dalam wish list aku tahun ni... Berjaya dapatkan juga tahun ni... Bracelet saje harga RM295. But, aku dapat harga runtuh. Ader org buat preloved sebab die rase bracelet tu x sesuai dengan die. die nak beli leather. So, my luck... huhuhu.





In between nk beli bracelet n clip ni jaraknya adalah sgt lama. almaklumlah, hamba ini bukan keturunan org kaya raye... tetapi sederhana sahaja... huhuhu So get this collection, just this collection it takes me around 3 month... huhuhu... Clip ni setelah berape lama rancang n pk. then ambik yang ni. yang mcm daisy2 ckit. Rege die 1 bijik = RM169....




But, on top of that I'm hepi with my Pandora. Beli guna duit titik peluh adalah sesuatu yang membanggakan. So wait until aku tambah collection . Niat hati nak tambah sebijik charm... tapi tengah pk betul2 nak tambah ape. sebab nk tambah sebijik tu kena la tepat dengan penggunaan die. nak kena match. lagipun entah bile pulak nak tambah koleksi lagi lepas tu... huhuhu

Rase macam nak tambah safety chain jer, x tahu la nape aku berkenan sangat ngan safety chain tu. Orang lain kumpul charm, aku charm pun xde tibe2 berangan nak beli safety chain.

Jumaat, 25 Julai 2014

Persiapan Menyambut Hari Raya

Today 25/7/14 menjelang 2 hari raya aidil fitri bersamaan dengan 27 ramadhan 1435 hijrah adalah hari yang sangat emosi bagi aku. Arini dengan keje yang x banyak, bos2 sume xde kat opis, orang lain sume pun xde buat aku ada banyak masa untuk mengelamun and berfikir macam2.

Tahun ni raya di Kemaman. First time raya kat luar dari umah mak. Selama 27 tahun ni umah mak la jd tempat raya aku, tapi takut ni kene beranikan diri raye di tempat orang. Harap aku x cenggeng la nnt.

Persiapan baju raya aku yang beli betul2 untuk pakai raya ader 1 pasang jer. huhuhu. nape? x caya? Patut nyer x yah beli pun. Aku ade banyak baju kurung yang belum penah pakai n belum jahit. Erm cite die mcm ni, aku ade beli kain baju kurung warne oren... highlighted oren, mmg aku berkenan la kain ni, so hantar blk kampung jahit. dah ader la sepasang kan pastu alang2 nk anta jahit anta sepsang lagi kain beli kat nagoya. so dah 2 pasang kan. disebabkan aku dah ader baju kurung tu ingatkan boleh pakai raya, beli baju kat abang jer. Pikir punya pikir aku ingat nk buat oren tu jd wana tema and aku pun tempah la kain baju melayu warne oren gak kat Mej Sharif konun2 nak pakai raye ni...
Tapi bile dapat kat abang banyak la songeh die, wane x cantik la, wane x kena la. Ok. I is sakit ati.
Keputusan nya, aku ajak die g beli baju melayu yang dah siap, bia die pilih sendiri. aku ikut jer. So makanya aku pun dapat la sepasang lg baju raye wane ijau sebab abang kate nak pakai ijau raye ni.

Len kali bila i is tanyer raye nak pakai wane ape ckp terus terang x yah la nk ambik ati sgt kate "ikut sayang la , abang ikut jer". kan dah membazir. Kain baju melayu yang oren tu abang buat baju melayu leher bulat jer. I is x suke ok. nampak mcm tshirt jer. huhuhu... alamak banyak pulak marahnyer ke to laki. Raye ni kene minta maaf betul2 ni.

Mak, angah minta maaf ek x dapat raya pertama ngan mak (maybe raye kedua pun x kot) nnt angah try pujuk mie balik sana awal ckit. Minta maaf mak, halalkan makan minum angah, ampunkan dosa angah. Selamat Hari Raya untuk mak n abah. Angah sayang mak n abah....

Isnin, 14 Julai 2014

200 Lbs On My Shoulders

Entah beban ape yang aku rase sekarang ni. Terasa berat sgt. Aku rase mcm apa ntah atas bahu aku ni. Aku ke yang tengah x betul. tapi yang pasti beban makin terasa. I juggling with to many thing on my shoulders now. Beban keje, famly and personal.

But, apa pun yang jadi aku tetap perlu ingat, Allah sentiasa ada dengan hambanya. Aku rase kadang kala aku semakin matang tapi ada masa nyer aku tetap x mature. I need to mature all the time in order to get a good judgement. Tak kira la dalam apa pun keadaan.

In term of work,  i need to be more patient and open. Patient? Dari segi menerima arahan dari pegawai atasan. Aku ni jenis yang rebel ckit, suke melawan. itu yang aku perlu slow down ckit. x pun buang terus. Semua tu memakan diri aku. Tapi bile difikir2 aku mmg x patut dapat beban keje sampai mcm tu sekali. Then, why not aku argue ckit tentang hal tu. For me, aku x kisah kalau aku x naik pagkat or x naik gaji because i know aku maybe x layak. But do other deserve it as much as i dont? So let the bos decide all that thing. And always remember, what goes around must come around. So hope that my heart can let it go. And try to think in positive way, maybe bos bagi keja bertambun sebab die tahu aku mmg akan buat keja tu. Erm...

And family part pulak, abah sakit balik. very sick. Dah lama abah x sakit. since i've got married die x penah sakit. and suddenly he got sick again. very sick. Admitted to Ipoh Hospital then a week in IJN. Oh Abah, terkejut angah. You may notice yang angah kurang ambil berat. but trust me all that thing do make my life jumping all around. Please abah get well soon.

For personal thing, hati oh hati... tabah la hati. Cepat betul terasa. Cepat betul nak naik darah. Hati sekarang ni mcm lembik mcm air. Jangan cuba nak duga ape yang aku pendam. Memang xde og paham aku sgt, abng maybe faham tp x sgt. Aku yang jenis pk hal-hal kecik sampai jd besar ni so no wonder la hati dah penuh parut kan. Klu ader jer yang terkata ckit of cos simpan dalam ati nyer beb. huhuhu... I'm trying to belajar mcm mana nak cover my ekspresi muka bile ati terguris. Sebab skrng ni its really showing. Kena belajar betul2 ni, nak keras kan ati balik mmg mcm x mampu jer. huhuhu...

Selasa, 8 Julai 2014

Bulan Ramadhan...

Arini masuk ari ke 10 puasa, masih lagi berpuasa penuh. Dengan keadaan period problem ni aku memang runsing tapi maybe aku boleh puase full tahun ni. X tahu nak pk benda ni baik ke buruk... huhuhuuhu......

Masuk arini, baru minggu ni dah 4 kali aku buke puase ngan abang, ari mula-mula puase ngan mggu lepas 3 ari. pastu ngan su ari kedua puase. ari ke 3 and ke 4 buke sorang2. huhuhu. sedih. Menitik air mata lak... Padahal bujang aritu dah biase buke sorang2. xde masalah ape pun, mmg sedih tapi boleh jer tahan x de pun tahap leleh air idung semalam n kelmarin buke ngan mak n abah... huahuhuhu....

 But since dah kawin ni ati mmg lembut banyak. klu boleh mmg nk ari2 buke puase ngan abang. bia la x masak sgt pun kat umah sbb mcm x cukup masa nak masak bagi aku yang amatur ni. tapi abang ok jer. mcm lagi jimat jer beli makanan kat bazar. First day puase aritu kitorang spend around rm15 - RM 20 jer. Tapi tu first day puase, tengok makanan semuanyer nak.. tak makan pun...

Bab sahur lak, ni mmg masalah bg aku. Waktu bujang dulu x bgn langsung. X baik kan. X cukup pahala puase aku. Sekarang ni bile ngan abang kene bangun sahur, sian kat die dah biase makan waktu kat umah ngan ma. huhuhu dengan syarat, makan luar la. aku sebeno beno nyer malu n segan, mesti org kedai tu kate kat aku malas masak. padahal nyer mmg betul pu aku malas... hahaha. saje la nak bagi rezeki kat tauke kedai...

Bulan puasa tahun ni adventure ckit, mane nak jugling ngan tok laki lagi, abah yang admited wad lagi, member2 lagi. but at the end of the story bende ni mengumbirakan aku kerana nyer ialah x payah buke sorang2 layan jiwa. huhuhu. sentiasa berteman.

Bulan puasa ni la bulan paling ot aku ckit, setakat arini aku rase ot aku baru 3-4 jam. selalunya waktu ni dah cecah puluh la jugak. Tapi xpe, aku tetap syukur. Allah bagi aku rezeki lain pulak lepas ni....

HArap ramadhan ni membawa kepada seribu kerahmatan n membawa kebaikan kepada aku n famly aku. Doakan kami memdapat segala kebaikannya.

AMIN....

Khamis, 3 Julai 2014

Meja Makan Baru Saya

Hamboi... hamboi... banyak duit ko zetty, sume ko nak beli... Bukan nak lagi dah, dah beli dah pun. Huhuhu. sekali ngan sofa aritu beli. Meja ni x tahu la ape yang berkenan sangat, nafsu je kot. Padahal xde pun keperluan kegunaan meja makan tu. Tapi sebab cantik n affordable ambik sekali sofa aritu.
Tapi yang penting nyer jurujual die kot yang pandai nk menjual. Dah la muka macam Aril Dj Era tu, huhuhu... Tapi nama En Rahim... Hahaha... Menggatal ko zetty.
Ni rupe meja tu, and that dining table made my ruang tamu bertambah sempit...

Kat Kedai lagi ni

Dah anta kat umah.. Kerusi yang lagi 2 tu mmg x leh guna.
Huhuhu... terus sempit umah. Kan ade bucu yang terkeluar tu? Aku selalu tersangkut kat situ. senak kot... huhuhuhu... Sekarang aku dah deko ckit kat area meja tu... Tapi tu entry lain baru ckit balik. Cite pasal deko2 aje. huhuhu. I is dah rajin ckit tau sekarang..

Ok nnt sambung pasal deko umah lak ek....